Jab Rekreasi & Ekopelancongan - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM

Jab Rekreasi & Ekopelancongan - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM This page will report the activities at the Dept. of Recreation and Ecotourism/Dept. of Nature Parks and Recreation.

Established on 1 September 2012, the Department of Recreation and Ecotourism began offering the Bachelor of Parks and Recreation Science program since 2011/2012 as it aspires to produce graduates who are professionally ethical and competent in leading and planning programs in the field of nature parks and recreation. The academic staffs in the Department specializes in various fields including Rec

reation Ecology, Recreation Programming, Recreation Entrepreneurship, Outdoor Recreation Skills, Parks Administration Parks Planning and Designing, Environmental Interpretation, Recreation Leadership, Therapeutic Recreation, Wilderness Risk Management, Recreation Economy and Ecotourism. The Department’s establishment is in line with the country’s aspiration in developing the tourism industry towards steering the country’s economy parallel to the principles of sustainable tourism. Ecotourism being one of the 11 sectors listed under the country’s National Key Economic Areas is set to increase the demand for professional work force in the tourism industry, specifically nature-based tourism. The department is planning to offer the Master in Tropical Ecotourism program that offers courses based on the principles of tropical ecotourism. The programs offered in the Department will enhance the academic programs and expertise available in the Faculty of Forestry and Environment, specifically and Universiti Putra Malaysia as a whole.

Indah Langit Dihiasi Bintang,Indah lagi Syawal menjelang.Tangan Dihulur Maaf Dipinta,Moga Silaturahim Kekal Selamanya.Se...
19/03/2026

Indah Langit Dihiasi Bintang,
Indah lagi Syawal menjelang.
Tangan Dihulur Maaf Dipinta,
Moga Silaturahim Kekal Selamanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Dari kami Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan.

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM.





18/03/2026

🎥 [PART 2] Video Raya Gaya JRE

Dengar2 ahli Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan ramai yang berbakat. Berpantun boleh, menyanyi pun boleh. Kalini mereka nak menari p**ak. Boleh ke tu ?

Jom tengok video sampai habis kejadian ahli jabatan kami dengan bakat terpendam mereka. Yang penting bila bersama lagi jadi !




17/03/2026

🎥 [PART 1] VIDEO RAYA GAYA JRE.
Bila sebut pasal aidilfitri apa yang anda bayangkan ? Dan apa p**a kenangan yang paling tersemat jiwa semasa aidilfitri ?

Jom dengar kan perkongsian kenangan aidilfitri ahli jabatan rekreasi dan ekopelancongan yang mecuit hati. Anda boleh juga komen di bawah kenangan siapakah yang paling menghiburkan ? 😂😂

Semoga kita bersama sama dapat mengambil iktibar dan lebih menghargai aidilfitri kita pada tahun ini.
*Nanti kan sambungan di part 2 p**a.



14/03/2026

AKAN DATANG : RAYA GAYA JRE 2026.

Jom saksikan video raya menarik daripada ahli jabatan JRE pada tahun ini. Pastinya perbagai ragam dan ada banyak mesej bermanfaat.

Jangan lupa like dan share juga. Stay tuned !



AUDIT PENGEKALAN PROGRAM BACELOR SAINS TAMAN DAN REKREASI DENGAN KEPUJIAN ✏️Pada 10 Mac 2026 telah berlangsung Audit Pen...
12/03/2026

AUDIT PENGEKALAN PROGRAM BACELOR SAINS TAMAN DAN REKREASI DENGAN KEPUJIAN ✏️

Pada 10 Mac 2026 telah berlangsung Audit Pengekalan Program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi yang melibat semua ahli Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan. Audit ini adalah untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan masih memenuhi standard kualiti akademik yang ditetapkan oleh pihak universiti dan agensi jaminan kualiti MQA.

Segala maklum balas, teguran serta cadangan penambahbaikan daripada pihak auditor amat dihargai dan akan dijadikan panduan bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan program pada masa akan datang. Kerjasama dan komitmen semua ahli jabatan dalam menjayakan proses audit ini amatlah dihargai.

🎙️PODCAST: Berilmu BerbaktiTopik: Rekreasi Inklusif & Program Adventure Without Barriers.🗓 27 Feb 2026 (Jumaat) | 10.00 ...
26/02/2026

🎙️PODCAST: Berilmu Berbakti

Topik: Rekreasi Inklusif & Program Adventure Without Barriers.
🗓 27 Feb 2026 (Jumaat) | 10.00 Pagi
📺 Tonton di YouTube Putra TV: https://www.youtube.com/universitiputramalaysia

Mari fahami bagaimana aktiviti rekreasi mampu menjadi inklusif untuk semua. Jangan ketinggalan! 🌳🙌

Terima kasih METMalaysia. METMalaysia semestinya memainkan peranan yang signifikan dalam penyaluran maklumat dan bekalan...
11/01/2026

Terima kasih METMalaysia. METMalaysia semestinya memainkan peranan yang signifikan dalam penyaluran maklumat dan bekalan data berkaitan cuaca dan informasi geofizik, yang merupakan faktor penting bagi memastikan keselamatan aktiviti dan kesejahteraan ruang rekreasi.

Majlis Anugerah Akademik Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2024/2025 l 5 Disember 2025 🎓Dengan penuh penghargaan, warg...
13/12/2025

Majlis Anugerah Akademik Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2024/2025 l 5 Disember 2025 🎓

Dengan penuh penghargaan, warga JRE mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (Batch Yong Belar) di atas kejayaan menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.

Graduasi bukanlah penamat sebuah perjalanan, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus berusaha, berinovasi dan memimpin dengan hikmah, serta sentiasa menjunjung nilai integriti dan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi ✨

Assalamualaikum w.b.t. and Greetings,Salam We Love UPM ❤️With great pleasure,we,students from *FHR4301 Recreation Resour...
12/12/2025

Assalamualaikum w.b.t. and Greetings,
Salam We Love UPM ❤️

With great
pleasure,we,students from
*FHR4301 Recreation Resource Valuation* course for the Bachelor of Science in Park and Recreation,Faculty of Forestry,UPM is pleased to invite everyone to a sharing session by Dr. Luke Brander. Dr. Brander is an environmental economist with over 25 years of experience in applied research. His main research interests include the valuation of natural resources and environmental impacts, as well as the design of economic instruments to address environmental problems.

Details of the sharing session:

🌿 Topic:
✨ “The Value of Outdoor Recreation in Nature Parks – Valuing recreation and tourism: How much do we value our national parks?” ✨

🗓 Date: 15 December 2025 (Monday)
⏰ Time: 4.30 p.m – 6.00 p.m
💻 Platform: Google Meet
🔗 Meet Link: https://meet.google.com/dqx-wavo-ojs
🔢 PIN: 513 758 443 #

🎙 Speaker: Dr. Luke M. Brander
📧 Email: [email protected]

Join this informative session to understand the importance of outdoor recreation and how economic valuation can help to manage national parks and natural areas.

We look forward to see you! Thank you.

Tahniah Dr Mohd Aswad Ramlan atas perkongsian.
10/12/2025

Tahniah Dr Mohd Aswad Ramlan atas perkongsian.

🌿Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌿Pihak Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ...
19/11/2025

🌿Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌿

Pihak Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya menjemput semua Alumni Fakulti Perhutanan untuk hadir ke majlis:

✨Hi-Tea Alumni Fakulti Perhutanan UPM ✨

🗓 Tarikh: 12 Disember 2025 (Jumaat)
🕒 Masa: 3.00 petang – 6.00 petang
📍 Tempat: Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia
👕 Tema Pakaian: Smart Casual
🌿 Tema Majlis: “Mengakar Di Bumi, Menyemai Budi, 50 Tahun Ikatan Yang Abadi”

Majlis ini diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 Fakulti Perhutanan dan menghimpunkan semula para alumni dalam suasana santai bagi mengeratkan silaturahim serta berkongsi kenangan bersama.

📱 Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendaftar penyertaan:
👉 https://forms.gle/ZNMUE9en7HiqQ6hK8

Jom bersama-sama kita meraikan detik bersejarah ini dan terus menyemai ikatan kekeluargaan warga perhutanan UPM! 🌳💚

“Berilmu • Berbakti • Bersama – Ikatan Alumni UPM Selamanya.”

Address

Putrajaya
43400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60397691386

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jab Rekreasi & Ekopelancongan - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jab Rekreasi & Ekopelancongan - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM:

Share