Kelab Bahasa Isyarat Malaysia Politeknik Ibrahim Sultan

Kelab Bahasa Isyarat Malaysia Politeknik Ibrahim Sultan Laman ini adalah Laman Sosial Rasmi Kelab Bahasa Isyarat Politeknik Ibrahim Sultan|KBIM PIS Silakan untuk berkongsi gambar anda di 'WALL' kami.

KBIM PIS|KELAB BAHASA ISYARAT MALAYSIA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
di bawah sebuah penubuhan organisasi baru akan berubah pada semester ini secara keseluruhannya. Tekan 'LIKE' untuk mengetahui perkembangan projek terbaru, aktiviti dan program yang kami jalankan serta tips dalam mempelajari bahasa isyarat.

17/10/2014

Bahasa isyarat adalah cara komunikasi yang tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yang lazim dalam satu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota.

09/09/2014

TIps ::
- Jika golongan pekak bisu tidak faham apa yang anda sedang bercakap, ulang semula , dan kemudian cuba semula penyusunan kata-kata kerana ini akan mengubah corak bibir . Jangan takut untuk mempunyai pen dan kertas berguna untuk menulis jika perlu.

09/09/2014

ikhlas dan penyayang amalan guru cemerlang

01/09/2014

:: kurang pendengaran bukan penghalang untuk berjaya. yang normal harus bersama memberi sokongan dan dorongan. insya allah.

28/08/2014

:: Bercakaplah secara biasa dengan ekspresi yang biasa. Pandang terus kepada orang pekak semasa bercakap dengan mereka. Jika bercakap di dalam kumpulan, pastikan hanya seorang yang bercakap pada suatu masa.

24/08/2014

:: Jika orang pekak tidak boleh mendengar dengan jelas apa yang anda sampaikan, tidak bermakna mereka tidak memahami mesej yang anda sampaikan.

24/08/2014

:: Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna, serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.

Persembahan Lagu Isyarat Oleh Kelab Bahasa Isyarat Malaysia...Pada majlis konvokesyen ke-17Politeknik Ibrahim Sultan  :)
31/03/2014

Persembahan Lagu Isyarat Oleh Kelab Bahasa Isyarat Malaysia...
Pada majlis konvokesyen ke-17
Politeknik Ibrahim Sultan :)

24/03/2014

Tips Berkawan dengan Orang Pekak

:: Bersabar dengan sikap mereka. Misalnya, bersabar dengan sikap mereka yang tidak menepati janji,kelam kabut, bahasa yang lemah dan sebagainya. Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri kita kalau hendak berkawan dengan orang pekak kerana budaya mereka tidak sama dengan budaya orang normal.

23/03/2014

Tips Berkawan dengan Golongan Pekak Bisu

:: Pada permulaan kalau mengikut pengalaman saya bersama orang pekak, terus terang saya katakan mereka tidak mengambil kisah tentang kita, sekadar kenalan biasa sahaja. Kitalah yang mesti cuba untuk memikat perasaan mereka. Sebagai contoh, memikat mereka dengan mempelajari bahasa isyarat dengan mereka, selalu bertanya khabar dengan mereka, mengambil berat terhadap mereka dan sebagainya. Pada awal perkenalan jangan cuba membuat mereka terasa, misalnya bergurau agak keterlaluan dengan mereka. :)

22/03/2014

Cara Berkomunikasi dengan Deaf, ELAKKAN :

1) Kurangkan b'cakap terlalu cepat, membebel atau meninggikan suara.
2) Elak dari melindungkan muka atau mulut apabila berkomunikasi dengan orang PEKAK.
3) Elakkan dari berpura-pura faham jika anda tidak memahami komunikasi orang PEKAK.
4) Jangan membaling kertas atau objek untuk menarik perhatian orang PEKAK.
5) Jangan abaikan orang PEKAK yang berada di antara anda..

Address

Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Bahasa Isyarat Malaysia Politeknik Ibrahim Sultan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share