20/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ
Wakil ADTEC JTM Kampus Muadzam Shah dengan kerjasama wakil BPL ADTEC JTM Jerantut telah terlibat sebagai pegawai pameran dan promosi sempena Festival Pendidikan Tahfiz, Pondok dan Madrasah Peringkat Daerah Maran, Pahang bertempat di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Usmaniah (MATAAS), Kg Sentosa, Maran.
Program ini menjadi platform untuk memperkenalkan peluang pendidikan dan latihan TVET Tahfiz kepada para pelajar serta masyarakat, di samping memperluaskan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan tahfiz dan institusi latihan kemahiran negara.
Pihak kampus turut berkongsi maklumat berkaitan program pengajian, kemudahan latihan serta peluang kerjaya yang ditawarkan kepada pengunjung sepanjang festival berlangsung.
Semoga penglibatan ini dapat memperkukuh usaha memartabatkan TVET Tahfiz serta membuka lebih banyak peluang pendidikan dan pembangunan kemahiran kepada generasi muda.