UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi

UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi MAKLUMAN :
Laman ini khusus untuk staf dan pelajar UiTM serta orang awam yang berminat untuk mengiku

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก, ๐’๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง   Ayuh sertai Kempen Derma Darah Perdana UiTM 2026 sempena Hari Penderma Darah Sedunia dan...
05/06/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก, ๐’๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง

Ayuh sertai Kempen Derma Darah Perdana UiTM 2026 sempena Hari Penderma Darah Sedunia dan jadilah antara insan yang menyumbang kepada kelangsungan hidup mereka yang memerlukan.

๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š) | 9.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ 3.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ . |
Kafeteria, ๐”๐ข๐“๐Œ Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
- Pameran kesihatan
- Pemeriksaan Gigi
- Scalling Percuma

**Sijil penghargaan kepada penderma**

Setiap beg darah yang didermakan mampu memberi sinar harapan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan dan terapi berterusan.

Terbuka kepada seluruh warga UiTM dan orang awam yang memenuhi syarat pendermaan darah.

Jom sama-sama meriahkan Kempen Derma Darah Perdana UiTM, hulurkan bantuan dan jadilah wira kepada mereka yang tidak pernah anda kenali.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

02/06/2026

Alarm dah berbunyi, beg dah siap, kelas pun dah melambai-lambai!

Cuti memang best, tapi kampus pun dah rindu nak jumpa anda semua. Selamat kembali ke UiTM buat semua pelajar UiTM. Semoga baki semester ini dipenuhi semangat baharu, kawan-kawan yang sentiasa menyokong, dan keputusan yang membanggakan.

Jangan lupa, datang ke kelas awal, siapkan semua assignment dan projek akhir. Nikmati setiap pengalaman sebagai pelajar universiti.

Jumpa di kampus!

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Semoga Allah SWT memberkati dan lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sembah takzim daripada seluruh warga UiTM.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

PEMAKLUMAN KAMPUS DAN UCAPAN TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Sara binti Ibrahim, Pe...
31/05/2026

PEMAKLUMAN KAMPUS DAN UCAPAN TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Sara binti Ibrahim, Pensyarah Kanan (DS14) / Prof. Madya, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) atas pelantikan sebagai Penasihat Akademik Luar dari Universiti UCSI (Kampus Sarawak) bagi program:

(i) Diploma Perniagaan Antarabangsa
(ii) Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kepujian)

Semoga dengan kepakaran dan pengiktirafan atas pengalaman, dedikasi, dan sumbangan dalam bidang pendidikan dapat menyumbang kepada kecemerlangan akademik serta melonjakkan lagi kualiti program ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga terus sukses dan berjaya membimbing generasi masa depan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta Seluruh Warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional*
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง




[Pemakluman Kampus]SELAMAT HARI WESAKUcapan Selamat menyambut Hari Wesak! Semoga kita semua sentiasa diberkati dengan ke...
31/05/2026

[Pemakluman Kampus]

SELAMAT HARI WESAK

Ucapan Selamat menyambut Hari Wesak! Semoga kita semua sentiasa diberkati dengan kebijaksanaan dan kesabaran. Semoga cahaya wesak yang membawa kedamaian seperti indahnya Bunga Teratai memberikan sinar harapan baharu serta mekar dengan kasih sayang dan keharmonian.

Selamat Hari Wesak kepada yang meraikannya dan Selamat bercuti buat semua!
Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta Seluruh Warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

[Pemakluman Kampus]Ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya. Semoga musim menuai ini membaw...
30/05/2026

[Pemakluman Kampus]

Ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikannya. Semoga musim menuai ini membawa limpahan rezeki, kegembiraan, dan keharmonian buat semua. Perayaan ini bukan sekadar lambang kesyukuran, tetapi juga simbol perpaduan Keluarga Malaysia. Marilah kita raikan kepelbagaian ini bersama-sama.

Selamat Hari Gawai. Biarpun berbeza latar belakang, keharmonian, dan kemeriahan perayaan ini tetap dikongsi bersama. Semoga perayaan tahun ini membawa kesejahteraan dan perpaduan yang lebih erat. Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga kampus โ€” para pensyarah, staf, dan pelajar yang meraikannya.

Selamat bercuti buat semua! Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta Seluruh Warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

29/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Di sebalik setiap berita yang disampaikan, tersimpan amanah besar dalam menyebarkan maklumat yang sahih, tepat dan berintegriti. Wartawan bukan semata-mata pencari berita, tetapi juga mata dan suara masyarakat yang merakam sejarah, menyampaikan kebenaran serta menyatukan rakyat melalui informasi yang berwibawa.

Terima kasih kepada seluruh pengamal media dan wartawan yang sentiasa komited, berani serta berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab demi negara dan masyarakat.

โ€œPena yang jujur mampu membina tamadun, suara yang benar mampu mencetuskan perubahan.โ€

Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua insan media.
Teruslah menjadi obor ilmu dan suara kebenaran buat negara.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

PEMAKLUMAN KAMPUS DAN UCAPAN PENGHARGAANSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada EN. NASRULLAH ZAINAL ...
29/05/2026

PEMAKLUMAN KAMPUS DAN UCAPAN PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada EN. NASRULLAH ZAINAL ABIDIN, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Psikologi dan Kauseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar atas segala jasa, sumbangan, dedikasi, dan komitmen sepanjang berkhidmat bersama-sama kami di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Semoga terus cemerlang dan sukses di penempatan dan kampus baharu.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta Seluruh Warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

*Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional*
โ€Žุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง




[Pemakluman Kampus]PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA MASJID QARIAH NERASSAU Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Brig...
28/05/2026

[Pemakluman Kampus]

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA MASJID QARIAH NERASSAU

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Briged Sukarelawan & Majlis Perwakilan Komander Kesatria bersama sama mahasiswa UiTM sama ada Kolej & NR telah selamat menjayakan sambutan korban di Masjid Nerassau

Seramai 20 orang pelajar UiTM Kampus Rembau telah bersama sama menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijayakan merangkumi
1. Aktiviti Korban
2. Pengagihan Daging Korban
3. Rewang Perdana
4. Gotong Royong Muhibah

Terima kasih dan Syabas diucaplan kepada mahasiswa UiTM Kampus Rembau yang membantu menjayakan program bersama komuniti walaupun sedang dalam cuti pertengahan semester.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesionalโ€จุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) kepada seluruh warga kampus โ€” para pensyarah, staf, dan pelajar. S...
26/05/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) kepada seluruh warga kampus โ€” para pensyarah, staf, dan pelajar.

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan keteguhan Nabi Ismail A.S. menguatkan tekad kita untuk berkhidmat, menuntut ilmu, serta berbuat kebaikan.

โ€œTidak ada suatu amalan pada hari-hari (10 Zulhijjah) yang lebih dicintai oleh Allah SWT melebihi amalan salih.โ€ (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Bulan Zulhijjah bersinar ceria,
Takbir bergema menyentuh jiwa;
Ikhlas berkorban tanda setia,
Rahmat-Nya melimpah ke seluruh warga.

Lembu dan kambing dikorbankan,
Daging dibahagi adil sempurna;
Ilmu diamal maruah dijaga,
Kampus sejahtera, ummah sejahtera.

Pagi Aidiladha redup berseri,
Doa dipanjat penuh syukur;
Ukhuwah dipupuk budi dihias,
Berkat menitis hati teratur.

Moga Aidiladha tahun ini menyatukan hati, memperkukuh ukhuwah, dan membuka ruang ihsan dalam setiap tanggungjawab akademik dan khidmat komuniti.

Bagi yang menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur; bagi yang berkorban, semoga amal diterima dan dikurnia rezeki yang diberkati. Taqabbalallahu minna wa minkum.

โ€œTidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT selain menumpahkan darah (korban); sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu, dan kukunya, dan darahnya jatuh di sisi Allah SWT sebelum menyentuh bumi. Maka perelokkanlah (niat) dalam berkorban.โ€ (Hadis Hasan; Riwayat Al-Tirmizi)

Selamat Bercuti!.Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta Seluruh Warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

Address

UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau
Rembau
71300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6066982000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi:

Share