Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering FKMP UTHM Johor

Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering FKMP UTHM Johor Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering (FKMP) Official Page

Laman FB Rasmi FKMP

 ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐—ง๐—› ๐— ๐—˜๐—–๐—›๐—ฌ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ18 Jun 2026 | Blok G2 & Foyer Bl...
20/06/2026


๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐—ง๐—› ๐— ๐—˜๐—–๐—›๐—ฌ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ

18 Jun 2026 | Blok G2 & Foyer Blok G3
Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan program 10th Mechyfest: Integrating Knowledge, Innovation and Engineering Excellence yang berlangsung di Kompleks G2 dan Blok G3, UTHM. Program tahunan ini berfungsi sebagai platform strategik yang menghimpunkan warga fakulti, pihak pengurusan universiti, serta rakan industri bagi meraikan kecemerlangan akademik, inovasi, dan pembangunan profesional mahasiswa.

Penganjuran edisi kali ini amat bermakna dengan kehadiran Profesor Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti), berserta barisan kepimpinan universiti termasuk Dekan FKMP, Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid, Dekan FPTV, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hasril Bin Amiruddin, para Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, serta wakil dari FKEE dan FKAAB. Kehadiran para jemputan kehormat serta rombongan guru dan pelajar daripada beberapa buah sekolah menengah sekitar Batu Pahat seperti SMK Datuk Menteri, Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat, SMK Datoโ€™ Syed Esa, dan SM Sains Sembrong jelas mencerminkan sokongan padu terhadap agenda pemerkasaan institusi.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan bagi memberi manfaat menyeluruh kepada mahasiswa dan pengunjung, antaranya Industrial Exhibition, Integrated Engineering Design (IED) and Final Year Project (FYP) Exhibition, Mechypreneur, kempen pendermaan darah, Mechaton, Proteam Car Inspection, serta Postgraduate Symposium. Penglibatan aktif syarikat terkemuka seperti EduCity Iskandar Malaysia, INTEC Education College, dan AME Manufacturing turut membuka ruang berharga bagi mahasiswa untuk meneroka teknologi terkini, memahami keperluan pasaran, serta meraih peluang kerjaya. Pengisian komprehensif ini menjadi medium terbaik untuk memperkukuhkan jaringan kolaborasi strategik antara universiti dan industri, sekali gus memberikan pendedahan awal berkaitan dunia kejuruteraan dan teknologi kepada komuniti setempat.

Kejayaan penganjuran 10th Mechyfest 2026 ini membuktikan komitmen jitu FKMP UTHM dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia mendepani cabaran dunia pekerjaan sebenar seiring dengan visi universiti dan kemajuan negara. Melalui pembudayaan inovasi dan pemantapan kualiti pengajaran di peringkat fakulti, kami sentiasa bersedia menyediakan ekosistem pendidikan kejuruteraan yang dinamik. Jom mulakan langkah kejayaan anda bersama kami dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar FKMP UTHM.









18/06/2026
17/06/2026

COUNTDOWN 3๏ธโƒฃ,2๏ธโƒฃ,1๏ธโƒฃโณ
ESOK ADALAH HARINYA ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

Uols ... penantian dah berakhir
Esok korang cuti ke tak cuti, korang WAJIB singgah ke 10th MECHYFEST tau ๐Ÿฅฐ

Ini bukan festival biasa-biasa, ini edisi ke-10 ๐Ÿ”ฅ
Banyak aktiviti gempak yang menanti uols esok.

Antaranya:
๐Ÿš— Proteam Car Inspection (Boleh check kereta free/pakar)
๐Ÿ’ก IED and FYP Exhibition & Industrial Exhibition (Tengok projek-projek inovasi power)
๐Ÿ” Mechypreneur (Sambil layan event, boleh support usahawan kita)
๐Ÿฉธ Blood Donation (Jom buat amal & selamatkan nyawa)
..dan banyak lagi macam Postgraduate Symposium, Mechaton, dan PPM Welcomia.

Butiran Program :
๐Ÿ“… Tarikh: Esok, 18 Jun 2026 | Khamis
โฐ Masa: 8:00 AM - 5:00 PM
๐Ÿ“ Tempat: Kompleks G2 & Blok G3, UTHM

Set alarm siapยฒ malam ni. Jangan sampai terlepas vibes engineering paling gempak tahun ni..
See you guys tomorrow ๐Ÿ˜‰



  ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—™๐—ž๐— ๐—ฃ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก (๐—”๐—œ) ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ22 Mei 2026 | SJKC Yani, Yong PengFakulti Kejur...
17/06/2026


๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—™๐—ž๐— ๐—ฃ ๐—จ๐—ง๐—›๐—  ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก (๐—”๐—œ) ๐—ž๐—˜ ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ

22 Mei 2026 | SJKC Yani, Yong Peng
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM bersama pelajar kursus BDC41003 Data Science and Artificial Intelligence telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Kecerdasan Buatan (AI) di SJKC Yani, Parit Yaani, Yong Peng di bawah penyeliaan pensyarah kursus Prof. Madya Dr. Ong Pauline. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang teknologi AI dalam kehidupan harian melalui aktiviti interaktif dan demonstrasi secara langsung.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan aplikasi AI interaktif seperti YOLO (You Only Look Once), Suno AI dan AI Mind Reader. Demonstrasi YOLO menunjukkan bagaimana AI dapat mengenalpasti objek secara masa nyata melalui kamera, manakala Suno AI memperkenalkan teknologi penjanaan muzik menggunakan arahan teks. Aktiviti AI Mind Reader p**a berjaya menarik minat murid melalui interaksi ramalan dan tindak balas pintar oleh sistem AI. Para peserta turut mengambil bahagian dalam sesi demonstrasi AI dan aktiviti pembelajaran berkump**an yang dijalankan dalam suasana santai dan menyeronokkan menggunakan Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris.

Selain program pemindahan ilmu, FKMP turut bersama SJKC Yani and SJKC York Chai menganjurkan Pertandingan Cakna-AI Peringkat Daerah Batu Pahat yang melibatkan penyertaan seramai 58 orang murid daripada 10 buah sekolah sekitar Yong Peng, Sri Gading, Penggaram, Parit Raja dan Parit Sulong. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SJKC Yani, SJKC York Chai, SJKC Chong Hwa Sri Gading, SJKC Panchor, SJKC Chung Cheng, SJKC Hwa Jin, SJKC Kong Nan, SJKC Chong Hwa Parit Kadir, SJKC Chong Hwa Sri Medan dan SJKC Chong Hwa Kangkar Senangar.

Pelaksanaan program ini berjaya meningkatkan minat serta pemahaman murid terhadap teknologi AI di samping memberi pengalaman pembelajaran baharu yang lebih kreatif dan interaktif. Inisiatif ini juga selari dengan usaha UTHM dalam memperkasa pendidikan komuniti dan melahirkan generasi celik teknologi pada masa hadapan.


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1448HKeluarga besar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ingin mengucapkan Selamat ...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1448H

Keluarga besar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun 1448H ini dipenuhi dengan keberkatan, keamanan, dan kesyukuran. Mari kita jadikan momentum tahun baru ini untuk memperbaharui azam dan menjadi lebih baik dalam setiap usaha kita, di samping terus menghayati nilai-nilai 'Amanah, Profesional, Inovatif'.


 ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—™๐—ž๐— ๐—ฃ ๐—–๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”15 Jun 2026 | Batu PahatProgram SULAM 2026: Eksplorasi Sum...
15/06/2026


๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—™๐—ž๐— ๐—ฃ ๐—–๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”

15 Jun 2026 | Batu Pahat
Program SULAM 2026: Eksplorasi Sumber Tenaga anjuran SULAM Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) kod kursus BDA21102 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan kolaborasi strategik bersama murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seri Paya. Program berimpak tinggi ini diselia secara langsung oleh Profesor Madya Ir. Ts. Mohd Azahari Bin Razali selaku penasihat program dan dipengerusikan oleh Nurul Hidayah Binti Ismail, dengan penglibatan penuh mahasiswa fakulti yang bertindak sebagai urus setia serta fasilitator. Kehadiran para mahasiswa ini bukan sahaja sebagai penggerak aktiviti, malah menjadi medium penting dalam menterjemahkan peranan universiti kepada komuniti setempat.

Inisiatif murni ini berteraskan matlamat utama untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan murid sekolah tentang kepentingan pengurusan tenaga di Malaysia serta menggalakkan pembudayaan tenaga yang boleh diperbaharui demi kelestarian masa depan. Bagi mencapai objektif tersebut, pelbagai aktiviti dinamik telah dirancang khusus untuk mencungkil bakat terpendam para peserta termasuklah Program Fun Run 5km, Pertandingan Menghias Sandwich, Pertandingan Robotik, dan Pertandingan Membina Jambatan. Kesemua pengisian ini bukan sahaja mendapat komitmen dan kerjasama yang luar biasa daripada murid-murid sekolah, malah memberikan ruang berharga kepada mahasiswa FKMP untuk menjana pengalaman interaktif, sekali gus memupuk sifat sabar, tanggungjawab, dan keyakinan diri yang tinggi dalam memimpin masyarakat.

Kejayaan penganjuran program khidmat komuniti ini secara tidak langsung merefleksikan komitmen jitu FKMP UTHM dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik kejuruteraan, malah holistik dan cakna terhadap keperluan sosioekonomi masyarakat. Pengalaman praktikal sebagai pembimbing ini merupakan sebahagian daripada ekosistem pembelajaran berasaskan impak yang diterapkan di fakulti bagi menyediakan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global. Bagi anda yang ingin membina masa depan dinamik dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, ayuh sertai kami dan mulakan langkah anda di FKMP UTHM.





 ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก: ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—”๐—จ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜...
15/06/2026


๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก: ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—”๐—จ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ

โ€‹15 Jun 2026 | Foyer DSI @ UTHM
Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM hari ini telah mengadakan Perhimpunan Mingguan Pelajar dan Staf bertempat di Ruang Legar (Foyer) Dewan Sultan Ibrahim. Perhimpunan minggu terakhir perkuliahan bagi Semester 2 Sesi 2025/2026 yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah menghimpunkan seluruh warga jabatan termasuk para pelajar daripada program BDC, BDM, dan BDX.

โ€‹Sesi perhimpunan dipenuhi dengan pengisian berimpak tinggi yang dimulakan dengan bacaan doa serta laporan rasmi daripada ketua pelajar bagi setiap program akademik yang bernaung di bawah jabatan. Agenda utama diteruskan lagi dengan penyampaian amanat serta nasihat akademik oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Prof Madya Ts Dr Mohd Fadhli Bin Zulkafli. Suasana perhimpunan bertukar menjadi lebih luar biasa apabila warga jabatan dimaklumkan mengenai pemerkasaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) akan datang melalui penerimaan rasmi sebuah pesawat tempur Douglas A4 Skyhawk sumbangan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

โ€‹Kehadiran aset fizikal berimpak tinggi ini membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi FKMP UTHM dalam menyediakan fasiliti berstandard industri demi melonjakkan kualiti pendidikan kejuruteraan aeronautik negara. Inisiatif strategik tersebut bukan sahaja menyuburkan nilai bitara dalam kalangan mahasiswa, malah menjadi pemacu utama kepada bakal pelapis industri di luar sana untuk memilih FKMP UTHM sebagai destinasi menara gading yang sebenar.




Address

Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering FKMP UTHM Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering FKMP UTHM Johor:

Share