09/06/2026
19 - 20 Mei 2026 l Lawatan Penanda Aras Edutourism ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Putrajaya Wetland dan APU
Lawatan penanda aras ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Putrajaya Wetlands Park dan Asia Pacific University of Technology & Innovation telah sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang pelaksanaan edutourism yang berjaya melalui pendekatan berbeza tetapi saling melengkapi. Setiap institusi memanfaatkan kekuatan tersendiri sebagai nilai tambah yang mampu menarik pelawat, pelajar, komuniti dan peserta antarabangsa.
UPSI p**a memperlihatkan pengintegrasikan warisan sejarah, pendidikan, sukan rekreasi dan alam semula jadi ke dalam pakej edutourism yang tersusun. Penawaran seperti Muzium Pendidikan Nasional dan Adventure Park, Summer Camp membuktikan bahawa pengalaman pembelajaran yang interaktif mampu meningkatkan daya tarikan pelawat serta mewujudkan identiti pelancongan pendidikan yang unik. Model UPSI turut menonjolkan kepentingan pembangunan pakej berasaskan tema dan pengalaman (experience-based learning) bagi menarik pasaran tempatan serta antarabangsa.
Putrajaya Wetland p**a membuktikan bahawa elemen penginapan dan pengalaman alam semula jadi mampu menjadi daya penarik pelawat. Konsep 'glamping' yang menggabungkan rekreasi, pendidikan alam sekitar dan aktiviti luar menyediakan pengalaman pembelajaran tidak formal yang lebih santai tetapi berimpak tinggi. Pendekatan ini menunjukkan bahawa edutourism bukan sekadar lawatan akademik, malah boleh diperluaskan kepada experiential tourism yang menghubungkan peserta dengan alam, kelestarian dan kesejahteraan.
APU p**a menonjolkan dimensi global dalam edutourism melalui program mobiliti antarabangsa, pertukaran pelajar, summer camp, program bahasa dan pembangunan kompetensi rentas budaya. Edutourism yang ditawarkan oleh APU boleh menjadi platform strategik untuk memperkukuh jaringan antarabangsa, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperluaskan pengaruh universiti di peringkat global.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak yang terlibat menerima delegasi UTHM dalam lawatan penanda aras kali ini, terutama kepada:
1. Ketua Pustakawan, UPSI
2. Naib Presiden Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya
3. Senior Head for the School of Business and School for Global Hospitality and Tourism, Asia Pacific University of Technology & Innovation