Persatuan Mahasiswa At-Taqwa Uitm Jasin Melaka

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa Uitm Jasin Melaka KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI AT-TAQWA Objektif Persatuan

1. Menghidupkan suasana keislaman di UiTM Jasin.
2.

Memberi galakan dalam kalangan mahasiswa untuk mengimarahkan pusat Islam dengan program-program dan solat jemaah yang dijalankan.
3. Meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan mahasiswa.
4. Membantu perlaksanaan program serta aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh bahagian ACIS untuk mahasiswa.
5. Melahirkan mahasiswa yang berilmu dalam pelbagai aspek.

🤲🏻 Hari Asyura 🤲🏻﷽السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه                Hari Asyura adalah hari ke-10 dalam...
16/07/2024

🤲🏻 Hari Asyura 🤲🏻

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Hari Asyura adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram iaitu bulan pertama dalam kalendar Islam. Nama “Asyura” berasal dari perkataan Arab “asyara” yang bermaksud sepuluh, merujuk kepada hari ke-10 Muharram. Hari ini mempunyai makna yang sangat penting dalam sejarah Islam, terutamanya kerana beberapa peristiwa besar yang berlaku pada hari ini.

Terdapat satu amalan yang boleh diamalkan pada Hari Asyura iaitu puasa Hari Asyura. Amalan puasa hari Asyura ini menjadi kelaziman kepada umat Islam.

Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa Asyura, beliau berkata:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari Asyura."
[H.R. al-Bukhari: 2006]

💡 Kelebihan puasa Hari Asyura

Diriwayatkan oleh Abu Qatadah bahawa Rasulullah bersabda:

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu."
[Riwayat Muslim: 1162]

Hari Asyura merupakan ibadah puasa yang hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dalam setahun. Malah Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada seseorang yang berpuasa pada hari tersebut. Justeru marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keampunan dengan berpuasa sunat Hari Asyura.

" Cultivating the Muslim Code "




﷽السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPersatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengalu-alukan kehadir...
26/04/2024


السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengalu-alukan kehadiran siswi ke program

🌺 Tazkiyatun Nafs (TN) 🌺

🗓 Tarikh: 26 April 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 12.30 - 1.15 tengah hari
🕌 Tempat: Surau At-Taqwa, UiTM Jasin
🌷 Penyampai: Siti Fatimah Az-Zahra binti Daud
💌 Tajuk: Terapi Emosi Dalam Surah ad-Dhuha

🌻 Marilah kita merapatkan ukhuwwah dan meng'imarahkannya.


" Cultivating the Muslim Code "




[PERMATA Cakna]Tragedi Kemalangan Helikopter TLDM Semasa RaptaiTentera Laut Diraja Malaysia Operasi Maritim (HOM-AW139) ...
26/04/2024

[PERMATA Cakna]

Tragedi Kemalangan Helikopter TLDM Semasa Raptai

Tentera Laut Diraja Malaysia Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Dalam kenyataan rasmi, TLDM Lumut telah mengesahkan 10 anggotanya terkorban apabila helikopter (HOM-AW139) terhempas di balapan Stadium TLDM Lumut yang terdiri seramai tujuh anggota manakala helikopter Fennec p**a terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut yang melibatkan seramai 3 orang anggota pasukan.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) menyeru seluruh umat Islam untuk bersama-sama menadah tangan dan berdoa kepada mangsa yang terbabit dalam tragedi itu agar sentiasa berada di bawah naungan Allah S.W.T.

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
[al-Baqarah, 2: 156]

Semoga mereka sentiasa berada dibawah lindungan Allah S.W.T & dipermudahkan segala urusan serta dapat mengharungi cabaran ini. Salam takziah kepada seluruh keluarga perwira yang terkorban dan didoakan agar diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan ini.

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA)
25 April 2024 | 16 Syawal 1445

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/660920/berita/semasa/2-helikopter-terhempas-ketika-raptai-di-pangkalannbsptldmnbsplumut


" Cultivating the Muslim Code "

Ikuti kami: http://LinkTr.ee/PermataKJM




Temuduga Sekretariat PERMATA﷽السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُUntuk makluman, Persatuan Mahasiswa At-...
26/04/2024

Temuduga Sekretariat PERMATA


السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk makluman, Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) akan mengadakan Temuduga Sekretariat PERMATA dengan ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 1 - 15 Mei 2024 (Isnin - Jumaat)
⏰ Masa: 9 pagi - 4 petang
🌐 Flow: Isi borang online —> Sesi temuduga secara bersemuka

📌 Link untuk borang online:
https://forms.gle/xnecWMNpkcVJhrwB6

Kelebihan menyertai PERMATA:
🔶 Bergaul dengan sahabat-sahabat yang saling mengingatkan
🔷 Belajar & berlatih ilmu pengurusan masa, program, serta organisasi
🔶 Belajar ilmu berkomunikasi secara berkesan melalui lisan & penulisan
🔷 Membina jaringan kenalan sesama persatuan
🔶 Membina peribadi yang lebih baik
🔷 Menyumbangkan jasa dalam usaha da'wah di kampus

☎️ Untuk pertanyaan, hubungi:
Muzammil: Wa.me/+60177116067
Nizam: Wa.me/+60178733567
Zahira: Wa.me/+60194368184

" Cultivating the Muslim Code "



﷽السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُUnit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Jasin dengan kerjasama Persatuan M...
22/04/2024


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Jasin dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengalu-alukan kehadiran warga UiTM & orang awam ke

📖 Kuliah Maghrib (KM) 📖

🗓 Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
⏰ Masa: Jam 1930 - 2030 (7.30 - 8.30 malam)
🕌 Tempat: Surau At-Taqwa, UiTM Jasin
🎙 Penceramah: Ustaz Amirul Firdaus bin Zahar (Pegawai Eksekutif HEI (Imam))
📖 Kitab: Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

🌻 Marilah kita merapatkan ukhuwwah & mengimarahkan majlis ini. 🌻

Merit kolej disediakan! 🤩


" Cultivating the Muslim Code "




﷽السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ🗣️ Ingin memahami hikmah di balik mengikuti teladan Rasulullah dala...
18/04/2024


السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🗣️ Ingin memahami hikmah di balik mengikuti teladan Rasulullah dalam kehidupan seharian?
🗣️ Ingin memahami kepentingan mempelajari adab Rasulullah dalam pembentukan diri dan masyarakat?

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengalu-alukan kehadiran siswa & siswi ke program

🎤 Rasulullah Our Leader: Menyantuni Adab Baginda 🎤

🗓 Tarikh: 20 April 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Surau At-Taqwa, UiTM Jasin
🎙️ Penyampai: Ustaz Syaari bin Ab. Rahman
(Jurulatih Utama Tadabbur Centre)

🌴 Sama-sama kita mendalami adab Rasulullah bagi melahirkan perasaan cinta yang lebih mendalam terhadap baginda.

" Cultivating the Muslim Code "

Ikuti kami di: LinkTr.ee/PermataKJM



🎆 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 🎆﷽السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُPersatuan Mahasiswa At-Ta...
10/04/2024

🎆 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 🎆

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin kepada seluruh umat Islam terutamanya warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kegembiraan & juga kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadah dengan sempurna pada bulan Ramadan.

Ianya juga merupakan satu cara menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T di atas segala rahmat & petunjukNya. Allah telah berfirman:

یُرِیدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡیُسۡرَ وَلَا یُرِیدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُون
“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), & supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
[al-Baqarah, 2:185]

Bagi memberkati lagi hari raya ini, kita hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W antaranya, menghidupkan malam raya dengan bertakbir, mandi sunat hari raya serta memakai pakaian yang baik & memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

Akhir kalam, semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan ambillah masa serta peluang yang ada untuk mengeratkan silaturahim sesama kita pada hari yang berbahagia ini inshaAllah.

تقبّل الله منّا ومنكم

" Cultivating the Muslim Code "




🏷️ Amalan Sunnah Bulan Ramadhan: Berdoa Sementara Menunggu Berbuka 🤲🏼
03/04/2024

🏷️ Amalan Sunnah Bulan Ramadhan: Berdoa Sementara Menunggu Berbuka 🤲🏼

🏷️ 5 Amalan Wanita Haid Semasa Ramadhan
03/04/2024

🏷️ 5 Amalan Wanita Haid Semasa Ramadhan

📖 Salam Nuzul Quran 📖 ﷽ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) meng...
28/03/2024

📖 Salam Nuzul Quran 📖


السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Quran kepada seluruh mahasiswa & mahasiswi UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya secara berperingkat. Allah S.W.T berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk & (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
[al-Baqarah, 2: 185]

Al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadhan, maka bulan Ramadhan di muliakan daripada bulan-bulan yang lain. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W maka beliau di muliakan sehingga kini.

Manakala orang yang mengamalkan serta menghafaz 30 juzuk al-Quran diberikan kelebihan iaitu tubuh mereka dijaga di dalam kubur daripada mereput dan bahkan di syurga nanti anak-anak huffaz ini akan memberikan mahkota kepada orang tuanya.

Akhir bicara, saya berharap agar kita terus menjadi para pejuang al-Quran untuk membaca & menghafaznya serta berharap agar kita termasuk dalam tentera Imam Mahdi kelak kerana kita memuliakan al-Quran.

" Cultivating the Muslim Code "




🎊 Selamat Datang Mahasiswa Baharu 🎊﷽السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهPersatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) mengucapkan se...
21/03/2024

🎊 Selamat Datang Mahasiswa Baharu 🎊

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin ✨.

Sekalung tahniah juga dititipkan kerana mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti, dalam bidang masing-masing.

Selamat menempuh suasana baharu dan semoga semua mahasiswa dapat mencapai kejayaan & cemerlang dalam pelajaran.

مَنْ خَرَجَ فِى طَلَبُ الْعِلْمِ فَهُوَ فِى سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ
“Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia p**ang.”
[H.R. Tirmidzi; 2699]

Ikhlaskan niat kita semua untuk menuntut ilmu di universiti kerana Allah S.W.T. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

" Cultivating the Muslim Code "

Ikuti kami: LinkTr.ee/PermataKJM




21/03/2024

Kuiz Ramadan 🌙

🔸 Bulan Ramadan sudah tiba.
🔹 Anda yakin anda berpengetahuan yang cukup mengenai puasa?
🔸 Anda juga mengetahui tentang sirah-sirah Nabi?
🔹 Segala persoalan yang bermain di fikiran sudah terjawab?

Ayuh, uji & remind pengetahuan anda 🔥✨

Menjelang Ramadan kali ini, Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) akan mengadakan Kuiz Ramadan.

Kuiz ini akan diadakan di platform sosial media PERMATA iaitu di Instagram:
LinkTr.ee/PermataKJM

Mari sama-sama kita menguji pengetahuan kita tentang ibadah puasa yang difardhukan & sirah pada bulan yang mulia ini 🌙.

" Cultivating the Muslim Code "




Address

Merlimau
77300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa At-Taqwa Uitm Jasin Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share