14/06/2026
🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU ASASI KEJURUTERAAN PTSS SESI I: 2026/2027 🎓
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menerima kehadiran seramai 126 orang pelajar baharu Program Asasi Kejuruteraan bagi Sesi I: 2026/2027.
Proses pendaftaran telah berlangsung dengan lancar bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan kerjasama pelbagai pihak yang terlibat dalam memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan teratur.
Turut diadakan ialah Sesi Taklimat Ibu Bapa pada 11.00 pagi yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, YM Ungku Khairul Fadzli bin Ungku Abu Bakar. Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berkaitan kemudahan, peraturan, kebajikan pelajar serta perjalanan pengajian sepanjang berada di PTSS.
Selesai urusan pendaftaran, para pelajar ditempatkan di Kolej Kediaman (KAMSIS) dan diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus sebelum menjalani aktiviti bebas sehingga 5.00 petang.
Seterusnya, bermula 5.00 petang, para pelajar akan memulakan Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang bertujuan membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus, memahami budaya pembelajaran di politeknik serta membina jati diri sebagai mahasiswa TVET yang cemerlang.
Warga PTSS mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu Program Asasi. Semoga perjalanan anda di PTSS dipenuhi dengan pengalaman bermakna, kecemerlangan akademik dan kejayaan yang membanggakan.