IPG Kampus Pendidikan Teknik - Rasmi

IPG Kampus Pendidikan Teknik - Rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) adalah sebuah institusi pendidikan guru

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π„πŠπ€πƒ πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨πŸ“Œ Sukacita dimaklumkan bahawa Program TEKAD anjuran bersama Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG KPT dan Agens...
17/06/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π„πŠπ€πƒ πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨

πŸ“Œ Sukacita dimaklumkan bahawa Program TEKAD anjuran bersama Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG KPT dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah berjaya dilaksanakan pada 12 hingga 14 Jun 2026 bertempat di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan penyertaan seramai 60 orang siswa guru.

πŸ“Œ Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan jati diri, meningkatkan kesedaran berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta membentuk sahsiah unggul dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

πŸ“Œ Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya sembang santai, slot perkongsian oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, aktiviti eksplorasi, team building serta pengisian berkaitan isu dan bahaya dadah yang memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada peserta.

πŸ“Œ Pengisian program ini turut memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi berkesan, disiplin serta pengukuhan semangat berpasukan dalam kalangan siswa guru.

πŸ“Œ Secara keseluruhannya, Program TEKAD telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan melalui penglibatan aktif peserta serta memberikan impak positif terhadap pembangunan sahsiah, kesedaran sosial dan pembentukan ketahanan diri dalam melahirkan bakal pendidik yang berintegriti dan berdaya tahan.

Sekian, terima kasih.
β”€β”‰β”ˆβ—ˆβ—‰β—ˆβ”ˆβ”‰β”€β”‰β”ˆβ—ˆβ—‰β—ˆβ”ˆβ”‰β”€


π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡πŸŽ‰πŸ“Œ Sukacita dimaklumkan bahawa siswa/siswi di bawah bimbingan Jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) :  ...
17/06/2026

π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡πŸŽ‰

πŸ“Œ Sukacita dimaklumkan bahawa siswa/siswi di bawah bimbingan Jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) :
Kapten KRS Puan Che Rohani binti Che Aziz

πŸ“ŒAtas pentauliahan pangkat Leftenan KRS
Kursus kenaikan pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Kementeran Pendidikan tahun 2026.

πŸ“Œ Kejayaan menamatkan kursus ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana para peserta perlu melalui pelbagai ujian dan penilaian yang mencabar, sekali gus membuktikan ketabahan, daya tahan serta kesungguhan yang luar biasa dalam mencapai kecemerlangan.

πŸ“Œ Pencapaian ini mencerminkan komitmen, disiplin, serta semangat kepimpinan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kadet dan bakal pemimpin.

πŸ“Œ Diharapkan pengalaman berharga ini akan memperkasa jati diri, kemahiran insaniah dan nilai kemanusiaan dalam melahirkan guru berjiwa penyayang dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
β”€β”‰β”ˆβ—ˆβ—‰β—ˆβ”ˆβ”‰β”€β”‰β”ˆβ—ˆβ—‰β—ˆβ”ˆβ”‰
*KADET REMAJA SEKOLAH*
*SESI 2026/2027*
*IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK*


16/06/2026
✨  π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ€π’π”πŠπ€π π‘π€π†ππˆ πˆππ† πŠππ“ πŠππˆπ†π‡π“ π‘π‚πŸ‰ βœ¨πŸ“Œ Pasukan Ragbi IPG KPT telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam ...
16/06/2026

✨ π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ€π’π”πŠπ€π π‘π€π†ππˆ πˆππ† πŠππ“ πŠππˆπ†π‡π“ π‘π‚πŸ‰ ✨

πŸ“Œ Pasukan Ragbi IPG KPT telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan *ALL GIRLS TOUCH RUGBY SERIES 2026 dan berjaya meraih NAIB JOHAN PLATE*πŸ₯ˆπŸ”₯

πŸ“Œ Tahniah diucapkan kepada kesemua 9 pemain dan Puan Noor Marlina Binti Mohamed Nor (Jurulatih dan pengurus pasukan) atas semangat kesukanan, disiplin serta keazaman yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

πŸ“Œ Pencapaian ini mencerminkan semangat Guru MADANI yang berdaya saing, berjiwa kental dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan.

Teruskan usaha dan kekalkan semangat satu pasukan demi mengharumkan nama IPG KPT di arena sukan!

Sekian, terima kasih.


ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπŽπ‘π’πˆπ’ππ€ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒπŸ“Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan KORSISPA IPGKPT serama...
16/06/2026

ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπŽπ‘π’πˆπ’ππ€ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ

πŸ“Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan KORSISPA IPGKPT seramai 37 orang pelajar PPISMP Ambilan 25/30 telah menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam di bawah kendalian APM Daerah Seremban yang berlangsung pada ketetapan berikut:

> Tarikh: 13 hingga 14 JUN 2026
> Tempat: Dewan Serbaguna & Dewan Kuliah IPG KPT

πŸ“Sehubungan itu,setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti kursus asas ini. Terima juga diucapkan kepada Penyelaras KORSISPA Dr Syukri atas komitmen merancang & menganjurkan kursus Asas APM.

Sekian, terima kasih.

β€œ Melangkah dengan harapan , Menuju detik kejayaan β€œ


ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„π‘π’πŽππ€π‹πˆπ™π„πƒ π€π‚π‡πˆπ„π•π„πŒπ„ππ“ π“π‡π‘πŽπ”π†π‡ π‚π‘π„π€π“πˆπ•π„ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ (𝐏𝐀𝐂𝐄) π’πˆπ‘πˆ 𝟐 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑Pada 11 Jun 2026, Jabatan Ilmu...
13/06/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„π‘π’πŽππ€π‹πˆπ™π„πƒ π€π‚π‡πˆπ„π•π„πŒπ„ππ“ π“π‡π‘πŽπ”π†π‡ π‚π‘π„π€π“πˆπ•π„ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ (𝐏𝐀𝐂𝐄) π’πˆπ‘πˆ 𝟐 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑

Pada 11 Jun 2026, Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) telah menganjurkan Bengkel Berpusat Personalized Achievement Through Creative Education (PACE) bersama Guru Prasekolah di Bilik Gerakan SK Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Program ini melibatkan penyertaan seramai 8 orang pensyarah JIP IPG KPT dan 9 orang guru prasekolah daripada SK Talang, SK Yamtuan Hitam, SK Ampang Tinggi, SK Yamtuan Lenggang, SK Tunku Laksamana Nasir dan SK Dato’ Idris.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memperkenalkan serta mengukuhkan pemahaman guru-guru prasekolah terhadap pendekatan Pedagogi Terbeza PACE dan penggunaan inovasi e-RPH E-FLEX dalam Program Sekolah Pengajar 2026. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk membimbing guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid yang memenuhi keperluan dan kebolehan murid yang pelbagai. Di samping itu, bengkel ini bertujuan mendapatkan maklum balas daripada guru-guru prasekolah mengenai pelaksanaan Program PACE, membina jaringan kerjasama antara IPG KPT dan pihak sekolah serta memperkenalkan satu inovasi dan satu kajian tindakan kepada guru-guru yang terlibat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, diikuti sesi _ice-breaking_ yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi setiap kumpulan sekolah. Pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan termasuk aktiviti _energizer_ , penerangan dan bimbingan berkaitan Modul PACE oleh penyelaras program serta ketua fasilitator, di samping pendedahan kepada penggunaan aplikasi e-RPH E-FLEX. Guru-guru turut terlibat secara aktif dalam bengkel penyediaan bahan dan sesi pembentangan hasil kerja kumpulan yang memberi peluang kepada mereka berkongsi idea serta amalan terbaik dalam pelaksanaan pedagogi terbeza.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta menunjukkan komitmen dan penglibatan yang sangat positif. Perbincangan secara kolaboratif antara pensyarah dan guru berjaya mewujudkan suasana pembelajaran profesional yang kondusif, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan guru dan sekolah. Guru-guru juga berpeluang mendapatkan bimbingan secara langsung berkaitan pelaksanaan aktiviti berasaskan modul PACE yang lebih sistematik dan berfokus kepada keperluan murid.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini telah meningkatkan kefahaman guru terhadap konsep dan amalan Pedagogi Terbeza PACE, memperkukuh kompetensi mereka dalam penggunaan inovasi e-RPH E-FLEX serta meningkatkan kemahiran merancang dan melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid secara lebih tersusun, fleksibel dan reflektif. Diharapkan kerjasama yang terjalin antara IPG KPT dan sekolah-sekolah terlibat akan terus diperkasakan bagi menyokong usaha meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah selaras dengan aspirasi pendidikan negara.


ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐏𝐓𝐕 πˆππ† πŠππ“Sukacita dimaklumkan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT...
13/06/2026

ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐏𝐓𝐕 πˆππ† πŠππ“

Sukacita dimaklumkan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) telah mengharumkan nama institut melalui penyertaan dalam pertandingan inovasi antarabangsa dan kebangsaan dengan pencapaian berikut:

πŸ₯‡ ANUGERAH EMAS
International Virtual Competition of Creative & Innovative Idea (IVCCII) 2026
Projek: DYNARACK
Pensyarah Pembimbing: Dr. Anusuya A/P Kaliappan
Ahli Pasukan:
β€’ Muhammad Zikry Haikal bin Muhammad Zamry
β€’ Nurul Rabiatul Adawiah binti Ramle
β€’ Aizatul Maisara binti Abdul Razak
β€’ Bernice Tea Mei Jin

πŸ₯ˆ ANUGERAH PERAK
International Virtual Competition of Creative & Innovative Idea (IVCCII) 2026
Projek: BENCHTERA
Pensyarah Pembimbing: Dr. Anusuya A/P Kaliappan
Ahli Pasukan:
β€’ Lau Eng Hui
β€’ Chu Zi Wen
β€’ Reesha Laxmiy A/P Thamotharan

πŸ₯‡ ANUGERAH EMAS
Innovation Showcase 2026, Universiti Putra Malaysia (UPM) – Kategori Video
Projek: Penggunaan Smart Violence Detection System dalam Penyelesaian Isu Buli di Sekolah
Pensyarah Pembimbing: Ts. Dr. Nur’Ain binti Baharin
Ahli Pasukan:
β€’ Hem Xue Li
β€’ Siolinie Angkirim
β€’ Evelyn Lim Yee Ni
β€’ Chan Jia Jia

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah pembimbing JPTV dan siswa guru RBT yang telah mengharumkan nama IPG KPT di persada inovasi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga institut untuk terus cemerlang dalam bidang penyelidikan, kreativiti dan inovasi.

β€œKejayaan hari ini adalah hasil usaha, dedikasi dan semangat kerja berpasukan.”

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. πŸŽ‰πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ‘πŸ»





πŸ“š ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 πŠπ„ππ€πˆπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„ππ’π˜π€π‘π€π‡Pada 19 Mei dan 9 Jun 2026, telah berlangsung sesi penyerahan surat kenaika...
12/06/2026

πŸ“š ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 πŠπ„ππ€πˆπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„ππ’π˜π€π‘π€π‡

Pada 19 Mei dan 9 Jun 2026, telah berlangsung sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik yang diadakan di Pejabat Pengarah.

Majlis penyerahan surat kenaikan pangkat ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan institusi terhadap komitmen, dedikasi serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh para pensyarah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Kenaikan pangkat yang diterima bukan sahaja mencerminkan pencapaian dan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan, malah membuktikan keupayaan pensyarah untuk terus menyumbang secara signifikan dalam memperkukuh kualiti pendidikan guru, pembangunan modal insan serta kecemerlangan institusi.

Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada para pensyarah untuk terus meningkatkan profesionalisme, memperluas kepakaran dalam bidang masing-masing serta mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi. Di samping itu, ia juga menjadi dorongan untuk terus melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, memperkasa penyelidikan serta menyumbang kepada kecemerlangan institusi selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dalam melahirkan pendidik yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing di peringkat nasional mahupun global.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh Dr. Kartini binti Abdul Mutalib, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah yang menerima surat kenaikan pangkat. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti, memperkasa kecemerlangan pendidikan guru dan memartabatkan profesion keguruan demi kemajuan pendidikan negara.


ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„π‘π’πŽππ€π‹πˆπ™π„πƒ π€π‚π‡πˆπ„π•π„πŒπ„ππ“ π“π‡π‘πŽπ”π†π‡ π‚π‘π„π€π“πˆπ•π„ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ (𝐏𝐀𝐂𝐄) π’πˆπ‘πˆ 𝟏 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑Pada 10 Jun 2026 (Rabu), Jabat...
11/06/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„π‘π’πŽππ€π‹πˆπ™π„πƒ π€π‚π‡πˆπ„π•π„πŒπ„ππ“ π“π‡π‘πŽπ”π†π‡ π‚π‘π„π€π“πˆπ•π„ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ (𝐏𝐀𝐂𝐄) π’πˆπ‘πˆ 𝟏 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑

Pada 10 Jun 2026 (Rabu), Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), IPG Kampus Pendidikan Teknik telah menganjurkan Bengkel Program Sekolah Pengajar yang memfokuskan kepada pelaksanaan Personalized Achievement Through Creative Education (PACE) di Prasekolah Dinamik, IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Program ini melibatkan penyertaan 15 orang pensyarah akademik JIP bersama 12 orang guru prasekolah daripada beberapa buah sekolah iaitu Prasekolah Dinamik IPGKPT, SK Jijan, SK Bandar Enstek, SK LB Johnson, SK Kompleks KLIA dan SK Gadong Jaya.

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan serta menguji pelaksanaan Modul Pedagogi Terbeza PACE dan inovasi e-RPH E-FLEX dalam kalangan guru prasekolah. Selain itu, program ini memberi bimbingan kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid mengikut keperluan serta tahap kebolehan yang pelbagai.

Bengkel ini juga menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas guru terhadap keberkesanan modul PACE, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara IPG Kampus Pendidikan Teknik serta meneroka ruang dan peluang baharu pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi IPGK PT serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini dalam memastikan kualiti kejayaan pelaksanaan dan kelestarian program sejajar dengan moto IPGK PT iaitu "Kualiti, Dinamik dan Keunggulan".


𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 π’πžπ€π¨π₯𝐚𝐑 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫Pembugaran Modul ABA 2.0 Bersama Rakan Sekolah PengajarπŸ“… Rabu, 10 Jun 2026πŸ“ SK Bandar EnstekπŸ•£ 8....
10/06/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 π’πžπ€π¨π₯𝐚𝐑 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫

Pembugaran Modul ABA 2.0 Bersama Rakan Sekolah Pengajar
πŸ“… Rabu, 10 Jun 2026
πŸ“ SK Bandar Enstek
πŸ•£ 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

Pensyarah Unit TESL, Jabatan Bahasa, IPG Kampus Pendidikan Teknik telah mengadakan sesi pembugaran Modul ABA 2.0 bersama guru-guru Bahasa Inggeris dari SK Bandar Enstek, SK Jijan, SK L.B. Johnson (SKLBJ) dan SR Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad.

Modul ABA 2.0 telah ditambah baik dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca berteraskan dapatan SEA-PLM, sejajar dengan aspirasi dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkukuh literasi murid sekolah rendah. Modul ini mengintegrasikan teknik drama seperti tableau, hot seating, role play dan aktiviti interaktif yang membantu murid memahami teks dengan lebih mendalam serta meningkatkan penglibatan aktif dalam pembelajaran.

Sepanjang sesi pembugaran, guru-guru telah diberikan pendedahan tentang konsep, pelaksanaan dan contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan secara langsung di dalam bilik darjah menggunakan Modul ABA 2.0. Selain itu, sesi perkongsian turut menekankan penggunaan strategi pengajaran yang kreatif, kolaboratif dan berpusatkan murid bagi menyokong pembangunan kemahiran membaca, komunikasi dan pemikiran kritis.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh amalan pedagogi guru serta menyokong usaha melahirkan murid yang lebih yakin, aktif dan berdaya saing melalui pembelajaran Bahasa Inggeris yang bermakna dan lestari. Modul ABA 2.0 membuktikan bahawa integrasi drama dan literasi mampu menjadi pemangkin kepada transformasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah.


Address

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai
Nilai
71760

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067979600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPG Kampus Pendidikan Teknik - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share