Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah

Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah Informasi berkenaan Program Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

๐ŸŒŠ ๐ƒ๐“๐Ž๐Ÿ‘๐ŸŽ0๐Ÿ”๐Ÿ’ ๐Œ๐š๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐‘๐ž๐œ๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ | ๐ƒ๐š๐ซ๐ž ๐ญ๐จ ๐ƒ๐ข๐ฏ๐ž ๐Ÿ—.๐ŸŽ ๐ŸŒŠPada 17 hingga 20 April 2026 yang lalu, seramai 63 orang pela...
08/05/2026

๐ŸŒŠ ๐ƒ๐“๐Ž๐Ÿ‘๐ŸŽ0๐Ÿ”๐Ÿ’ ๐Œ๐š๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐‘๐ž๐œ๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ | ๐ƒ๐š๐ซ๐ž ๐ญ๐จ ๐ƒ๐ข๐ฏ๐ž ๐Ÿ—.๐ŸŽ ๐ŸŒŠ

Pada 17 hingga 20 April 2026 yang lalu, seramai 63 orang pelajar Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah telah menyertai program DTO30164 Marine Recreational Tourism | Dare to Dive 9.0 yang bertempat di Kampung Salang, Pulau Tioman.

Program ini telah diiringi oleh dua orang pegawai pengiring iaitu En. Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi selaku Ketua Program Diploma Pelancongan Rekreasi dan Pn. Nadiahtul Aini, Pensyarah DTO30064 Marine Recreational Tourism.

Program ini dilaksanakan sebagai platform pembelajaran amali bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam bidang pelancongan rekreasi marin, khususnya dalam aktiviti selam skuba. Antara pengisian utama program adalah Discovery Scuba Diving serta Open Water Scuba Diving Course yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dan jurulatih bertauliah.

Melalui program ini, seramai 21 orang pelajar telah berjaya menamatkan Kursus SDI Open Water Scuba Diving dan memperoleh pensijilan profesional, sekaligus menjadi satu pencapaian membanggakan dalam usaha melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan industri pelancongan rekreasi.

Selain memberi pendedahan kepada kemahiran teknikal selaman, program ini turut memupuk nilai kepimpinan, kerja berpasukan, disiplin serta keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, pensyarah pengiring serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Dare to Dive 9.0.

.0




Day 2
18/04/2026

Day 2

Day 1
18/04/2026

Day 1

Done for day 1. Alhamdulillah ๐Ÿคฒ
18/04/2026

Done for day 1. Alhamdulillah ๐Ÿคฒ

Lensa Kamera | Recreational Operation Adventure CourseSedang berlangsung sesi amali kursus asas penyelenggaraan enjin sa...
02/03/2026

Lensa Kamera | Recreational Operation Adventure Course

Sedang berlangsung sesi amali kursus asas penyelenggaraan enjin sangkut dan pengendalian bot.

Peserta: DRT 1A
Tempat: Rumah Rakit Amaraisya

Gambar lain menyusul.

Taklimat Persediaan MQA 04 dan Penagihan Jadual Waktu | 2 Disember 2025Telah berlangsung satu taklimat persediaan MQA 04...
02/12/2025

Taklimat Persediaan MQA 04 dan Penagihan Jadual Waktu | 2 Disember 2025

Telah berlangsung satu taklimat persediaan MQA 04 kepada pensyarah DRT oleh Haji Hadi bin Noordin, Penyelaras MQA Politeknik Muadzam Shah. Taklimat ini adalah sebagai persediaan team DRT ke arah audit pematuhan 04 berkenaan dengan proses dan gerak kerja yang perlu dibuat bagi audit ini.

Perjumpaan diteruskan dengan taklimat agihan jadual waktu oleh Ketua Program DRT En. Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi kepada semua pensyarah DRT bagi persediaan bahan nota dan perancangan program-program luar.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.




Fasa 1 Dare to Dive 8.0 selesai โœ…๏ธ. Doakan utk Fasa 2 sedang berlangsung.. terus semangat DRT ๐Ÿซก
13/10/2025

Fasa 1 Dare to Dive 8.0 selesai โœ…๏ธ. Doakan utk Fasa 2 sedang berlangsung.. terus semangat DRT ๐Ÿซก

Congratulations DRT 3a - PMS ๐Ÿ’ช

Semoga dipermudahkan...
13/10/2025

Semoga dipermudahkan...

Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1๐Ÿ“ข TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰Seramai 78 orang pelajar dari Diploma Pelancongan & Rekreasi, Poli...
14/02/2025

Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1

๐Ÿ“ข TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰

Seramai 78 orang pelajar dari Diploma Pelancongan & Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah telah berjaya menamatkan Pensijilan Profesional Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi REDTMA pada tarikh 11-14 Januari 2025! ๐Ÿ…โœจ

Pengalaman ini bukan sahaja menambah ilmu dan kemahiran pelajar dalam industri pelancongan & rekreasi, tetapi juga membuka peluang kerjaya dan kebolehpasaran graduan lebih tinggi untuk masa depan mereka. ๐Ÿ’ผ๐ŸŒ

Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang lebih besar! ๐Ÿš€๐Ÿ‘

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sel...
22/11/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Diploma Pelancongan Rekreasi yang bakal menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Peperiksaan ini merupakan satu titik penting dalam perjalanan akademik anda, dan ia adalah peluang untuk membuktikan hasil usaha, komitmen, dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Kami yakin anda semua telah berusaha keras, namun ingatlah bahawa persediaan yang rapi dan keyakinan diri juga amat penting dalam menghadapi cabaran ini.

Kami juga ingin mengingatkan anda untuk menjaga kesihatan, cukupkan rehat, dan sentiasa berdoa agar diberi kelapangan fikiran serta kekuatan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sebagai pelajar dalam bidang pelancongan rekreasi, anda semua mempunyai potensi untuk membawa perubahan positif dalam industri ini. Justeru, jadikan kejayaan akademik ini sebagai batu loncatan untuk melakar masa depan yang gemilang.

Sekali lagi, kami doakan semoga semua usaha anda diberkati, dan semoga anda semua berjaya dengan cemerlang. Insya-Allah, kejayaan itu milik anda.

Rahimi Shahimi
Ketua Program
Diploma Pelancongan Rekreasi

Address

Lebuhraya Tun Abdul Razak
Rompin
26700

Telephone

+6094502007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah:

Share