02/06/2026
KOLEJ KOMUNITI MUAR BERBANGGA WAKIL PELAJAR SERTAI MALAYSIAN CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP (MalCiDAC) 2026
MUAR, JOHOR | JUN 2026 β Kolej Komuniti Muar merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ahmad Kamil bin Abdul Jalal, pelajar Program Sijil Dandanan Rambut Semester 2, yang telah terpilih sebagai wakil kolej menyertai Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) 2026 di bawah kontinjen PolyCC Negeri Johor.
Sebagai persediaan menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan, peserta telah mengikuti Latihan Intensif PolyCC Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) Negeri Johor yang berlangsung dari 28 Mei hingga 1 Jun 2026 di Kolej Komuniti Segamat 2. Latihan ini bertujuan memperkukuhkan aspek kepimpinan, disiplin, kemahiran pengendalian pasukan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi cabaran pertandingan.
Seterusnya, kontinjen PolyCC Johor telah diraikan dalam Majlis Flag Off yang disempurnakan oleh Pengarah2 KKJDT sebagai tanda sokongan dan simbolik pelepasan pasukan sebelum berangkat ke 2nd Malaysia PolyCC Civil Defence Annual Camp & Commissioning (2nd PolyCC-MalCiDAC) 2026 yang berlangsung pada 2 hingga 6 Jun 2026 di Politeknik Merlimau, Melaka.
Penyertaan dalam program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang kepimpinan dan kesukarelawanan, malah turut membentuk jati diri, semangat berpasukan, ketahanan fizikal serta mental yang tinggi.
Kolej Komuniti Muar amat berbangga dengan penglibatan Ahmad Kamil dan berharap pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam pembangunan sahsiah diri serta kecemerlangan akademik pada masa hadapan.
Seluruh warga Kolej Komuniti Muar mendoakan agar kontinjen PolyCC Johor terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama institusi serta negeri Johor di peringkat kebangsaan.
"Dari Latihan Terbina Disiplin, Dari Cabaran Terbentuk Kepimpinan."
πΈ Kompilasi gambar sekitar Latihan Intensif MalCiDAC Negeri Johor, Majlis Flag Off dan persediaan kontinjen sebelum menyertai 2nd PolyCC-MalCiDAC 2026 di Politeknik Merlimau, Melaka.