11/04/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KADUN Jawi 2026 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.
Pihak Sekolah Agama Nurul Falah, yang bertempat di dalam kawasan Masjid Jamek Nibong Tebal, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB H’ng Mooi Lye selaku penganjur majlis serta pihak Masjid Jamek Nibong Tebal sebagai urusetia, atas segala usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini dengan begitu baik.
Sesungguhnya, penganjuran majlis ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk turut sama meraikan anak-anak pelajar dalam suasana penuh kegembiraan dan kebersamaan 💚
Tidak dilupakan juga kepada semua penyumbang, sukarelawan serta tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini, kehadiran anda semua amat bermakna dan dihargai 🙌
Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda. Moga kita dapat bertemu lagi dalam majlis yang akan datang, inshaa Allah 🤲✨