ADTEC JTM Kampus PG & Senai

ADTEC JTM Kampus PG & Senai Institut Kemahiran Awam di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia.

Laman Muka (Facebook) Rasmi Kolej Teknologi Termaju (ADTEC JTM) Kampus Pasir Gudang & Senai, (dahulu dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang ) Jalan Gangsa, Pasir Gudang, Johor Berkedudukan kira-kira 35 km dari Bandaraya Johor Bahru dan 5 km dari Pusat Bandar Pasir Gudang. Institut Latihan Perindustrian ke 2 di Malaysia dan pertama di Zon Selatan dengan keluasan 20 ekar tanah.

14/05/2026

BACAAN YASIN TAZKIRAH DAN SOLAT DUHA MINGGUAN

๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐ˆ๐๐” ๐“๐•๐„๐“ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan istimewa daripada Puan Norhayati binti Kadir,...
14/05/2026

๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐ˆ๐๐” ๐“๐•๐„๐“

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang menerima kunjungan istimewa daripada Puan Norhayati binti Kadir, bekas pelajar dalam bidang Teknologi Pemesinan Sesi 2/1989 pada 14 Mei 2026.

Beliau yang mempunyai tiga orang anak lelaki nyata begitu yakin terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila kesemua anaknya turut menceburi bidang kemahiran sebagai laluan masa depan.

Salah seorang daripada anak beliau merupakan bekas pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam bidang Teknologi Pembuatan (Perkakasan Dai) Sesi 2/2023 dan kini telah berjaya bekerja dalam industri berkaitan bidang yang dipelajari.

Kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap kualiti latihan TVET terus diterjemahkan apabila memilih ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang sebagai tempat latihan dan pengajian buat anak bongsunya.

Sempena lawatan tersebut, Puan Norhayati turut dibawa melawat secara ringkas ke bengkel Teknologi Pembuatan (Perkakasan Dai) serta berpeluang bertemu dengan para pengajar bagi melihat sendiri perkembangan semasa latihan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak kampus.

Beliau juga sempat berkongsi sedikit kata-kata motivasi dan pengalaman kepada para pelajar sebagai inspirasi bahawa bidang TVET mampu membuka peluang kerjaya yang luas serta menjamin masa depan sekiranya dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh.

Semoga kisah inspirasi ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang kemahiran dan seterusnya melahirkan lebih ramai graduan TVET berkualiti pada masa hadapan.

๐“๐•๐„๐“ ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐œ๐ก๐จ๐ข๐œ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’,
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€
โ€œ๐˜Œ๐‘š๐˜ฑ๐‘œ๐˜ธ๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘†๐˜ฌ๐‘–๐˜ญ๐‘™๐˜ด, ๐ผ๐˜จ๐‘›๐˜ช๐‘ก๐˜ช๐‘›๐˜จ ๐˜๐‘ข๐˜ต๐‘ข๐˜ณ๐‘’๐˜ดโ€

#๐‰๐“๐Œ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Š๐”
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐ข๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐  #๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ข
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Youtube :
dan layari laman sesawang kami di https://www.ilppg.gov.my

๐“๐”๐๐„ ๐”๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ โ€“ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐€๐Œ๐€๐‹๐ˆ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah m...
14/05/2026

๐“๐”๐๐„ ๐”๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ โ€“ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐€๐Œ๐€๐‹๐ˆ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“

Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan program TUNE UP SOLAT โ€“ Bengkel Amali Solat bertempat di Surau Al Mawaddah pada 12 โ€“ 13 Mei 2026.

Program ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan pemantapan amali solat pelajar melalui pendekatan praktikal dan bimbingan secara terus oleh fasilitator.

Antara pengisian utama program ialah:
* pemeriksaan rukun bacaan dalam solat,
* pemantapan rukun-rukun perbuatan solat,
* amali pembinaan dan pelurusan saf,
* serta sesi tasmik bacaan solat bagi memastikan bacaan pelajar lebih tepat dan sempurna.

Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar memperbaiki serta memperkemaskan kualiti ibadah solat dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan keyakinan pelajar dalam melaksanakan solat dengan betul mengikut tuntutan syarak.

Pendekatan santai dan berbentuk amali yang digunakan sepanjang program turut memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya secara terus berkaitan kesalahan-kesalahan lazim ketika solat serta memperbetulkan bacaan dan pergerakan dengan lebih berkesan.

Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan secara berkala dalam usaha membudayakan penghayatan solat yang lebih sempurna dalam kalangan pelajar TVET.

๐“๐•๐„๐“ ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐œ๐ก๐จ๐ข๐œ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’,
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€
โ€œ๐˜Œ๐‘š๐˜ฑ๐‘œ๐˜ธ๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘†๐˜ฌ๐‘–๐˜ญ๐‘™๐˜ด, ๐ผ๐˜จ๐‘›๐˜ช๐‘ก๐˜ช๐‘›๐˜จ ๐˜๐‘ข๐˜ต๐‘ข๐˜ณ๐‘’๐˜ดโ€

#๐‰๐“๐Œ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Š๐”
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐ข๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐  #๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ข
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Youtube :
dan layari laman sesawang kami di https://www.ilppg.gov.my

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐ˆ๐๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐“๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‰๐’๐Œ), ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€Pada 13 Mei 2026, satu Lawatan Jalinan Industri te...
14/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐ˆ๐๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐“๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐‰๐’๐Œ), ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€

Pada 13 Mei 2026, satu Lawatan Jalinan Industri telah diadakan ke Jabatan Standard Malaysia (JSM), Cyberjaya yang melibatkan seramai lapan orang delegasi daripada ADTEC JTM Kampus Taiping, Shah Alam dan Pasir Gudang di bawah Kluster Perkhidmatan Kejuruteraan (KPK). Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara JTM dan JSM khususnya dalam aspek standard, kualiti dan pembangunan kompetensi teknikal.

Delegasi telah disambut oleh pegawai daripada Jabatan Standard Malaysia iaitu Puan Anuratha Sivam dan Puan Siti Rohaya Binti Omar daripada Bahagian Perancangan Strategik. Sesi perbincangan telah dijalankan dengan memberi fokus kepada potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kolaborasi bersama JSM berkaitan penganjuran program Kesedaran Seminar Kualiti bagi memberi pendedahan kepada tenaga pengajar dan pelajar mengenai kepentingan standard serta amalan kualiti dalam industri. Selain itu, turut dibincangkan cadangan pelaksanaan Pertandingan Standard Kualiti sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar terhadap aplikasi standard dalam bidang teknikal dan inovasi.

Perbincangan juga melibatkan rujukan kepada Dokumen Malaysia Standard (MS) sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar kandungan latihan yang dilaksanakan selari dengan kehendak industri semasa. Kerjasama ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap kompetensi pelajar ADTEC JTM serta memperkukuhkan budaya kualiti dalam institusi latihan.

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan membuka peluang kepada pelaksanaan kerjasama yang lebih erat antara ADTEC JTM dan Jabatan Standard Malaysia pada masa akan datang.

๐“๐•๐„๐“ ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐œ๐ก๐จ๐ข๐œ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’,
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€
โ€œ๐˜Œ๐‘š๐˜ฑ๐‘œ๐˜ธ๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘†๐˜ฌ๐‘–๐˜ญ๐‘™๐˜ด, ๐ผ๐˜จ๐‘›๐˜ช๐‘ก๐˜ช๐‘›๐˜จ ๐˜๐‘ข๐˜ต๐‘ข๐˜ณ๐‘’๐˜ดโ€

#๐‰๐“๐Œ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Š๐”
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐ข๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐  #๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ข
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Youtube :
dan layari laman sesawang kami di https://www.ilppg.gov.my

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ๐Œ ๐€๐‚๐€๐ƒ๐„๐Œ๐˜ ๐’๐‡๐€๐‡ ๐€๐‹๐€๐ŒPada 13 Mei 2026, seramai 9 orang delegasi daripada kampus ADTEC JTM Shah...
14/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐„ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ๐Œ ๐€๐‚๐€๐ƒ๐„๐Œ๐˜ ๐’๐‡๐€๐‡ ๐€๐‹๐€๐Œ

Pada 13 Mei 2026, seramai 9 orang delegasi daripada kampus ADTEC JTM Shah Alam, Taiping dan Pasir Gudang yang diketuai oleh Ts. Hajah Zuraini Muda, Pengarah ADTEC JTM Kampus Shah Alam telah mengadakan lawatan akademik Program Jaminan Kualiti di bawah aktiviti Jawatankuasa Kepakaran Kluster Perkhidmatan Kejuruteraan JTM ke SIRIM Berhad, Shah Alam.

Delegasi telah disambut oleh Tuan Nik Sazali Nik Hussin, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad sebelum sesi lawatan dimulakan.

Antara pengisian utama program termasuk sesi perkongsian dan perbincangan Continuous Quality Improvement (CQI) bersama Dr. Mohd Bakri Jali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Academy; Lawatan ke Pusat Sains Hayat, Industrial Research yang diketuai oleh Dr. Nurul Izzah, Pengarah Pusat Sains Hayat; serta kunjungan ke Galeri SIRIM bagi mendalami legasi, peranan dan sumbangan SIRIM terhadap pembangunan industri dan teknologi negara

Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik antara JTM dan SIRIM bukan sahaja dalam program Jaminan Kualiti di bawah Jawatankuasa Kepakaran Kluster Perkhidmatan Kejuruteraan, malah melibatkan peluang kolaborasi bagi kluster-kluster kepakaran lain di JTM.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan industri dan pembangunan latihan TVET yang lebih berkualiti, relevan dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri masa kini.

๐“๐•๐„๐“ ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐œ๐ก๐จ๐ข๐œ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’,
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€
โ€œ๐˜Œ๐‘š๐˜ฑ๐‘œ๐˜ธ๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘†๐˜ฌ๐‘–๐˜ญ๐‘™๐˜ด, ๐ผ๐˜จ๐‘›๐˜ช๐‘ก๐˜ช๐‘›๐˜จ ๐˜๐‘ข๐˜ต๐‘ข๐˜ณ๐‘’๐˜ดโ€

#๐‰๐“๐Œ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Š๐”
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐ข๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐  #๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ข
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Youtube :
dan layari laman sesawang kami di https://www.ilppg.gov.my

13/05/2026
13/05/2026
13/05/2026
๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ @ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐” ๐— ๐‰๐„๐‰๐€๐Š ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐†๐”๐ƒ๐€๐๐† & ๐’๐„๐๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐...
13/05/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ @ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐” ๐— ๐‰๐„๐‰๐€๐Š ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐†๐”๐ƒ๐€๐๐† & ๐’๐„๐๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐ŸŽ‰ Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Johor Bahru X Jejak Juara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mei 2026 bersempena sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta Majlis Belia Malaysia Johor Bahru.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan, rekreasi, kepimpinan dan pembangunan komuniti. Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan strategik antara agensi kerajaan, institusi TVET dan pertubuhan belia di daerah Johor Bahru.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts Dr Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus. Antara tetamu kehormat yang lain ialah En. Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En. Muhammad Nazri bin Kasmen, Penghulu Tertinggi, Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, En. Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, En. Mohammad Aliff bin Dato A.Rahim, Presiden, Majlis Belia Negeri Johor dan Encik Muhamad Farid bin Mohd Firus, Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru.

Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut:

1๏ธโƒฃ Menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara peringkat daerah Johor Bahru.
2๏ธโƒฃ Menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi
3๏ธโƒฃ Memperluaskan penglibatan belia hingga ke peringkat akar umbi dalam pelaksanaan Sambutan SB@HBN 2026
4๏ธโƒฃ Menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.
5๏ธโƒฃ Mengeratkan hubungan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta Majlis Belia Malaysia Johor Bahru.
6๏ธโƒฃ Menaikkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung, antaranya:

โœ… Senamrobik
โœ… Perasmian Mural Belia
โœ… Pertandiangan Bola Sepak 7 Sebelah lengkap dengan berpakaian kain pelikat
โœ… Pertandingan Sukan Jejak Juara
โœ… Pameran dari Majlis Belia Malaysia Daerah Johor Bahru
โœ… Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan
โœ… Program Usahawan pelajar

Program berlangsung dalam suasana yang meriah dengan penglibatan semua warga Kampus Pasir Gudang & Senai.๐ŸŽŠ

๐“๐•๐„๐“ ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐œ๐ก๐จ๐ข๐œ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’,
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€
โ€œ๐˜Œ๐‘š๐˜ฑ๐‘œ๐˜ธ๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘†๐˜ฌ๐‘–๐˜ญ๐‘™๐˜ด, ๐ผ๐˜จ๐‘›๐˜ช๐‘ก๐˜ช๐‘›๐˜จ ๐˜๐‘ข๐˜ต๐‘ข๐˜ณ๐‘’๐˜ดโ€

#๐‰๐“๐Œ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Š๐”
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐ข๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐  #๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ข
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Youtube :
dan layari laman sesawang kami di https://www.ilppg.gov.my

๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐”๐๐”๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐Ž๐๐ ๐‡๐€๐…๐ˆ๐™ ๐†๐‡๐€๐™๐ˆ13 Mei 2026 | Masjid Al-Muhajirin, MasaiSeramai 80 orang pelajar dari ADT...
13/05/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐”๐๐”๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐Ž๐๐ ๐‡๐€๐…๐ˆ๐™ ๐†๐‡๐€๐™๐ˆ

13 Mei 2026 | Masjid Al-Muhajirin, Masai

Seramai 80 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menyertai Program Semarak Subuh bersama YAB Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang berlangsung di Masjid Al-Muhajirin, Masai.

Program yang bermula seawal jam 5.30 pagi ini bertujuan menyemarakkan budaya mengimarahkan masjid dalam kalangan anak muda serta memupuk nilai kerohanian, perpaduan dan jati diri pelajar.

Para peserta bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah serta mengikuti pengisian dan amanat yang disampaikan kepada masyarakat dan golongan belia yang hadir. Kehadiran pelajar dalam program ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran dan akademik, malah turut memiliki sahsiah serta nilai spiritual yang baik.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak dan berjiwa ummah

๐“๐•๐„๐“ ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐œ๐ก๐จ๐ข๐œ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐ž๐ž๐ซ.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‰๐’Š๐’“๐’‚๐’,
๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’โ€
โ€œ๐˜Œ๐‘š๐˜ฑ๐‘œ๐˜ธ๐‘’๐˜ณ๐‘–๐˜ฏ๐‘” ๐‘†๐˜ฌ๐‘–๐˜ญ๐‘™๐˜ด, ๐ผ๐˜จ๐‘›๐˜ช๐‘ก๐˜ช๐‘›๐˜จ ๐˜๐‘ข๐˜ต๐‘ข๐˜ณ๐‘’๐˜ดโ€

#๐‰๐“๐Œ๐ƒ๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Š๐”
#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐ข๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐  #๐š๐๐ญ๐ž๐œ๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ข
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Youtube :
dan layari laman sesawang kami di https://www.ilppg.gov.my

Address

Kolej Teknologi Termaju (ADTEC JTM) Kampus Pasir Gudang, Jalan Gangsa
Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

072544170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus PG & Senai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share