16/06/2026
UTHM | 15 JUN 2026 | Telah diadakan Majlis Anugerah Sukan UTHM 2025 yang telah berlangsung dengan gemilang di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Majlis ini diadakan bagi menghargai prestasi cemerlang atlet dan pasukan sukan sepanjang tahun 2025 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM.
Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah YBrs. Sr. Dr. Anuar Bin Mohd Salleh, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti; YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Khalid bin Isa, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar; YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Halim Irwan Bin Ibrahim, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar; YBrs. Encik Khairuddin bin Alias, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Timbalan-Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), serta para pegawai Universiti.
Berikut adalah senarai pemenang Majlis Anugerah Sukan UTHM 2025:
Olahragawan: Chan Yu Xuan, FKEE (Mendayung)
Olahragawati: Durratul Nur Iffah binti Yazit, FTK (Petanque)
Pasukan Individu Lelaki Terbaik: Mendayung
Pasukan Individu Wanita Terbaik: Petanque
Pasukan Berpasukan Lelaki Terbaik: Bola Tampar
Pasukan Berpasukan Wanita Terbaik: Kabaddi
Pengurus Pasukan Lelaki Terbaik: Mohd Irfan bin Salim, FKEE (Bola Tampar)
Pengurus Pasukan Wanita Terbaik: Nurul Athirah binti Mohd Ali, FPTP (Catur)
Program Sukan Terbaik: Kejohanan Kabaddi Intervarsiti โPorkkalam 3.0โ UTHM 2025
Anugerah Khas:
1. Pejabat Pemasaran Komunikasi Korporat
2. โ Majlis Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
3. โ Majlis Pengetua Kolej Kolej Kediaman
4. โ Dr. Azli Bin Puddin
5. โ Seri Amisha Binti Haslindarinshah
Tahniah kepada semua pemenang dan mereka yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini!