Kolej Kediaman Sutera Indah 2017/18

Kolej Kediaman Sutera Indah 2017/18 Ini adalah page rasmi bagi Kolej Kediaman Sutera Indah sesi 2017l18. Sebarang komen dan cadangan boleh PM.

Abang² dan Akak² Penolong Urusetia (PU) datang membantu persiapan menyambut adik² Tahun 1 Selasa depan. Terima kasih sem...
02/09/2018

Abang² dan Akak² Penolong Urusetia (PU) datang membantu persiapan menyambut adik² Tahun 1 Selasa depan. Terima kasih semua! 🤗

[SRIKANDI PRIHATIN]InshaaAllah pada malam ini bersamaan dengan 24 ramadhan 1439H, kami pihak Jaksa Kolej Kediaman Sutera...
09/06/2018

[SRIKANDI PRIHATIN]

InshaaAllah pada malam ini bersamaan dengan 24 ramadhan 1439H, kami pihak Jaksa Kolej Kediaman Sutera Indah akan mengadakan program pengagihan barang makanan kepada gelandangan.

Bulan Ramadhan Bulan Barakah,berkongsi rezeki bersama yang lain merupakan amalan mulia. 😊

🌹[ SALAM NUZUL AL-QURAN | 17 RAMADHAN |1439H ]🌹Firman Allah S.W.T :```Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (...
02/06/2018

🌹[ SALAM NUZUL AL-QURAN | 17 RAMADHAN |1439H ]🌹

Firman Allah S.W.T :

```Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).```

[ Surah Al-Baqarah : 185]

Kami dari barisan kepimpinan JAWATANKUASA SISWA/I KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 2017/2018 ingin mengucapkan salam Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam dan warga USIM khususnya.

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين.
[ Hadis riwayat Muslim ]

```Ramadhan telah datang berkunjung tiba, Manfaatkan peluang yang telah dianugerahi Allah ini kepada kita,agar beroleh Barakah & Maghfirah dariNya.```

_"Serikandi Sutera Seindah Syar'ie"_

[JAKSA KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 2017/2018]

Alhamdulillah selesai program solat Hajat Perdana dan bacaan surah Yaasin beramai-ramai sempena Ihya' Ramadhan sebentar ...
14/05/2018

Alhamdulillah selesai program solat Hajat Perdana dan bacaan surah Yaasin beramai-ramai sempena Ihya' Ramadhan sebentar tadi. Tahniah dan terima kasih untuk semua penghuni Kolej Kediaman Sutera Indah yang berjaya turun ke surau bagi mengimarahkan lagi program sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan kita semua di bulan Ramadhan nanti dan tidak lupa untuk peperiksaan akhir bagi sem ini yang akan berlangsung jua dalam bulan Ramadhan. ♡


JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 2017/2018

🌙 *[THE MIRACLE OF RAMADHAN]* 🌙🔥 *8 HARI LAGI*🔥۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَم...
08/05/2018

🌙 *[THE MIRACLE OF RAMADHAN]* 🌙

🔥 *8 HARI LAGI*🔥

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Ramadhan adalah hadiah dari Allah سبحانه وتعالى. Al-Quran adalah hadiah untuk Rasulullah ﷺ. Ramadhan, Al-Quran dan Rasulullah ﷺ adalah hadiah Allah سبحانه وتعالى untuk kita."

[Habib Omar Al-Jufri]

* *
* *
* *
* /18*

_*"IBRAH RAMADHAN INSPIRASI PERJUANGAN, DALAM MERIBAT KESATUAN HATI DAN AMAL"*_

[JAWATANKUASA SISWA/I KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 17/18]

🌙 *[THE MIRACLE OF RAMADHAN]* 🌙🔥 *9 HARI LAGI*🔥۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَم...
07/05/2018

🌙 *[THE MIRACLE OF RAMADHAN]* 🌙

🔥 *9 HARI LAGI*🔥

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Ramadhan adalah hadiah dari Allah سبحانه وتعالى. Al-Quran adalah hadiah untuk Rasulullah ﷺ. Ramadhan, Al-Quran dan Rasulullah ﷺ adalah hadiah Allah سبحانه وتعالى untuk kita."

[Habib Omar Al-Jufri]

* *
* *
* *
* /18*

_*"IBRAH RAMADHAN INSPIRASI PERJUANGAN, DALAM MERIBAT KESATUAN HATI DAN AMAL"*_

[JAWATANKUASA SISWA/I KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 17/18]

*[🗳GE14 : MAHASISWA TURUN UNDI🗳]*Assalamualaikum w.b.tMakluman kepada semua warga USIM, bersempena dengan Pilhanraya Umu...
01/05/2018

*[🗳GE14 : MAHASISWA TURUN UNDI🗳]*

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada semua warga USIM, bersempena dengan Pilhanraya Umum Malaysia ke-14 (PRU14), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia sedang melancarkan sebuah kempen mega ; *GE14 : Mahasiswa Turun Undi*. Kempen ini berlangsung pada tarikh *23 April 2018 sehingga 4 Mei 2018*.

Berikut merupakan senarai program menarik yang dijalankan sepanjang minggu kedua kempen ini berlangsung :

*🇲🇾KONVOI MOTOR : JOM TURUN UNDI🇲🇾*
🔥Tarikh : *2 MEI 2018 (RABU)*
🔥Masa : *2.00 PETANG*
🔥Tempat : *KOMPLEKS SUKAN TUNKU NAJIHAH*

*🇲🇾SYARAHAN : PRU-14 ADAKAH BUKU TERAKHIR MELAYU DAN ISLAM?🇲🇾*
🔥Tarikh : *3 MEI 2018 (KHAMIS)*
🔥Masa : *8.30 MALAM*
🔥Tempat : *DKU FPQS*

*🇲🇾HIMPUNAN MAHASISWA TURUN UNDI🇲🇾*
🔥Tarikh : *4 MEI 2018 (JUMAAT)*
🔥Masa : *2.00 PETANG*
🔥Tempat : *KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ*

Penganjuran kempen ini adalah secara bersama dengan 43 buah badan pelajar yang berdaftar bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Semoga dengan keberlangsungan kempen ini mampu meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan semangat turun mengundi terutama dalam kalangan mahasiswa bagi PRU14.

Ayuh bersama-sama kita menghayati firman-Nya menerusi Surah Ad-Dukhan ayat 32 :

*وَلَقَدِ اخْتَرْنَاهُمْ عَلَىٰ عِلْمٍ عَلَى الْعَالَمِينَ*

"Dan sesungguhnya telah Kami pilih mereka dengan pengetahuan (Kami) atas bangsa-bangsa."

Sekian dimaklumkan.

* *
* *
* *

*SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA*

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI 2017/2018
01 MEI 2018 | 16 SYAABAN 1439H

[ 🇲🇾GE14 : MAHASISWA TURUN UNDI🇲🇾 ]Malam ini hanya di KKSI kami bawakan kepada anda Tajuk:📣  GE14 : APA KATA MAHASISWI??...
26/04/2018

[ 🇲🇾GE14 : MAHASISWA TURUN UNDI🇲🇾 ]

Malam ini hanya di KKSI kami bawakan kepada anda Tajuk:

📣 GE14 : APA KATA MAHASISWI??📣

*_🔰26 APRIL 2018 (KHAMIS)_*
*_🔰_ 7.45 MALAM*
*_🔰 SURAU KKSI_*

PANEL 1: Nur Fakhirah Fatin Bt Mohd Suhaimi
( FINALIS DAIE FEM)

PANEL 2: Nurul Husna Bt Mohd Husni
(RUASA'LIQA UNIVERSITI SPMM)

Semua warga KKSI dijemput hadir!

Bersama kita semarakkan suasana PRU14✊🏻




[COUNTDOWN PRU14]⌚13 HARI LAGI⌚Menuju Tarikh Pembuangan Undi bagi Pilihanraya Umum Malaysia Ke-14🚩09 MEI 2018 - RABU🚩Sud...
26/04/2018

[COUNTDOWN PRU14]

⌚13 HARI LAGI⌚

Menuju Tarikh Pembuangan Undi bagi Pilihanraya Umum Malaysia Ke-14

🚩09 MEI 2018 - RABU🚩

Sudahkah anda bersedia?



Alhamdulillah pada hujung minggu lepas, iaitu pada hari Ahad 22 April 2018, telah diadakan program :                    ...
24/04/2018

Alhamdulillah pada hujung minggu lepas, iaitu pada hari Ahad 22 April 2018, telah diadakan program :
🌸Gotong-Royong Perdana🌸
di Kolej Kediaman Sutera Indah yang melibatkan hampir sebahagian penghuni KKSI♡

"Apa khabar semua? ☺
🐝Kami dari Biro Kebajikan dan Keselamatam akan mengadakan gotong-royong perdana di sekeliling KKSI🌸
🐝sambil membersihkan kawasan, silaturrahim juga dapat dieratkan lagi🎉
🐝ayuh sama-sama turun padang bagi menceriakan lagi "syurga kita" pada :

🌼Hari : Ahad
📅Tarikh : 22/04/18
⏰ Masa : 9 Pagi - 11 Pagi
📝 E-sira direkodkan
🍸 Minuman disediakan utk yang ikut serta 😋"
🌈Diharapkan melalui program ini penghuni Sutera Indah dapat saling bekerjasama dalam memastikan keadaan kolej kediaman kita sentiasa bersih ✨

اَﻻِسْلَامُ نَظِيْفٌ فَتَنَظَّفُوْا فَاِنَّهُ ﻻَيَدْحُلُ الْجَنَّةَ اﻻَّ نَظِيْفٌ ٠﴿ﺮﻭﺍﻩ ﺍلبيهقى﴾

💐Ertinya : “Agama Islam itu (agama) yang bersih, maka hendaklah kamu menjaga kebersihan, kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih" (HR. Baihaqi) 💐

[ANJURAN BIRO KEBAJIKAN JAWATANKUASA SISWA/I KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH 17/18]

Alhamdulillah selesai aktiviti semalam Lawatan Ke MUZIUM KESENIAN ISLAM & PETROSAINS yang bertemakan 'Exploring Islamic ...
22/04/2018

Alhamdulillah selesai aktiviti semalam Lawatan Ke MUZIUM KESENIAN ISLAM & PETROSAINS yang bertemakan 'Exploring Islamic Art & Science World' anjuran bersama Biro Kesenian Kebudayaan dan Biro Multimedia Publisiti..
Bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mulk ayat 15

هُوَ الَّذِى جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُواْ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُواْ مِن رّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

(Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula).

JAWATANKUASA SISWA/i KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH SESI 2017/2018 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


Hey awak tu. Kenapa stress ?? Jom join kami 😍
19/04/2018

Hey awak tu. Kenapa stress ?? Jom join kami 😍

Address

KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) Jalan BBN 1/3, PUTRA POINT FASA 2
Nilai
71800

Telephone

68501467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Kediaman Sutera Indah 2017/18 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share