Universiti Malaysia Perlis

Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis - UniMAP : Malaysia's Top University

Knowledge, Sincerity, Excellence Welcome!
(282)

Universiti Malaysia Perlis - UniMAP : Malaysia's Top University

Knowledge, Sincerity, Excellence

This is the official page of UniMAP.

10/06/2026

10 Jun 2026 | EP 62: UniMAP PODCAST

Mencipta Langkah, Membina Masa Depan (Edisi Minggu Suai Kenal UniMAP) bersama En Hasrul Nizam Halim, Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP.




09/06/2026

SELAMAT PAGI UniMAPians! Jangan biarkan cabaran memadam semangat dalam diri, kerana insan kuat bukan mereka yang tidak diuji, tetapi yang terus bangkit walau berkali-kali jatuh sebelumnya -

9 Jun 2026 |Terima kasih!
09/06/2026

9 Jun 2026 |

Terima kasih!

9 Jun 2026 |COFFEENECTION @ NICE2026 Sempena NICE2026 yang sedang berlangsung di Dewan Ilmu, Fakulti Kejuruteraan dan Te...
09/06/2026

9 Jun 2026 |

COFFEENECTION @ NICE2026

Sempena NICE2026 yang sedang berlangsung di Dewan Ilmu, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik Unimap diketuai Dekan, Prof. Madya Ir. Ts. Dr Razaidi Hussin berbesar hati menyantuni para pemain industri elektronik dan semikonduktor melalui inisiatif COFFEENECTION.

Inisiatif ini adalah satu penghargaan kepada pihak industri menerusi pemberian kopi istimewa sebagai simbol jalinan kerjasama erat antara fakulti dan industri.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen berterusan pihak industri dalam memperkukuh pembangunan bakat serta ekosistem teknologi elektronik dan semikonduktor negara.



9 Jun 2026 |♻️✨ KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KELESTARIAN (KKdK) 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI UniMAP! ✨♻️Karnival Keusahawanan...
09/06/2026

9 Jun 2026 |♻️✨ KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KELESTARIAN (KKdK) 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI UniMAP! ✨♻️

Karnival Keusahawanan dan Kelestarian (KKdK) 2026 telah berjaya menghimpunkan warga UniMAP bersama rakan-rakan strategik dalam usaha memperkasakan keusahawanan siswa serta membudayakan amalan kelestarian dan pengurusan sisa pepejal yang mampan.

🎤 Antara pengisian utama karnival ialah Forum “Sampah Jadi Duit: Siapa Kata Sampah Tak Bernilai?” yang menampilkan panel hebat terdiri daripada Tuan Shahhir (SWCorp Malaysia), Encik Rizam (E-Idaman Sdn. Bhd.), Puan Rosnani (Grass Malaysia) dan PM Ts. Dr. Irnis (UniMAP). Forum ini membuka mata peserta tentang potensi sisa sebagai sumber ekonomi melalui amalan ekonomi kitaran, selain memberi pendedahan mengenai pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan pembuangan sampah kecil.

🎉 Majlis Perasmian KKdK 2026 telah disempurnakan oleh Puan Ummi Kalthum Binti Shuib, Pengarah Bahagian Kewangan dan Bahagian Pendidikan Masyarakat, SWCorp Malaysia, mewakili Ketua Eksekutif SWCorp Malaysia. Turut hadir PM Ts. Dr. Che Zulzikrami Azner Abidin, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA), UniMAP serta wakil-wakil daripada E-Idaman Sdn. Bhd. dan FAMA Negeri Perlis.

🌱 Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk jualan usahawan siswa, pameran agensi, kutipan minyak masak terpakai, Jualan Agro Madani dan aktiviti interaktif yang berjaya menarik penyertaan warga kampus.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SWCorp Malaysia atas tajaan dan sokongan penuh yang diberikan. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Lestari Siswa UniMAP selaku penganjur bersama Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) serta Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari atas kejayaan menganjurkan program yang memberi impak besar kepada pembangunan keusahawanan dan kelestarian warga UniMAP.


University Malaysia Perlis (UNIMAP)

9 Jun 2026 |Jom dapatkan barangan keperluan di Jualan Agro Madani Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.
09/06/2026

9 Jun 2026 |

Jom dapatkan barangan keperluan di Jualan Agro Madani Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈!!
𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈!!

Ayuh dapatkan barangan keperluan harian dangan kadar penjimatan 10%-30% di Jualan Agro Madani!!!

Tarikh : 9 -11 Jun 2026
Masa : 8.00 Pagi-6.00 Petang
Tempat : Dataran Dewan Ilmu,
UniMAP Pauh Putra, Perlis

Pelbagai jualan istimewa kami bawakan untuk anda❗️

Jangan lepaskan peluang❗️







Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Abdul Rashid Bahri
Anzara Azizan
FAMA Malaysia

08/06/2026

HARUS DIINGAT setiap cabaran yang hadir membawa pelajaran berharga untuk mematangkan diri. Jangan pernah lelah berusaha, kerana perjalanan sukar sering membawa kejayaan paling indah di akhirnya nanti -

08/06/2026

[INFOGRAFIK] Perlis Catat Satu Kematian Akibat Denggi, Empat Lokaliti Wabak Aktif Dikesan

KANGAR – Perlis merekodkan satu kematian akibat demam denggi tahun ini dengan empat lokaliti dikenal pasti sebagai kawasan wabak aktif berdasarkan kemas kini mingguan sehingga 30 Mei lalu.

https://www.facebook.com/share/v/1BBsaQ9bb1/

08/06/2026

8 Jun 2026 |

Jom meriahkan Karnival AI 2026 di UniMAP! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.



*JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM "CHEM X WEEK"*Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia akan menganjurkan Program "Chem X Week"...
08/06/2026

*JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM "CHEM X WEEK"*

Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia akan menganjurkan Program "Chem X Week" untuk semua warga UniMAP, Perlis dan negeri-negeri sekitarnya.

Maklumat dan ketetapan program adalah seperti berikut:

🧪 Program : Chem X Week
🗓️ Tarikh : 15 - 16 & 18 - 19 Jun 2026
⏰ Masa : 9 pagi - 5 petang
📍 Lokasi : Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia, Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 3, 02600 Arau, Perlis

Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan SEMUA pihak.

Mengapa anda perlu hadir?
✅ Program adalah PERCUMA
✅ Pelbagai aktiviti menarik termasuklah lawatan ke makmal & aktiviti STEM 🔬
✅ Pameran projek akademik & seminar 📚
✅ Food vendor / jualan 🍜 🍨 👚👖

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program, Tuan/Puan boleh menghubungi wakil pihak penganjur, Dr Amira Farzana (012-4144182) atau Dr Nor Aida (011-57704589).

URUSETIA
Unit Promosi ChemXWeek

*Mohon bantuan untuk sebarkan juga kepada guru di sekolah anak-anak*

Address

Universiti Malaysia
Kampung Ulu Pauh
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Malaysia Perlis:

Share