IDEAS Universiti Teknologi MARA Selangor

IDEAS Universiti Teknologi MARA Selangor gathering all creative UiTM's Interior Architecture + Design students and enthusiast

Jom follow Twitter  dan instagram .6 untuk update terkini Malaysian Institute of Interior Designers' Interior Design Stu...
11/08/2017

Jom follow Twitter dan instagram .6 untuk update terkini Malaysian Institute of Interior Designers' Interior Design Students' Saturday GARIS 21.6 yang bakal dihos Pusat Pengajian Senibina Dalaman UiTM Puncak Alam.😉

Ada kenal mereka atau anda sendiri yang tercicir daripada mendapat tempat semasa pengambilan UPU dan Matrikulasi? Tidak ...
02/07/2016

Ada kenal mereka atau anda sendiri yang tercicir daripada mendapat tempat semasa pengambilan UPU dan Matrikulasi?

Tidak dapat masuk Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti mahupun Institut Latihan Kemahiran Awam?

Permohonan Kemasukan Sesi Akademik 2 2016/2017 akan dibuka 4 Julai 2016 (Isnin) ini. Pengambilan ini dibuka kepada lepasan SPM dan setaraf bagi program Asasi Undang-undang dan Diploma di Universiti Teknologi MARA. No Pin permohonan boleh mula dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 4 Julai 2016 juga.

Sila rujuk syarat kemasukan dengan melayari www.pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016 dan www.selangkah.uitm.edu.my ya. Semoga berjaya ya.

Tahniah buat semua graduan daripada Konjeng Studio kerana menerima skrol ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian)...
27/04/2016

Tahniah buat semua graduan daripada Konjeng Studio kerana menerima skrol ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) mereka pada Sidang ke 6, Istiadat Konvokesyen ke 84 Universiti Teknologi MARA di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA Selangor Kampus Shah Alam pada 26 April 2016. Tahniah semua ya.

Tahniah buat Nursyaida Azrudin, graduan Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) untuk Anugerah Naib Canselor yang diter...
27/04/2016

Tahniah buat Nursyaida Azrudin, graduan Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) untuk Anugerah Naib Canselor yang diterimanya bagi Istiadat Konvokesyen ke 84 Universiti Teknologi MARA di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA Selangor Shah Alam. Kejayaan anda inspirasi kami semua di Pusat Pengajian Senibina Dalaman, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA Selangor Kampus Puncak Alam.

Al Fatihah dan innalillah buat Allahyarham Ahmad Hafiz Qifli yang telah meninggal dunia jam 7.00 pagi tadi. 😔 Allahyarha...
18/04/2016

Al Fatihah dan innalillah buat Allahyarham Ahmad Hafiz Qifli yang telah meninggal dunia jam 7.00 pagi tadi. 😔 Allahyarham Ahmad Hafiz Qifli dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah selepas Zuhur tadi. Allahyarham merupakan Alumni Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Dalaman, UiTM Shah Alam dan Alumni Diploma Rekabentuk Dalaman, UiTM Seri Iskandar. Allahyarham merupakan sahabat yang baik 😔 Al Fatihah

Untuk perhatian semua warga Studio Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Dalaman berkenaan penempatan Studio Senibina Dalaman...
29/02/2016

Untuk perhatian semua warga Studio Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Dalaman berkenaan penempatan Studio Senibina Dalaman di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Kompleks Alam Bina dan Seni Reka, UiTM Selangor Kampus Puncak Alam.

Daripada PM Jazman Shah Amir, Ketua Pusat Pengajian Senibina Dalaman,

"Assalamualaikum Semua Pelajar PPSD

Disertakan di sini Pelan Penempatan Studio Baru Kampus Puncak Alam bagi Sessi Mac-Jun 2016.
Pelan ini juga telah ditampal di setiap pintu studio masing-masing bersama dengan Jadual Waktu.

Sila ambil perhatian makluman ini. Setiap studio telah pun di tempatkan mengikut jumlah populasi pelajar, maka tidak dibenarkan mana-mana pelajar atau pensyarah menukar lokasi studio.

Sekian, selamat kembali ke kampus dan semoga hadir dengan semangat baru yg lebih positif."

Al Fatihah dan innalillah buat Mantan Presiden  , Allahyarham Mohd Emran Md Ehsan yang meninggal dunia awal pagi tadi. 😔...
28/02/2016

Al Fatihah dan innalillah buat Mantan Presiden , Allahyarham Mohd Emran Md Ehsan yang meninggal dunia awal pagi tadi. 😔 Allahyarham Mohd Emran Md Ehsan (090983-280216) dikebumikan di Lot 236 Tanah Perkuburan Bandar Baru Sungai Buloh jam 10.30am tadi. Allahyarham merupakan Alumni Sarjana Muda (Kepujian) Senibina Dalaman, UiTM Shah Alam. Allahyarham merupakan sahabat dan teman yang baik 😔 Al Fatihah

28/02/2016
Perhatian untuk semua warga Pusat Pengajian Senibina Dalaman, harap ambil makluman dan tindakan ya. Good luck dan all th...
24/02/2016

Perhatian untuk semua warga Pusat Pengajian Senibina Dalaman, harap ambil makluman dan tindakan ya. Good luck dan all the best semua di kampus baru kita di UiTM Puncak Alam 😊

Takziah buat alumni Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) UiTM Shah Alam, saudara Ahmad Kamal Adzrie bin Abdullah di ...
13/01/2016

Takziah buat alumni Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) UiTM Shah Alam, saudara Ahmad Kamal Adzrie bin Abdullah di atas pemergian ayahandanya yang tercinta sebentar saja tadi. Semoga allahyarham ayahandanya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Sedekah al fatihah dan doa daripada kami seluruh warga Senibina Dalaman UiTM. Semoga saudara Kamal kita akan terus kuat menghadap ketentuan Illahi ini. Al Fatihah.

Untuk makluman semua pelajar ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) | AP227 | AP247 Studio Semester 01 hingga S...
22/12/2015

Untuk makluman semua pelajar ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) | AP227 | AP247 Studio Semester 01 hingga Studio 07 Universiti Teknologi MARA Shah Alam, anda diminta untuk mengambil Surat Pemindahan ke Kampus Puncak Alam di Pejabat Pentadbiran Fakulti bermula Isnin depan iaitu pada 28 Disember 2015. Sila berurusan dengan secepat mungkin untuk memudahkan urusan anda semua nanti. Wakil studio diharap memberikan perhatian terbaik berkenaan perkara ini.

Jom support social media adik kita IDEAS UiTM Perak Kampus Seri Iskandar dengan follow  di Twitter dan Instagram mereka ...
26/11/2015

Jom support social media adik kita IDEAS UiTM Perak Kampus Seri Iskandar dengan follow di Twitter dan Instagram mereka . Mereka mewakili adik-adik Diploma Rekabentuk Dalaman kita di Jabatan Senibina Dalaman, FSPU UiTM Perak. Jangan lupa untuk like kami juga di Facebook: IDEAS Universiti Teknologi MARA Malaysia, di Twitter dan di Instagram

Address

Pusat Pengajian Senibina Dalaman, Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur, Kompleks Alam Bina Dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IDEAS Universiti Teknologi MARA Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to IDEAS Universiti Teknologi MARA Selangor:

Share