12/02/2026
๐๐ KONVENSYEN HB KIK PSP 2026: KEJAYAAN MANIS JABATAN PENGAJIAN AM
Alhamdulillah dan tahniah! ๐คฉ๐คฉ
Jabatan Pengajian Am (JPA) dengan penuh rasa syukur dan bangga meraikan kejayaan cemerlang dalam Konvensyen HB Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Politeknik Seberang Perai (PSP) yang telah berlangsung pada 6 Februari 2026 di Bilik Tayangan UiDM.
Melalui projek inovasi iClass: Innovative Class Sharing Application, kumpulan iClass Pioneers yang diketuai oleh Puan Nurul Huda binti Abdul Razak telah berjaya merangkul Johan Bidang Penyampaian Perkhidmatan. Kumpulan ini turut dianggotai oleh enam pensyarah dari Jabatan Pengajian Am iaitu Pn. Yeap Lay Hwa, Pn. Nurshahiza Binti Mohamad Isa, Pn. Sri Sarmila Dewi A/P Khrishnan, Cik Nor Izzati Binti Mahd Nor, Pn. Shuhasyini A/P Balan dan Mohd Fahmi Bin Md. Yusof.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga JPA dalam membudayakan inovasi yang praktikal, berimpak tinggi dan selari dengan keperluan pengurusan akademik semasa. Projek iClass bukan sahaja memudahkan urusan perkongsian kelas, malah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan secara lebih sistematik dan efisien.
Lebih membanggakan, pasukan iClass Pioneers akan mewakili Politeknik Seberang Perai ke peringkat kebangsaan pada bulan Julai nanti.
Semoga terus melakar kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi berkualiti pada masa hadapan.