OUM Digital Media

OUM Digital Media Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OUM Digital Media, Menara OUM, Blok C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Centre for Digital Media (CDM) is Open University Malaysia’s in-house creative and production team, focusing on visual storytelling, digital content, and media execution that works.

09/09/2026

Kadang-kadang kita ada cerita yang baik. Cuma belum tahu cara menjadikannya content yang orang mahu berhenti dan lihat.

Itulah yang mula diteroka pada Day 1 DIY Digital Media Skills Southern Zone di Pusat Pembelajaran Melaka.

Melalui sesi yang berkonsepkan praktikal, peserta belajar bagaimana sebuah idea boleh dibentuk menjadi cerita, visual dan kandungan yang lebih bermakna melalui brand storytelling, visual design, photography, serta penyediaan skrip dan storyboard.

Bukan sekadar belajar guna tools. Tetapi belajar melihat content dengan cara yang berbeza, daripada apa yang mahu disampaikan kepada bagaimana audiens akan merasainya.

Masih ada perjalanan untuk 2.5 hari ini.

Hari pertama, kita bina cara fikir. Selepas ini, kita hidupkan ceritanya.

“Tak perlu filter gambar, alam dah filter dulu. 😂🌫️📸”
08/09/2026

“Tak perlu filter gambar, alam dah filter dulu. 😂🌫️📸”

Exploring what’s next for digital media.Delegasi Centre for Digital Media (CDM), diketuai oleh Pengarah CDM, En Mazlan Z...
08/09/2026

Exploring what’s next for digital media.

Delegasi Centre for Digital Media (CDM), diketuai oleh Pengarah CDM, En Mazlan Zulkifly, telah mengadakan lawatan ke Robopreneur Sdn Bhd dan disambut oleh pengasas serta Group CEO, Dr Hanafiah Yussof.

Lawatan ini membuka ruang perkongsian idea mengenai perkembangan teknologi terkini serta potensi kolaborasi dalam immersive technology, Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).

Bagi CDM, peluangnya bukan sekadar meneroka teknologi baharu, tetapi melihat bagaimana gabungan digital media, kandungan kreatif dan emerging technologies boleh menghasilkan pengalaman yang lebih interaktif, immersive dan bermakna untuk OUM.

Satu pertemuan, banyak kemungkinan untuk diterokai.

08/09/2026

Exploring what’s next for digital media.

Delegasi Centre for Digital Media (CDM), diketuai oleh Pengarah CDM, En Mazlan Zulkifly, telah mengadakan lawatan ke Robopreneur Sdn Bhd dan disambut oleh pengasas serta Group CEO, Dr Hanafiah Yussof.

Lawatan ini membuka ruang perkongsian idea mengenai perkembangan teknologi terkini serta potensi kolaborasi dalam immersive technology, Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).

Bagi CDM, peluangnya bukan sekadar meneroka teknologi baharu, tetapi melihat bagaimana gabungan digital media, kandungan kreatif dan emerging technologies boleh menghasilkan pengalaman yang lebih interaktif, immersive dan bermakna untuk OUM.

Satu pertemuan, banyak kemungkinan untuk diterokai.

30/08/2026

Cantik berseri si bunga raya,
Lambang megah negara berdaulat,
Enam puluh sembilan tahun Malaysia jaya,
Kesejahteraan hidup dinikmati rakyat.

Membeli suasa di kota Melaka,
Singgah bertamu di rumah Cik Siti,
Dunia pendidikan pemacu merdeka,
Kesejahteraan hidup sama dinikmati.

Selamat Hari Merdeka ke 69 Malaysia!

🇲🇾

24/08/2026

Menghayati Maulidur Rasul mengingatkan kita bahawa ilmu menjadi lebih bermakna apabila disampaikan dengan hikmah dan diterjemahkan melalui akhlak.

Teladan Rasulullah SAW terus relevan dalam cara kita memimpin, berkomunikasi dan menghasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada orang lain.

Salam Maulidur Rasul 1448H. 🤍

23/08/2026

Boleh buat content itu satu perkara. Tahu cara menghasilkannya dengan betul, itu yang kita mahu bina.

Sepanjang DIY Digital Media Skills Training – Northern Zone, peserta mempelajari bukan sahaja tools, tetapi juga teknik dan prinsip penting dalam penghasilan kandungan daripada storytelling, perancangan visual, skrip, storyboard, rakaman hingga editing.

Seperti yang dikongsikan peserta, latihan ini membantu mereka lebih memahami cara mengaplikasikan ilmu tersebut dalam tugasan sebenar.

Lebih bermakna apabila semuanya disertai dengan minat, kesungguhan dan penglibatan aktif sepanjang latihan. 💙

Belajar. Cuba. Aplikasi. Hasilkan.

Salam takziah di atas pemergian Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil, Mantan Presiden/Naib Canselor ketiga dan salah seorang peng...
22/08/2026

Salam takziah di atas pemergian Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil, Mantan Presiden/Naib Canselor ketiga dan salah seorang pengasas OUM, yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Ogos 2026.

Allahyarham telah banyak berjasa kepada OUM, khususnya dalam menerajui transformasi digital universiti serta memperluaskan akses pendidikan kepada rakyat Malaysia melalui pembelajaran terbuka dan jarak jauh.

Sumbangan dan jasa beliau akan terus dikenang oleh seluruh warga OUM.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Digital Media Skills: Do-It-Yourself!Sesi perkongsian ilmu yang membuka ruang untuk meneroka, belajar dan menguasai kema...
20/08/2026

Digital Media Skills: Do-It-Yourself!

Sesi perkongsian ilmu yang membuka ruang untuk meneroka, belajar dan menguasai kemahiran media digital secara lebih kreatif dan praktikal.

Kerana dalam dunia digital, belajar sendiri bukan bermakna bersendirian — tetapi berani mencuba, mencipta dan terus berkembang!

Address

Menara OUM, Blok C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 12:30

Telephone

+60378011800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OUM Digital Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to OUM Digital Media:

Shortcuts

Share