25/06/2026
π Program Jalinan Mesra (PJM) Hari Ke-2 π
Hari kedua PJM Kolej UNITI berlangsung dengan meriah apabila para pelajar baharu berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk mereka. Dari aktiviti suai kenal, ice breaking, cabaran berkumpulan sehinggalah aktiviti yang menguji kerjasama dan komunikasi, semuanya berjaya mewujudkan suasana yang ceria dan menyeronokkan.
Melalui aktiviti-aktiviti ini, para pelajar bukan sahaja dapat mengenali rakan-rakan baharu daripada pelbagai program pengajian, malah dapat membina keyakinan diri, semangat berpasukan serta menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Gelak tawa, semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program membuktikan bahawa mereka semakin selesa menjadi sebahagian daripada keluarga besar Kolej UNITI.
Semoga pengalaman sepanjang PJM ini menjadi kenangan indah dan membuka lembaran baharu buat semua pelajar dalam memulakan perjalanan sebagai mahasiswa dan mahasiswi Kolej UNITI. ππ
π Tempat adalah TERHAD!
Daftar sekarang:
https://uniti.edu.my/daftar/