08/09/2026
693 GRADUAN PTSN DIRAIKAN DALAM MAJLIS KONVOKESYEN PENUH GILANG-GEMILANG DI PORT DICKSON
PORT DICKSON, 6 September 2026 โ Seramai 693 graduan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) telah berjaya menamatkan pengajian dan dirai secara rasmi dalam Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selatan 2026 (Sidang 3 dan Sidang 4) bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson.
Mendukung tema โGraduan TVET MADANI: Meneraju Transformasi Mencipta Legasiโ, penganugerahan diploma ini menjadi bukti kesiapsiagaan graduan PTSN untuk melangkah ke alam kerjaya dan memenuhi keperluan industri.
Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh dua tetamu kehormat utama:
Sidang 3: Ts. Rashdan Baharum, Pengarah Urusan Hexagon Synergy (M) Sdn. Bhd.
Sidang 4: YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.
Pengiktirafan Kecemerlangan Graduan
Bagi menghargai dedikasi dan pencapaian luar biasa warga PTSN, majlis turut menganugerahkan Anugerah Pengarah serta Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum kepada graduan berikut:
Ct. Nurul Syahieda โ Diploma Kejuruteraan Kimia (Sidang 3)
Nur Hanis binti Nor Hairul โ Diploma Teknologi Makanan (Sidang 4, Sesi 2: 2024/2025)
Eng Cheng Ling โ Diploma Kejuruteraan Kimia (Sidang 4, Sesi 2: 2024/2025)
Vellasandria Vianney Anak Jemy โ Diploma Teknologi Makanan (Sidang 4, Sesi 1: 2025/2026)
Konvokesyen ini bukanlah titik penamat, sebaliknya permulaan fasa baharu bagi 693 graduan ini. Berbekalkan ilmu dan kemahiran teknikal yang diperoleh di PTSN, graduan TVET kini merupakan aset berharga yang mampu berinovasi, mendepani cabaran industri, dan mencipta legasi demi kemajuan negara.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Jawatankuasa Konvokesyen ke-7 PTSN dan Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Selatan 2026 atas sinergi serta usaha gigih memastikan kelancaran majlis yang luar biasa ini.
Syabas dan selamat maju jaya kepada semua graduan PTSN!
Gambar sekitar Majlis - https://l1nk.dev/agxnihq