Politeknik Mersing, Johor

Politeknik Mersing, Johor Politeknik Mersing Official
VISI:
Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul. PMJ memulakan operasi pada 12 Mei 2008.

Politeknik Mersing Johor (PMJ) adalah diantara 8 politeknik baru yang dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Walaubagaimanapun operasi pentadbirannya bermula pada 1 Ogos 2008 dan merupakan politeknik ke 25 yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penubuhan PMJ ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja separa profesional yang berkualiti bagi me

nampung keperluan sektor awam dan swasta. Politeknik Mersing Johor memulakan pengambilan pertama pelajar pada sesi Januari 2009 dengan kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). Seramai 14 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) sebagai kumpulan pertama yang mengikuti pengajian PMJ. Bagi sesi Julai 2009, pengambilan kedua pelajar adalah seramai 30 orang bagi kursus yang sama. Namun, bermula sesi januari 2010, kursus Diploma Perdagangan (Sains Kesetiausahaan) telah dilaksanakan. Dengan komitmen PMJ sebagai institusi pendidikan, pengambilan pelajar akan ditingkatkan pada setiap semester bagi memenuhi keperluan negara.

๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ:
๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ ๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐“๐•๐„๐“ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ.

๐•๐ˆ๐’๐ˆ:
๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ค๐ฌ๐ž๐ฌ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐•๐„๐“ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ง ๐๐ข๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ.

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐จ๐ซ๐ ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ .

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐ก๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค, ๐›๐ž๐ซ๐œ๐ข๐ซ๐ข ๐ค๐ž๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ข๐ฆ๐›๐š๐ง๐ .

๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ฉ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ข๐ก๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง.

SALAM MAAL HIJRAH 1448H Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijriah, marilah kita bersama-sama menghayati makna h...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijriah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu perubahan ke arah yang lebih baik, memperkukuhkan keimanan, meningkatkan amal ibadah serta menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar keberkatan, kesejahteraan, kejayaan dan rahmat yang berpanjangan kepada seluruh warga Politeknik Mersing Johor serta umat Islam amnya.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H

Ikhlas daripada:
TS. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian
Pengarah
dan seluruh warga
Politeknik Mersing Johor

16/06/2026
PERTANDINGAN PENGATURCARAAN KOMPUTER (PPKOMP) 2026 PERINGKAT KEBANGSAANPoliteknik Mersing Johor (PMJ) telah dinobatkan s...
15/06/2026

PERTANDINGAN PENGATURCARAAN KOMPUTER (PPKOMP) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Kumpulan Terbaik bagi Kategori Tengah dalam Pertandingan Pengaturcaraan Komputer (PPKomp) 2026 peringkat kebangsaan dengan pencapaian membanggakan iaitu:

๐Ÿ† Anugerah Kumpulan Terbaik
๐Ÿฅ‡ 13 Pingat Emas
๐Ÿฅˆ 5 Pingat Perak
๐Ÿฅ‰ 3 Pingat Gangsa
๐Ÿ… 6 Sanjungan Kehormat

Bagi Kategori Guru, pensyarah PMJ juga mencatatkan kejayaan cemerlang iaitu:
๐Ÿฅ‡ 3 Pingat Emas
๐Ÿฅˆ 3 Pingat Perak
๐Ÿฅ‰ 1 Pingat Gangsa
๐Ÿ… 2 Sanjungan Kehormat

Setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah kepada semua peserta, jurulatih serta pengurus kumpulan atas komitmen yang diberikan dalam usaha mengharumkan nama Politeknik Mersing Johor.

Jurulatih dan pengurus kumpulan bagi pertandingan ini ialah:
Cik Fatin Nur Faqihah Binti Adnan
Ts. Noor Hayati Binti Basan
Pn. Munirah Binti Ab Rahman

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Tahniah PMJ!

SEKALUNG PENGHARGAAN SEBAGAI KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIKSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diuc...
15/06/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN SEBAGAI KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Aryati Binti Ramlan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing Johor, atas segala jasa, komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui jabatan ini.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan dalam memperkukuhkan kecemerlangan akademik, memperkasakan pembangunan staf serta meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan TVET di Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Segala sumbangan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang diberikan telah menjadi inspirasi serta meninggalkan impak yang besar kepada warga jabatan.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas dalam portfolio baharu. Semoga terus cemerlang dan maju jaya.

[SOROTAN AKTIVITI]: 50 STAF POLITEKNIK MERSING BERJAYA MENAKLUK PUNCAK BUKIT SELANTAIMengimbau kembali momentum kecergas...
15/06/2026

[SOROTAN AKTIVITI]: 50 STAF POLITEKNIK MERSING BERJAYA MENAKLUK PUNCAK BUKIT SELANTAI

Mengimbau kembali momentum kecergasan hujung minggu ini! Satu Program Pembudayaan Gaya Hidup Sihat (Hiking) Peringkat Institusi anjuran Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Ko-Kurikulum (JSKK) PMJ telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis yang lalu.
Ekspedisi ini telah disertai oleh 50 orang kakitangan Politeknik Mersing yang mempamerkan semangat juang dan ketahanan fizikal yang tinggi, di mana kesemuanya telah berjaya menamatkan pendakian sehingga ke puncak Bukit Selantai.

โœจ โ€œLangkah mungkin penat, tetapi senyuman di puncak memadam segala lelah. Terima kasih buat 50 staf PMJ yang telah menyumbang tenaga, keringat, dan keceriaan sepanjang perjalanan ini. Memori di Bukit Selantai ini akan terpahat selamanya di dalam hati kita.โ€ โœจ

PENGHARGAAN:

1. Kelab Kebajikan & Rekreasi Staf PMJ atas sumbangan hadiah Cabutan Bertuah
2. Para Penyumbang Dana (Kakitangan PMJ) atas sumbangan ikhlas bagi penyediaan bekalan makanan, buah-buahan, dan minuman para peserta.
3. Barisan Urusetia yang Komited

Syabas diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Mersing. Semoga aktiviti rekreasi seumpama ini terus memperkukuh ukhwah, membina kecergasan fizikal, dan menyuntik produktiviti kerja yang lebih cemerlang!

๐Ÿ”ฅ SELAMAT MAJU JAYA! ๐Ÿ”ฅSeluruh warga Politeknik Mersing Johor mengucapkan selamat maju jaya kepada dua wakil pelajar dari...
15/06/2026

๐Ÿ”ฅ SELAMAT MAJU JAYA! ๐Ÿ”ฅ

Seluruh warga Politeknik Mersing Johor mengucapkan selamat maju jaya kepada dua wakil pelajar daripada Kelab Orator PMJ yang menyertai Ikon Siarawan POLYCC 2026 di peringkat saringan:

๐ŸŽค Suri Norfarisha Fazreen binti Fuzlan
โ–ถ๏ธ https://youtu.be/acW-qZjXjno

๐ŸŽค Noraliza binti Mohd Yazid
โ–ถ๏ธ https://youtu.be/7zK76zeTNCg

Pertandingan ini telah berlangsung secara dalam talian dari 8 Mei hingga 7 Jun 2026, dan keputusan bagi Ikon Siarawan POLYCC 2026 Peringkat Akhir akan diumumkan pada 16 Jun 2026.

โœจ Ayuh warga PMJ! Jom tonton video penyertaan mereka, tinggalkan ๐Ÿ‘ LIKE, ๐Ÿ’ฌ KOMEN dan kongsikan sebagai tanda sokongan kepada wakil kita. Semoga kedua-duanya berjaya mengharumkan nama PMJ di pentas POLYCC! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ



TAHNIAH DIATAS PELANTIKAN PORTFOLIO BAHARU BAGI TAHUN 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai yang ...
15/06/2026

TAHNIAH DIATAS PELANTIKAN PORTFOLIO BAHARU BAGI TAHUN 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik memegang Portfolio Baharu bagi Tahun 2026. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan serta kemajuan Politeknik Mersing Johor (PMJ).

Selamat menjalankan tugas dengan komitmen dan semangat yang berterusan.

Senarai Pelantikan:
1. Puan Aryati Binti Ramlan โ€“ Ketua Penyelaras JKKP
2. Encik Shudermawan Bin Jaruman โ€“ Ketua Unit Keusahawanan
3. Encik Aidi Bin Sulaiman โ€“ Ketua Jabatan JKE

11/06/2026

MAJLIS PENUTUPAN19 th MALAYSIA FIRA CUP 2026 POLITEKNIK KOTA BHARU

Address

Politeknik Mersing Johor, Jalan Nitar
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077980003

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Mersing, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share