CO-OP Tourism IKMa

CO-OP Tourism IKMa -SELAMAT DATANG-
PAGE INI AKAN MEMAPARKAN INPUT MENGENAI PROGRAM LATIHAN DAN BIMBINGAN YANG DIANJURK

CO-OP Tourism IKMa telah selesai melaksanakan Bengkel Bimbingan Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) kepada K...
16/08/2025

CO-OP Tourism IKMa telah selesai melaksanakan Bengkel Bimbingan Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) kepada Koperasi Homestay Sarang Buaya Berhad di Muar, Johor.

Melalui bengkel ini, KOSARA telah diberi pendedahan mengenai Local Heroes, Local Wisdom dan Local Host.

Salah seorang local hero komuniti yang dikenali pasti adalah Encik Azmi. Beliau adalah penternak kupang di perairan Selat Melaka. Kami berkesempatan menikmati pengalaman 'mengupang'. Aktiviti yang melibatkan kutipan kupang di tengah laut, membersih kupang dan menikmati hidangan berasaskan kupang.

Oh ya, oleh kerana menghadapi masalah membersihkan kulit kupang, local hero ini telah mereka cipta mesin pembersihan kupang. Syabas!

Jom mengupang pada Oktober ini? Sila klik https://wasap.my/+60123753264/mengupang





Bengkel Bimbingan Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) untuk Koperasi Masjid Negeri Masjid Zahir, Kedah Darul...
12/08/2025

Bengkel Bimbingan Bisnes Pelancongan Mampan (Sustainable Tourism) untuk Koperasi Masjid Negeri Masjid Zahir, Kedah Darul Aman telah berlangsung pada 10-12 Ogos 2023. Koperasi telah menjalani bimbingan Fasa 1 dan Fasa 2 yang melibatkan pelaksanaan aktiviti pelancongan secara mampan. Melalui bimbingan ini mereka telah mencadangkan 4 idea bisnes pelancongan mampan antaranya 'Silence Heritage'.

Selepas bengkel ini mereka diberikan tempoh 1 bulan untuk merancang pelaksanaan aktiviti tersebut. In Syaa Allah pada bulan Oktober 2025 nanti CO-OP Tourism IKMa bersama pakar industri Zamiel Zukie akan membuat penilaian terhadap Projek Silence Heritage.

Berminat untuk mengikuti pelaksanaan Projek Silence Heritage KOMAZA? Jom klik sini,
https://www.wasap.my/+60123753264/silenceheritagekomaza





Kursus CO-OP Tourism: Pelancongan Berasaskan Komuniti sedang berlangsung di Pulau Buta Eco Tourism pada 4-8 Ogos 2025. S...
07/08/2025

Kursus CO-OP Tourism: Pelancongan Berasaskan Komuniti sedang berlangsung di Pulau Buta Eco Tourism pada 4-8 Ogos 2025. Seramai 22 orang peserta menyertai kursus ini untuk belajar dan merasai pengalaman berkaitan pelaksanaan bisnes pelancongan yang melibatkan komuniti atau dikenali sebagai community based tourism (CBT).



Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi telah dilaksanakan pada 27-29 Ogos 2024 Di Institut Koperasi M...
29/08/2024

Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi telah dilaksanakan pada 27-29 Ogos 2024 Di Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah . Seramai 41 orang peserta telah mengikuti kursus ini.
Melalui kursus ini peserta telah didedahkan dengan sesi perkongsian mengenai industri pelancongan di negeri Sabah oleh MOTAC dan Sabah Tourism. Selain itu, wakil SKM juga dijemput untuk memberikan perkongsian khusus mengenai bentuk bantuan dan sokongan pelaksanaan aktiviti pelancongan oleh koperasi.
Pada hari berikutnya, para peserta telah dibawa melawat 2 koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan iaitu Homestay Desa Cinta Kobuni dan Karanahan View.
Pada Hari terakhir, mereka telah diminta melakukan perbincangan kumpulan untuk membincangkan isu serta cabaran menjalankan aktiviti pelancongan serta menyenaraikan latihan dan bimbingan yang diperlukan khususnya berkaitan pelancongan.




Pada 1 hingga 3 Julai 2024, CO-OP Tourism IKMa telah melaksanakan Kursus Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi di Kuching,...
03/07/2024

Pada 1 hingga 3 Julai 2024, CO-OP Tourism IKMa telah melaksanakan Kursus Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi di Kuching, Sarawak.

Objektif kursus adalah memperkenalkan produk pelancongan koperasi serta menjalin jaringan perniagaan antara koperasi peserta dan koperasi hos.

Pada kali ini 4 buah koperasi yang aktivitinya berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan telah dilawati oleh peserta, iaitu:
(1)Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad - pendidikan mengenai koko
(2)Koperasi Asajaya Berhad - ladang pisang
(3)Koperasi Kampung Tuba Simunjan Berhad - Rh Panjang Ngambang, kaum IBAN & Wong Radak Kpg Tuba
(4)Koperasi Kampung Melayu Tenang Berhad - Pengalaman Homestay Malaysia

Para peserta terdiri daripada 29 orang yang mewakili 12 buah koperasi dari seluruh Malaysia.

Semoga kursus seumpama ini dapat meningkatkan visibiliti produk pelancongan koperasi dan berjaya menarik lebih ramai kunjungan pelancong.



Kocheme Melaka Berhad dalam usaha mempelbagaikan fungsi Minyak Kelapa Dara Melaka (MKDM) kepada haiwan peliharaan untuk ...
24/02/2024

Kocheme Melaka Berhad dalam usaha mempelbagaikan fungsi Minyak Kelapa Dara Melaka (MKDM) kepada haiwan peliharaan untuk tujuan pasaran UK. Semoga berjaya Kocheme' .

Berminat mendapatkan minyak kelapa dara keluaran KOCHEME?
Sila klik sini https://www.wasap.my/+60132734298/minyakkelapadara




20/02/2024

Koleksi foto dan video Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi di Homestay Felda Tenang, Labis Johor pada 6-8 Februari 2024 anjuran CO-OP Tourism IKMa

Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi telah diadakan di Homestay Felda Tenang pada 6-8 Februari 2024...
20/02/2024

Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi telah diadakan di Homestay Felda Tenang pada 6-8 Februari 2024. Seramai 30 orang peserta Dari koperasi seluruh Malaysia telah menyertainya.

Kursus ini memfokuskan kepada 2 perkara, iaitu;
(i)Jaringan perniagaan pelancongan antara koperasi.
(ii)Kaedah penyediaan program lawatan destinasi pelancongan termasuk pengiraan kos.

Semoga koperasi yang menyertai kursus ini dapat memanfaatkan ilmu dan perkongsian Dr Norhazliza Abd Halim daripada UTM.

Berminat ikuti kursus anjuran CO-OP Tourism IKMa ?
Sila klik https://www.wasap.my/+60182628534/kursuscooptourism




Koleksi FOTO Lawatan Penanda Aras KOBIB ke KOCHEME pada 25 Januari 2024. Turut hadir menyambut tetamu dari Kuching, Sara...
27/01/2024

Koleksi FOTO Lawatan Penanda Aras KOBIB ke KOCHEME pada 25 Januari 2024. Turut hadir menyambut tetamu dari Kuching, Sarawak.

Pada 25 Januari 2024, Kocheme Melaka Berhad salah satu koperasi bimbingan unit CO-OP Tourism IKMa telah menerima seramai...
27/01/2024

Pada 25 Januari 2024, Kocheme Melaka Berhad salah satu koperasi bimbingan unit CO-OP Tourism IKMa telah menerima seramai 39 orang tetamu daripada Kuching, Sarawak.

Mereka adalah ALK dan anggota Koperasi Bidayuh Kuching Sarawak Bhd. Tujuan mereka mengadakan lawatan ini adalah sebagai penanda Aras bagi melihat pelaksanaan bisnes Minyak Kelapa Dara Melaka (MKDM) yang diusahakan oleh Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad

Selain didedahkan dengan latar belakang Koperasi serta aktiviti yang mereka laksanakan, terdapat beberapa aktiviti menarik yang disajikan oleh Kocheme kepada para tetamu antaranya, proses pembuatan MKDM, demo mengacau dodol, demo salad Minyak Kelapa Dara Melaka dan jamuan makan tengahari sajian lauk asam pedas.

Berminat berkunjung dan merasai sendiri pengalaman beraktiviti bersama Kocheme' ? sila hubungi, Puan Junaidah Ibrahim , di talian https://www.wasap.my/+60133434298/pakejminyakkelapadaramelaka




Warga Koperator yang dikasihi sekalian,Jom sertai Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi pada 6-8 Feb...
27/01/2024

Warga Koperator yang dikasihi sekalian,

Jom sertai Kursus CO-OP Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi pada 6-8 Februari 2024 @ Homestay Smilian Felda Tenang di Labis, Johor.

Fokus Kursus:
(1)Ilmu asas penyediaan pakej aktiviti pelancongan
(2)tourism business networking
(3)melihat dan menikmati aktiviti unik yang ditawarkan oleh hos.

Berminat nak join? Klik https://bit.ly/daftarkursuscooptourism06feb24

Address

103 Jalan Templer
Petaling Jaya
46700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60379649000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CO-OP Tourism IKMa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to CO-OP Tourism IKMa:

Share