Pusat Tahfiz Al Quran Al Biranii

Pusat Tahfiz Al Quran Al Biranii 1. Melahirkan huffaz, pendakwah, pendidik dan imam yang mahis , berwibawa dan berketerampilan.
2. Melahirkan genarasi yang memertabatkan Al-Quran
3.

Pusat Tahfiz AlQuran Albiranii merupakan institusi untuk MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN YANG BERTAQWA, BERILMU, BERAMAL dan PROFESIONAL...ALQURAN DIDAHULUKAN ADAB DIUTAMAKAN MENJADIKAN PERTANIAN ASAS KEHIDUPAN MEMBENTUK DIRI BERTAWAKAL TOTAL KEPADA ALLAH Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar melalui program-program yang berteraskan nilai-nilai agama.
4. Mewujudkan suasan pembela

jaran yang stabil dan bersistematik. Memastikan pengajran dan pembelajaran serta program akademik dilaksanakan dengan berkesan.

Assalamualaikum wbtProjek penambahan bilik darjah/Asrama/Bilik Guru di Tahfiz Albiranii kini sedang diteruskan demi meny...
27/02/2026

Assalamualaikum wbt

Projek penambahan bilik darjah/Asrama/Bilik Guru di Tahfiz Albiranii kini sedang diteruskan demi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan sempurna buat para pelajar al-Quran. Marilah kita memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini melalui infaq yang berpanjangan pahalanya. Sumbangan (QRCode Disediakan) tuan-puan bukan sekadar membina ruang fizikal, tetapi menjadi saham akhirat dalam usaha melahirkan generasi pencinta al-Quran serta meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di Tahfiz Albiranii.

25/02/2026
Gg
25/02/2026

Gg

Syukur Alhamdulillah.Peningkatan infrastruktur Pusat Tahfiz Al Quran Al-Biranii terus dijalankan dari masa ke masa.Bagi ...
03/12/2025

Syukur Alhamdulillah.
Peningkatan infrastruktur Pusat Tahfiz Al Quran Al-Biranii terus dijalankan dari masa ke masa.

Bagi memastikan keselamatan para pelajar serta keharmonian kawasan madrasah, kerja-kerja baik pulih pintu masuk utama dan pagar keliling kini sedang dilaksanakan. Usaha ini penting sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang pembangunan tahfiz.

Kepada para dermawan dan sahabat yang ingin bersama menyokong projek ini, bolehlah menghubungi Mudir, Ustaz Riduwan Andy, untuk sebarang bentuk bantuan dan sumbangan.

Segala sumbangan — sama ada kewangan, bahan binaan, tenaga atau kepakaran — amat kami hargai.
Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran atas kebaikan dan keprihatinan tuan/puan.

Pusat Tahfiz Al Quran Al Biranii

Kita terus berusaha, Tahfiz Albiranii kini mempunyai produk sendiri
15/11/2025

Kita terus berusaha, Tahfiz Albiranii kini mempunyai produk sendiri

Lawatan saya ke Baruh Padi Alami, Desa Gemalai Lubuk Jambu pada 12 November 2025 telah membuka mata dan hati untuk kemba...
12/11/2025

Lawatan saya ke Baruh Padi Alami, Desa Gemalai Lubuk Jambu pada 12 November 2025 telah membuka mata dan hati untuk kembali merenung kebesaran Alam sebagai tanda kebesaran Pencipta. Penerangan yang diberikan oleh Saudara Yusri, pengasas usaha ini bersama rakan-rakannya, amat menginspirasi dan penuh dengan hikmah. Mereka bukan sahaja memperkenalkan konsep pertanian organik, tetapi juga menghidupkan kembali kesedaran bahawa manusia perlu bersahabat dengan bumi — bukan menaklukkannya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada komuniti Desa Gemalai yang telah memulakan langkah berani membangunkan sistem padi organik bebas bahan kimia, sekaligus membebaskan diri daripada kebergantungan kepada sistem kawalan ekonomi kufar yang selama ini mengikat kebebasan manusia. Sistem yang kelihatan kukuh seperti sarang labah-labah itu sebenarnya mudah diatasi apabila umat kembali kepada jalan alami — fitrah yang ditetapkan Allah.

Insya-Allah, Tahfiz Al-Quran Albiranii yang turut mempunyai komponen TVET Pertanian akan menjalin kerjasama strategik dengan Baruh Padi Alami dalam bidang pendidikan pertanian berasaskan tauhid dan kelestarian alam. Melalui kerjasama ini, pelajar-pelajar tahfiz akan dapat memahami hubungan mendalam antara ilmu Al-Quran, tanah, dan kehidupan, seterusnya melahirkan generasi yang bukan sahaja hafiz Al-Quran, tetapi juga menjadi penggerak pertanian berakhlak dan mandiri.

Semoga usaha bersama ini menjadi benih bagi pembangunan ekonomi umat yang bebas, berdaya tahan dan berpaksikan iman.

Pendaftaran Dibuka: Madrasah Tahfiz Al-Quran Albiranii ✨📖Ingin anak anda membesar dengan Al-Quran di hati dan akhlak mul...
12/09/2025

Pendaftaran Dibuka: Madrasah Tahfiz Al-Quran Albiranii ✨📖

Ingin anak anda membesar dengan Al-Quran di hati dan akhlak mulia sebagai bekal kehidupan?
Di Tahfiz Al-Quran Albiranii, kami percaya bahawa pendidikan bukan hanya hafalan, tetapi pembentukan insan seimbang yang berilmu, berakhlak dan berdikari.

🌿 Keistimewaan Kami
✅ Pengajian tahfiz Al-Quran yang sistematik dengan bimbingan guru berpengalaman
✅ Program tarbiyah akhlak & kepimpinan berasaskan nilai futuwwah (kepahlawanan jiwa)
✅ Penerapan kemahiran hidup & pertanian sebagai latihan berdikari
✅ Suasana pembelajaran yang tenang, mendidik, dan penuh kasih sayang
✅ Penekanan kepada kerjasama, saling membantu dan membina keyakinan diri

📅 Sesi Pengambilan Baru Dibuka Sekarang!
📍 Lokasi: [Lot 48 jln Jerambatu Pekan Nanas]
📞 Hubungi: [0197133940 / WhatsApp]
🌐 Laman Web / FB: [Pusat Tahfiz Al Quran Al Biranii]

✨ Mari jadikan anak anda pewaris Al-Quran yang bukan sahaja hafazannya terjaga, tetapi juga jiwa dan akhlaknya dipandu oleh cahaya wahyu.

Tahfiz Al-Quran Albiranii
“Mendidik dengan Al-Quran, Membina Insan Rabbani.”

Bila Hafiz Pegang Cangkul — Dari Surah ke SawahHari ni saya nak kongsi sesuatu yang rare.Anak-anak di Tahfiz Al Biranii ...
18/07/2025

Bila Hafiz Pegang Cangkul — Dari Surah ke Sawah

Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang rare.
Anak-anak di Tahfiz Al Biranii dah mula belajar satu ilmu penting yang ramai orang tak fikir pun nak mahir: ilmu survival & kemandirian makanan.

Bayangkan generasi Hafiz yang bukan saja petah hafal Kalamullah… tapi juga reti sediakan makanan sendiri, faham ekosistem, dan mampu usahakan tanah dengan tangan sendiri.

Dengan semangat gotong-royong, mereka susun polibeg, siapkan media tanah campuran, dan belajar teknik asas tanam padi — dalam ruang yang terhad je.

Ini bukan projek tani suka-suka.
Ini latihan survival untuk mereka bersedia dengan segala kemungkinan dalam dunia VUCA yang penuh ketidaktentuan.

Dalam zaman krisis makanan, cuaca tak menentu, ekonomi yang goyang — pelajar tahfiz ni dah ambil langkah ke depan.

Padi dalam polibeg jadi simbol prepping versi pelajar tahfiz. Tanaman asas, walau ruang sekangkang kera, tetap boleh jadi penyumbang kemandirian makanan.

Prepping ni bukan sekadar simpan stok dalam stor je tapi sediakan diri, sediakan tanah, sediakan masa depan!

Misi mereka jelas: Peneraju Padi Polibeg Pontian — Penghujung Benua Asia Daratan.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan…

Kalau rasa apa yang pelajar tahfiz ini buat adalah inspirasi yang patut dikembang ada 3 cara kita boleh bantu adik-adik Hafiz Survivalist ni:

1. Komen & tinggalkan doa
Doa yang baik itu baja jiwa. Tinggalkan ucapan atau doa kat ruang komen. Kita nak anak-anak ni tahu, ramai yang support dan sokong misi mereka.

2. Tekan butang SHARE
Mungkin kita tak mampu turun padang, tak mampu hulur benih… tapi dengan satu SHARE, ilmu prepping ni boleh sampai ke lebih ramai. Siapa tahu, boleh jadi inspirasi untuk tahfiz-tahfiz lain seluruh Malaysia.

3. Nak join atau sokong projek ni?
Kalau kalian ada idea, pengalaman tanam-tanam atau nak support dari segi material/masa — jangan segan untuk pm.




Address

Jeram Batu
Pontian
81500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60197890060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tahfiz Al Quran Al Biranii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Tahfiz Al Quran Al Biranii:

Share