13/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Pada hari ini, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah berbesar hati memenuhi jemputan sebagai penceramah jemputan dalam Program Advokasi Transformasi Pasaran Buruh Melalui MyFutureJobs anjuran pihak PERKESO Pulau Pinang.
Program yang berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya ini telah menghimpunkan rakan-rakan majikan dan pemain industri sekitar Pulau Pinang bagi membincangkan inisiatif pemerkasaan pasaran buruh yang inklusif dan berdaya saing.
Sesi taklimat telah disampaikan dengan jayanya oleh Ts. Syamsul 'Azmirullah bin Mohd Diah, Penolong Pengarah Unit Community & Employment Support Service (CESS) ADTEC Nibong Tebal.
Membawa tajuk "Memperkasa Bakat OKU: Dari Latihan Kemahiran Ke Alam Pekerjaan", perkongsian ini telah membuka mata ramai pihak mengenai potensi luar biasa golongan OKU. Antara intipati menarik yang dikongsikan termasuklah:
Transisi Pemikiran Industri:
Menukar stigma pengambilan pekerja OKU daripada dasar "simpati/kebajikan" (๐ค๐ฉ๐ข๐ณ๐ช๐ต๐บ-๐ฃ๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ) kepada "kemampuan & hak kesamarataan" (๐ณ๐ช๐จ๐ฉ๐ต๐ด-๐ฃ๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ).
Kisah Kejayaan Inspirasi:
Membuktikan kehebatan teknikal graduan OKU kami seperti Saudara Aiman Zulkefli dan Saudara Muhammad Aqil Asyraf yang kini cemerlang di industri dan institusi pengajian tinggi.
Lensa Global:
Berdasarkan pengalaman PP CESS kami ketika menyertai program kursus di JICA Hokkaido Center, Jepun, benar-benar menyedarkan kita bahawa, "Realitinya, tiada siapa yang tahu percaturan takdir. Kita semua tidak terlepas daripada kemungkinan berada di tempat mereka (menjadi OKU) pada masa hadapan, dan membantu mereka hari ini adalah jaminan untuk ekosistem komuniti yang lebih baik.
Program KJP Industri:
Menawarkan sokongan โ๐๐ฑ๐ด๐ฌ๐ช๐ญ๐ญ๐ช๐ฏ๐จ & ๐๐ฆ๐ด๐ฌ๐ช๐ญ๐ญ๐ช๐ฏ๐จ' menerusi Kursus Modular dan Customised yang fleksibel mengikut keperluan industri.
"๐๐ข๐ฌ๐ข๐ต ๐๐๐ ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข ๐ด๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ต๐ช, ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ช ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ต๐ช."
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PERKESO Pulau Pinang atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini. Kepada rakan-rakan majikan, pintu ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sentiasa terbuka luas untuk jalinan kolaborasi, tawaran Latihan Industri, dan penempatan pekerjaan buat graduan kami.
Mari bersama-sama kita bina Ekosistem Kerjaya Madani yang holistik dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang!
โ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐บ๐ ๐๐ก๐๐จ, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จโ
โ๐ด๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐ด๐๐๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃโ