Rakan Siswa Bantu Siswa Unikl MITEC

Rakan Siswa Bantu Siswa Unikl MITEC Rakan Siswa Bantu Siwa adalah sebuah kelab dibawah unit bimbingan dan kaunseling UniKL MITEC. RSBS m

07/01/2026
🎊CLUB OPEN DAY🎊Pada 13 November, telah berlangsung Club Open Day bagi memperkenalkan kelab kepada pelajar UniKL MITEC. I...
29/12/2025

🎊CLUB OPEN DAY🎊

Pada 13 November, telah berlangsung Club Open Day bagi memperkenalkan kelab kepada pelajar UniKL MITEC. Ini bertujuan memberi pendedahan mengenai aktiviti dan peluang penglibatan dalam Kelab RSBS.

🎨EXPRESSIVE ART THERAPY🎨12 November 2025
29/12/2025

🎨EXPRESSIVE ART THERAPY🎨

12 November 2025

🎳WELLNESS BOWLING TOURNAMENT🎳 Pada 9 November, telah berlangsung Wellness Bowling Tournament hasil kolaborasi RSBS bersa...
29/12/2025

🎳WELLNESS BOWLING TOURNAMENT🎳

Pada 9 November, telah berlangsung Wellness Bowling Tournament hasil kolaborasi RSBS bersama Venom Club di Pasir Gudang Bowling Centre.

✨CINETHERAPHY NIGHT✨Pada 4 November 2025 sempena Bulan Kesihatan Mental telah diadakan program Cinetheraphy Night terbuk...
28/12/2025

✨CINETHERAPHY NIGHT✨

Pada 4 November 2025 sempena Bulan Kesihatan Mental telah diadakan program Cinetheraphy Night terbuka kepada semua pelajar UniKL MITEC. Program ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran, refleksi diri dan kefahaman terhadap kesihatan mental melalui medium filem.

✨COOKING THERAPY✨Pada 1 November, program Cooking Therapy telah diadakan bagi tujuan membantu pelajar menjaga kesihatan ...
27/12/2025

✨COOKING THERAPY✨

Pada 1 November, program Cooking Therapy telah diadakan bagi tujuan membantu pelajar menjaga kesihatan mental. Melalui aktiviti memasak bersama, pelajar dapat melepaskan tekanan daripada tugasan akademik, menenangkan minda, dan menikmati suasana yang santai serta menyeronokkan. Menu yang disediakan seperti sandwich dan crab rangoons menjadikan aktiviti ini lebih menarik dan menyerlahkan elemen terapi dalam suasana yang mesra. Program ini juga menggalakkan kerjasama, sokongan sesama rakan, dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar. 🥪🦀✨

Jom Sertai Karnival Kerjaya - UniKL MITEC X MyFutureJobs 3.0!🗓️ 3 Disember 2025 (Rabu)📍Dewan Utama, UniKL MITEC, Bandar ...
01/12/2025

Jom Sertai Karnival Kerjaya - UniKL MITEC X MyFutureJobs 3.0!

🗓️ 3 Disember 2025 (Rabu)
📍Dewan Utama, UniKL MITEC, Bandar Seri Alam
⏰ 9 Pagi - 3 Petang
🏢 Anjuran UniKL MITEC dengan kerjasama PERKESO

30 syarikat akan hadir dengan lebih 100 tawaran kekosongan pekerjaan menanti anda!
✔️ Temuduga terbuka
✔️ Tawaran Latihan Industri
✔️ Bertemu terus dengan wakil syarikat

Aktiviti Lain:
📌Pameran Agensi
📌 Gerai Jualan

📲 Pra -Daftar ➡️ [myfuturejobs.gov.my/careerfair]

Sertai group whatsapp di bawah untuk info lanjut:
https://chat.whatsapp.com/D1SoavziUGlK4M9jmSZkea?mode=hqrt1

🔥 Jangan Tunggu Lagi!
Peluang KERJAYA IMPIAN menanti anda!

26/11/2025

🎉 Karnival Kerjaya UniKL MITEC X MyFutureJobs 3.0! 🎉

📅 3 Dis 2025 (Rabu)
📍 Dewan Utama, UniKL MITEC, Bandar Seri Alam
⏰ 9 pagi – 3 petang

🔥 30 syarikat hadir! 100+ jawatan kosong!
➡️ Temuduga terbuka
➡️ Tawaran Latihan Industri
➡️ Jumpa terus wakil syarikat

🎪 Pameran agensi
🛍️ Gerai jualan

📲 Pra-daftar:
➡️ https://myfuturejobs.gov.my/careerfair

💬 Group WhatsApp:
➡️ https://chat.whatsapp.com/D1SoavziUGlK4M9jmSZkea?mode=hqrt1

24/11/2025

🎉 UniKL MITEC X MyFutureJobs 3.0 kembali lagi!

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sebanyak 30 majikan akan turut serta bagi menawarkan peluang kerjaya hebat kepada para pelajar, graduan dan pencari kerja!

📅 3 Disember 2025
🕘 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Dewan Utama UniKL Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim

Jangan lepaskan peluang untuk:
✅ Bertemu majikan secara terus
✅ Ketahui peluang kerjaya terkini
✅ Serahkan resume & dapatkan penilaian segera
✅ Perluaskan rangkaian profesional anda

🔗 Daftar Sekarang: www.myfuturejobs.gov.my/careerfair

Jumpa anda di sana! 🚀✨

02/11/2025

✨ CINEMA THERAPY NIGHT ✨

Take a pause and breathe.
Tonight, we reflect. 🎥

Jom sama-sama explore perjalanan kesihatan mental melalui filem Fractured. Sebuah filem yang penuh emosi dan mesej tentang trauma, tekanan, serta bagaimana fikiran kita boleh berubah bila emosi tidak diurus dengan baik. 🎬

Dari movie ini, kita belajar bahawa:
💭 Tidak semua luka nampak di mata.
💭 Trauma yang dipendam boleh mempengaruhi cara kita melihat dunia.
💭 Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.

📍Venue: Dewan Utama, UniKL MITEC
🗓️Date & Time: [4 November 2025 // 8:30pm]

Kami juga menjual
🍿 Popcorn, sosej & air ada dijual.
‼️ Jangan lupa bawa bantal,plushie, selimu, tikar/alas untuk duduk supaya lebih selesa!

Mari meriahkan malam ini bersama-sama.
Your presence matters. 💚

“Sometimes, a story heals more than words.”

21/10/2025

✨ Let’s Talk: From Struggle to Strength✨

Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) telah berlangsung UniKL Wellness Fiesta 2025: Forum Kesihatan Mental bertempat di Dewan Utama UniKL MITEC. Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya UniKL MITEC dengan kerjasama Kelab RSBS (RAKAN SEBAYA BANTU SISWA) sempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun. 💚

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental, di samping memberi ruang untuk mereka memahami cabaran sebenar yang dihadapi individu dalam mengurus tekanan, emosi, dan kesejahteraan diri.

Forum ini menampilkan dua panel jemputan yang berpengalaman:
👩‍⚕️Dr. Indang Jalilah (Pakar Psikiatri Klinikal) yang berkongsi pandangan dari perspektif profesional, serta
👨🏻‍💼 Encik Adib Abqari (Mental Health Survivor & Alumni UniKL MITEC) yang memberikan perkongsian inspirasi berdasarkan pengalaman sebenar dalam menghadapi cabaran kesihatan mental.

Forum ini turut dikendalikan oleh moderator Nur Izzati Syazwani Binti NorLisam, yang berjaya menghidupkan suasana interaktif dan mesra sepanjang sesi berlangsung.

Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu dan kesedaran tentang kesejahteraan mental, malah didorong untuk lebih berani bercakap mengenai isu kesihatan mental tanpa stigma. Ia juga bertujuan membina komuniti kampus yang lebih prihatin, empati, dan saling menyokong antara satu sama lain. 🌱

✨ Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua panel, moderator, ahli jawatankuasa, dan peserta yang menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi platform penting dalam memperkukuh kesejahteraan mental pelajar UniKL MITEC ke arah kehidupan yang lebih seimbang dan positif. 💚

Address

Unikl Mitec
Masai
81750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Siswa Bantu Siswa Unikl MITEC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share