07/04/2026
SEMAKAN PENGIJAZAHAN BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026
Dimaklumkan bahawa seramai 3,000 pelajar tahun akhir program Sarjana Muda dijangka akan menamatkan pengajian dan bergraduasi pada hujung tahun 2026. Sehubungan dengan itu, dimohon kepada semua Pelajar Tahun Akhir program Sarjana Muda untuk membuat semakan Laporan Akademik (Academic Report) bagi tujuan pengijazahan dalam PORTAL iSTUDENT - MENU GRADUATION - ACADEMIC REPORT (GENERATE REPORT).
Semakan dan pengemaskinian Laporan Akademik (Academic Report) perlu dibuat bagi memastikan pelajar telah memenuhi keperluan dan syarat-syarat pengijazahan serta dapat bergraduat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Tarikh Akhir semakan dan pengemaskinian Laporan Akademik adalah pada 30 Jun 2026. Kelewatan dalam pengemaskian akan menyebabkan pelajar TIDAK DAPAT bergraduasi pada tahun ini.
Notis penuh ➡️ https://shorturl.at/TsSbS
Pertanyaan ➡️ 067988148 atau Whatsapp wa.me/6067988148