ADTEC JTM Kampus Pedas

ADTEC JTM Kampus Pedas ADTEC JTM Kampus Pedas juga pernah dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian Pedas (ILP Pedas) sebuah institusi latihan kemahiran di bawah JTM, KSM

Pendaftaran sebagai Alumni ILP Pedas:
https://goo.gl/forms/HXUMFH7NF2TL4cci1

Permohonan kemasukan secara online:
https://form.jotform.me/70812176117452

Permohonan kursus jangka pendek:
https://form.jotform.me/70720868937468

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas dengan penuh ikhlas dan rasa taat setia, merafak sembah dengan ucapan...
01/06/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!

Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas dengan penuh ikhlas dan rasa taat setia, merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2026.
Daulat Tuanku!

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H buat seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas🌙✨Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H buat seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas🌙✨

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menjadi kekuatan KITA dalam melaksanakan amanah serta memberikan yang terbaik buat organisasi, pelajar dan masyarakat. Terima kasih atas segala usaha dan komitmen yang dicurahkan.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

🚨 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊𝐋𝐈𝐒𝐓 '𝐒𝐀𝐅𝐄 & 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐑𝐄' 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 🚨Sebelum kita pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan meluangkan ma...
26/05/2026

🚨 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊𝐋𝐈𝐒𝐓 '𝐒𝐀𝐅𝐄 & 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐑𝐄' 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 🚨

Sebelum kita pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga, JK Keselamatan & Kesihatan ADTEC Pedas ingin mengingatkan semua staf dan pelajar untuk memastikan kawasan kerja masing-masing berada dalam keadaan selamat.

Sila pastikan 6 Checklist Utama ini diselesaikan sebelum anda keluar:
1 🔌 Tutup & Cabut: Matikan suis dan cabut plug semua peralatan elektrik.
2 🧪 Simpan Bahan Kimia: Tutup peralatan makmal/bengkel dengan kemas dan simpan bahan kimia di tempat sepatutnya.
3 🔥 Punca Gas: Tutup rapat punca gas dan pastikan semua disimpan dengan selamat.
4 📂 Urusan Fail & Emel: Simpan fail penting di tempat berkunci dan set auto-reply emel pejabat anda.
5 🗑️ Kebersihan Ruang: Kemas ruang kerja/meja dan kosongkan tong sampah bagi mengelakkan bau atau serangga.
6 🔒 Keselamatan Fizikal: Pastikan semua tingkap dirapatkan dan pintu utama dikunci dengan rapat.

Pastikan tempat kerja selamat sebelum pulang beraya.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga ADTEC Pedas! Pandu cermat, jiwa selamat. 🌙🐑✨

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀: 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍ADTEC PEDAS, 22 Mei 2026 – Mempersiap graduan mendepani ...
25/05/2026

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀: 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐀𝐍

ADTEC PEDAS, 22 Mei 2026 – Mempersiap graduan mendepani alam kerjaya dengan ilmu pengurusan kewangan dan keselamatan sosial, ADTEC JTM Kampus Pedas melalui kerjasama Unit Komuniti & Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) serta Bahagian Pengajian Umum & Pembangunan Kerjaya (BPUPK) telah berjaya menganjurkan Seminar Hak Pekerja Siri 2: Peranan KWSP Melindungi Pekerja.

Seminar ini melibatkan semua pelajar semester akhir sebagai peserta dan dijayakan melalui kolaborasi strategik bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seremban dan Nilai. Sesi perkongsian memfokuskan kepada:

✅Kepentingan Mencarum: Kesedaran awal tentang faedah caruman untuk masa depan sebagai bakal tenaga kerja negara.

✅Hak Perlindungan: Penekanan mengenai tanggungjawab dan kewajipan majikan dalam mencarum untuk pekerja.

✅Persediaan Hari Muka: Memahami peranan KWSP sebagai benteng simpanan utama menjelang hari persaraan.

Selain sesi taklimat, pihak KWSP turut membuka kaunter pendaftaran bagi memberi kemudahan kepada para pelajar mendaftar akaun mereka. Peluang ini turut dimanfaatkan sepenuhnya oleh kakitangan ADTEC Pedas yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat, semakan, serta maklumat terkini berkaitan caruman mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KWSP atas perkongsian yang sangat bernilai ini. Semoga kolaborasi strategik antara ADTEC JTM Kampus Pedas dan KWSP ini akan terus berkekalan demi memberi manfaat berterusan kepada seluruh warga kampus!

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"

23/05/2026
21/05/2026
𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇, 𝐆𝐄𝐍𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐒𝐄𝐒 𝟓.𝟎 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊!PEDAS, 20 Mei 2026 – Telah berlangsung dengan gilang-gemil...
20/05/2026

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇, 𝐆𝐄𝐍𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐒𝐄𝐒 𝟓.𝟎 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊!

PEDAS, 20 Mei 2026 – Telah berlangsung dengan gilang-gemilang Majlis Perasmian Program SUKSES 5.0: Karnival Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Negeri Sembilan bertempat di ADTEC JTM Kampus Pedas.

Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan rasminya oleh YBrs. Puan Khalidah binti Omar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama bagi menjayakan majlis ialah YBrs. Ts. Abd. Halim bin Ali Mohammed, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, serta YBrs. En. Mohd Pilus bin Abdullah, wakil dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kehadiran tetamu utama disambut hangat oleh penganjur dan urus setia ADTEC Pedas melalui persembahan demonstrasi silambam dan tarian serta nyanyian dari kalangan pelajar ADTEC JTM Kampus Pedas. Kelolaan selama dua hari ini bakal menjadi medan inspirasi pelajar dan murid sekolah yang hadir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

Karnival berskala besar ini merupakan platform strategik yang mempertemukan para pelajar, belia, dan masyarakat setempat dengan pelbagai peluang pendidikan tinggi—khususnya dalam bidang TVET—serta akses terus ke pasaran kerjaya masa kini.

Melalui penganjuran kali kedua Program SUKSES 5.0 pada tahun ini, ADTEC Pedas membuktikan komitmen padu sebagai hab kecemerlangan kemahiran yang sentiasa menyokong agenda memperkasakan modal insan kompetitif demi kemakmuran Negeri Sembilan dan negara secara amnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Pengarah JPNS, tetamu kehormat, para pempamer, institusi pendidikan, serta seluruh pengunjung yang memeriahkan karnival ini.

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🥉🎉Seluruh warga kerja ADTEC JTM Kampus Pedas merakamkan seting...
19/05/2026

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟔! 🥉🎉

Seluruh warga kerja ADTEC JTM Kampus Pedas merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ts. Muhammad Syafiq bin Noor Azizi (BKKL) atas satu lagi pencapaian cemerlang setelah merangkul Pingat Gangsa di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2026) yang baru sahaja melabuhkan tirainya di KLCC.

Kejayaan di pentas antarabangsa ini merupakan bukti komitmen, daya cipta, dan kepakaran warga kerja ADTEC JTM Kampus Pedas dalam memacu inovasi berkualiti dan berimpak tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.

Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus membudayakan inovasi demi kecemerlangan TVET negara!

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"

𝑲𝑼𝑹𝑺𝑼𝑺 𝑱𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑬𝑲 (𝑲𝑱𝑷) - 𝑰𝑶𝑻 - 𝑬𝑺𝑷 32 & 𝑩𝑳𝒀𝑵𝑲18-19 MEI 2026 | ADTEC JTM Kampus Pedas telah melaksanakan Kursus Jangk...
19/05/2026

𝑲𝑼𝑹𝑺𝑼𝑺 𝑱𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑬𝑲 (𝑲𝑱𝑷) - 𝑰𝑶𝑻 - 𝑬𝑺𝑷 32 & 𝑩𝑳𝒀𝑵𝑲

18-19 MEI 2026 | ADTEC JTM Kampus Pedas telah melaksanakan Kursus Jangka Pendek 𝑰𝑶𝑻 - 𝑬𝑺𝑷 32 & 𝑩𝑳𝒀𝑵𝑲 kepada 10 orang peserta.
Kursus ini memberi pendedahn kepada peserta penggunaan IOT dalam projek-projek yang dihasilkan.
Kursus ini telah diajar oleh Pn. Umaira Binti Omar, pengajar Teknologi Mekatronik.

𝐁𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤??
🔗 Daftar Sekarang!
📞 Hubungi Unit CESS ADTEC Pedas:
WhatsApp: [Othman - 0126212149]
Laman Web: [https://ekjp.ilppedas.gov.my/ekjp/]
Emel: [[email protected]]
"Kemahiran Anda, Masa Depan Anda. Jom Jadi Pakar Bersama ADTEC Pedas!"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"

Address

2. 591342° N, 102. 048854° E
Pedas
71400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066853564

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Pedas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share