Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK

Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK FHPK terdiri daripada 3 Jabatan -Jabatan Pelancongan, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Kesejahteraan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐ŸŒธSelamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 buat seluruh warga kerja yang terus berbakti dengan...
01/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐ŸŒธ
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 buat seluruh warga kerja yang terus berbakti dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat. Setiap usaha anda amat bermakna dalam membina masyarakat serta masa depan negara.
Khas buat para pendidik, terus menerajui ilmu dan membina generasi cemerlang.
Ikhlas daripada
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan ๐ŸŒŸ

Kunjungan hormat oleh pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Halal Centre (KIASHAC) ke Fakulti Ho...
30/04/2026

Kunjungan hormat oleh pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Halal Centre (KIASHAC) ke Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), UMK pada 28 April 2026 telah berjaya membuka lembaran baharu dalam jalinan kerjasama strategik, khususnya bagi memperkasakan bidang halal dalam sektor Perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B) serta industri Hospitaliti. Pertemuan produktif yang melibatkan enam orang wakil KIASHAC bersama barisan pengurusan FHPK ini menjadi platform dinamik untuk bertukar pandangan, berkongsi kepakaran teknikal, serta meneroka peluang kolaborasi yang lebih luas merangkumi aspek penyelidikan, pembangunan akademik, latihan kepakaran, dan pengukuhan jaringan industri.

Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus berkembang dan memberi impak positif bukan sahaja kepada institusi, malah kepada pembangunan industri halal di Malaysia.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama dan memperkukuh jaringan strategik pada masa hadapan.

Nusantara Integrated Learning Mobility Program (NILMP) 2026 (Inbound) yang telah dilaksanakan pada 13 hingga 22 April 20...
29/04/2026

Nusantara Integrated Learning Mobility Program (NILMP) 2026 (Inbound) yang telah dilaksanakan pada 13 hingga 22 April 2026 merupakan satu inisiatif strategik Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Universitas Negeri Padang (UNP). Program ini melibatkan seramai 40 orang pelajar daripada kedua-dua institusi dan dilaksanakan di beberapa lokasi utama di Kelantan sebagai platform pembelajaran berasaskan pengalaman.

Sepanjang program, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti merangkumi komponen pelancongan, hospitaliti, kesejahteraan dan akademik. Aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan ke destinasi pelancongan budaya dan warisan, penglibatan dalam pelancongan komuniti, pendedahan kepada operasi industri hospitaliti serta bengkel makanan tradisional. Selain itu, peserta turut terlibat dalam aktiviti kesejahteraan seperti refleksi kendiri dan interaksi sosial, di samping sesi perkongsian ilmu, pembentangan pelajar dan diskusi akademik bersama rakan antarabangsa. Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kefahaman silang budaya, kemahiran insaniah serta keyakinan diri dalam kalangan peserta.

Justeru, program ini diharapkan dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan sebagai platform pengantarabangsaan yang berimpak tinggi serta memperkukuh hubungan strategik antara UMK dan UNP.

Penganjuran 1st Kelantan Postnatal Industry Gathering 2026 pada 18 April 2026 merupakan satu pencapaian signifikan dalam...
28/04/2026

Penganjuran 1st Kelantan Postnatal Industry Gathering 2026 pada 18 April 2026 merupakan satu pencapaian signifikan dalam pembangunan industri penjagaan selepas bersalin di negeri Kelantan. Program ini berjaya menghimpunkan para bidan, penggiat industri pantang, terapi postnatal, pemain industri kesejahteraan, ahli akademik, agensi kerajaan dan usahawan di bawah satu platform strategik anjuran IbuCare@UMK.

Penyertaan lebih 130 peserta mencerminkan kepentingan kerjasama multidisiplin dalam memperkukuh jaringan profesional, meningkatkan kualiti perkhidmatan, serta menyokong pembangunan industri yang mampan dalam bidang kesihatan ibu dan penjagaan selepas bersalin.

Kejayaan program ini turut mengukuhkan peranan IbuCare@UMK sebagai pusat rujukan holistik yang komited terhadap kesejahteraan ibu, pemerkasaan komuniti dan pembangunan profesional.

UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAANTahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pasukan Penyelidik Fakulti Hospital...
28/04/2026

UCAPAN TAHNIAH & PENGHARGAAN

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pasukan Penyelidik Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) atas kejayaan memperolehi Geran Kontrak Projek Penyelidikan daripada The Asia Foundation.

Ketua Projek:
Prof. Madya Dr. Roslizawati Binti Che Aziz

Ahli Penyelidik Bersama:
1. Dr. Nur Ida Fatihah Binti Che Shalifullizam (FHPK)
2. Prof. Madya Ts. Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli (FSDK)
3. Dr. Nurul Fadzlyn Binti Enche Nadzmy (FKP)
4. Dr. Siti Afiqah Binti Zainuddin (FKP)

Tajuk Penyelidikan:
Empowering Women-Led MSMEs in ASEAN to Engage with Safe, Practical AI Tools

Jumlah Geran:
RM93,000.00

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan berimpak tinggi serta memperkukuh peranan wanita dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana melalui penerapan teknologi kecerdasan buatan yang selamat dan praktikal. Syabas dan selamat maju jaya!





โœจ MAKLUMAN PENYERTAAN, KEJAYAAN PELAJAR & MENTOR FHPK KE PENTAS AKHIR TRAILBLAZER CUP 2026 โœจAlhamdulillah, dengan segala...
24/04/2026

โœจ MAKLUMAN PENYERTAAN, KEJAYAAN PELAJAR & MENTOR FHPK KE PENTAS AKHIR TRAILBLAZER CUP 2026 โœจ

Alhamdulillah, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) telah menyertai Program TrailBlaizer Cup 2026 anjuran Centre of Entrepreneurship Education and Development (CEED) dan Ignite Venture Lab (IVL), Universiti Malaysia Kelantan Entrepreneurship Institute (UMKEI), dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) serta rakan industri.

Program ini telah berlangsung pada 13 hingga 16 April 2026 bertempat di H Elite Design Hotel, yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempersembahkan idea serta potensi keusahawanan masing-masing.

๐Ÿ’ก Senarai penyertaan pelajar FHPK & mentor:

ABE POTATO โ€“ Muhamad Haris Aiman bin Farid Rizduan (SAH) Mentor: En. Mohd Firdaus bin Mohd Nasir

MRKS STORE โ€“ Muhamad Amar Farhan bin Azizul Rahim (SAP) |Mentor: Dr. Norizan Musa

EDU TOURISM โ€“ Muhammad Rizki Aisar bin Abdullah (SAP) | Mentor: Dr. Norizan Musa & En. Abdullah bin Muhamed Yusoff

MLEENXCOOKIES โ€“ Nur Ain Emelin bt Ezaidin (SAP) | Mentor: Dr. Norsyamlina bt Che Abdul Rahim

๐ŸŽ‰ Keputusan Pertandingan

Menurut Pengarah CEED, Dr. Mohd Safwan Ghazali, seramai 40 usahawan pelajar UMK daripada 10 fakulti telah terpilih menyertai program berprestij ini.

FHPK merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang, khususnya juara dan naib juara, atas kejayaan membentangkan idea perniagaan yang kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.

Lebih membanggakan, ABE POTATO dan MLEENXCOOKIES dari FHPK telah berjaya meraih kedudukan Top 13 dalam pertandingan perniagaan individu ini.

FHPK turut merakamkan tahniah kepada semua peserta pelajar dan mentor yang menyertai pertandingan ini.

๐Ÿ‘ Semoga pengalaman ini menjadi platform berharga dalam membentuk generasi usahawan muda yang berdaya saing, berilmu dan berimpak kepada Fakulti, Universiti dan masyarakat.



*UCAPAN TAHNIAH BUAT PELAJAR DAN MENTOR FHPK MELANGKAH KE FINAL PITCHING TRAILBLAZER CUP 2026*Tahniah dan syabas diucapk...
16/04/2026

*UCAPAN TAHNIAH BUAT PELAJAR DAN MENTOR FHPK MELANGKAH KE FINAL PITCHING TRAILBLAZER CUP 2026*

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) yang telah berjaya melangkah ke **Final Pitching Trailblazer Cup 2026**, yang sedang berlangsung pada pagi ini di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.

๐ŸŒŸ **ABE POTATO**
Haris Aiman Farid Rizduan (SAH)
Mentor: En. Mohd Firdaus Mohd Nasir

๐ŸŒŸ **MLEENCOOKIES**
Nur Ain Emelin Ezaidin (SAP)
Mentor: Dr. Norsyamlina Che Abdul Rahim

Traiblazer CUP 2026 merupakan insiatif UMKEI memperkasa potensi pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai pengarah Syarikat Siswa Universiti (SSU).

Kejayaan pelajar FHPK ke FINAL PITCHING merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan usaha, komitmen serta idea inovatif yang ditampilkan oleh para pelajar bersama bimbingan mentor yang berdedikasi. Semoga diberikan kelancaran sepanjang sesi pitching dan diharapkan kejayaan milik FHPK pada pertandingan ini.

*All the best dan semoga membawa pulang kemenangan!*โœจ



FHPK
PROMOSI, KORPORAT DAN LAMAN WEB FHPK

*UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA*Dekan serta seluruh warga Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK),...
13/04/2026

*UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA*

Dekan serta seluruh warga Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada waki pelajar FHPK atas penyertaan dalam Program Trailblazer Cup 2026: Bootcamp & Final Pitch โ€œHome Grown Enterprise Challenge Trophy.โ€

*Tarikh*: 13 hingga 16 April 2026
*Tempat*: H Elite Design Hotel, Kota Bharu.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen, semangat serta keupayaan pelajar dalam mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan.

Semoga para pelajar terus berusaha dengan penuh keyakinan dan mengharumkan nama Fakulti dan universiti.

FHPK

4u 1 Hati 1 Jiwa

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera. Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para staf yang telah b...
09/04/2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera.

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para staf yang telah berjaya menerbitkan artikel berimpak tinggi dalam jurnal berindeks Web of Science pada tahun 2025.

September 2025

1. Dr. Muhamad Nasyat bin Muhamad Nasir bersama Dr. Nur Ida Fatihah binti Che Shalifullizam dan Dr. Pavitira A/P Manogaran

Oktober 2025

1. Dr. Bibi Nabihah binti Abdul Hakim

2. Dr. Normaizatul Akma binti Saidi

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi serta pemangkin semangat kepada rakan-rakan akademik yang lain untuk terus cemerlang dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.





Assalamualaikum w.b.r.t. dan Salam Sejahtera,Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti Hospita...
03/04/2026

Assalamualaikum w.b.r.t. dan Salam Sejahtera,

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan yang telah dilantik ke jawatan pentadbiran giliran peringkat universiti berkuatkuasa pada 1 April 2026.

Tahniah diucapkan!

Semoga pelantikan ini menjadi perangsang kepada semua untuk terus cemerlang dan terus menabur bakti kepada UMK khususnya FHPK. Tahniah!

๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

Ikhlas daripada:
Dekan, pengurusan dan seluruh warga Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan



Assalamualaikum w.b.r.t. dan Salam Sejahtera,Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Nor Maizana bte Mat Nawi dan Dr Moh...
03/04/2026

Assalamualaikum w.b.r.t. dan Salam Sejahtera,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Nor Maizana bte Mat Nawi dan Dr Mohd Hakam bin Nazir Pensyarah Kanan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan yang telah menggalas tanggungjawab dengan penuh komited dan berdedikasi sebagai Ketua Jabatan Hospitaliti dan Kesejahteraan bagi tempoh 2 tahun telah berakhir pada 31 Mac 2026

Terima kasih diucapkan!

Semoga jasa dan sumbangan kalian terus subur dan memberi manfaat FHPK dan UMK. Terima kasih!

๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

Ikhlas daripada:
Dekan, pengurusan dan seluruh warga Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan



Address

Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097717157

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan - FHPK:

Share