Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf UiTM Cawangan Johor

Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf UiTM Cawangan Johor Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf
UiTM Cawangan Johor Pada bulan Julai 2020 UZSW diketuai oleh Koordinator dan diletakkan di bawah Rektor UiTM Cawangan Johor.

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor merupakan sebuah unit yang menguruskan aktiviti berkaitan zakat, sedekah dan wakaf. Sebelum daripada itu UZSW diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Johor. Perubahan ini berdasarkan keputusan Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 07/2020 pada 4 Mac 2020. PIAGAM PELANGGAN
Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti

dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang mesra dan adil kepada pembayar dan penerima bantuan zakat dengan :
1. Memberi maklumat yang jelas dan tepat berkaitan zakat.
2. Menyediakan kemudahan pembayaran melalui potongan gaji di laman web Fineportal UiTM.
3. Menyediakan kemudahan bagi permohonan zakat yang terbaik melalui kaedah E-ZAKAT.
4. Memastikan pengagihan zakat selaras dengan ketetapan syarak.
5. Memberi layanan yang mesra kepada semua yang berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan zakat.
6. Menerima semua permohonan bantuan yang lengkap dan memproses permohonan yang layak dengan segera. FUNGSI UTAMA
1. Mengurus dana agihan zakat mengikut tatacara pengurusan agihan yang telah ditetapkan.
2. Memastikan keberkesanan pengurusan agihan yang dirancang dan dijalankan.
3. Merancang jenis bantuan, kadar bantuan, aktiviti dan program yang komprehensif kepada penerima.
4. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga UiTM terhadap kepentingan budaya memberi untuk kepentingan ramai, menerusi ibadah zakat, sedekah dan wakaf.
5. Memastikan pengurusan setiap kutipan dan agihan dana adalah berpandukan peraturan yang berkuatkuasa serta memenuhi prinsip syara’.
6. Menyuburkan peluang berbakti kepada semua lapisan masyarakat melalui aktiviti kesukarelawan.
7. Memberikan nilai tambah kepada para penerima bantuan dalam aspek sahsiah, akademik dan kemahiran insaniah. PAUTAN

FACEBOOK PAGE :
https://www.facebook.com/uzswuitmjohor/

INSTAGRAM :
https://instagram.com/uzsw_uitmjohor


“Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)” – Ayat 5, Surah Al-Bayyinah

Assalamualaikum WBT,Salam sejahtera,Salam UiTM DiHatiku.-------------------25 & 27 FEBRUARI 2024 - PROGRAM ZIARAH MAHABB...
07/03/2024

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku.
-------------------
25 & 27 FEBRUARI 2024 - PROGRAM ZIARAH MAHABBAH 8.0 UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan rahmatNya.
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Pada 25, 27 Februari dan 3 Mac 2024 (Ahad dan Selasa), Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang (UZSW) yang diketuai oleh Dr Mohd Rilizam Bin Rosli selaku Penyelaras UZSW berpeluang menyantuni pelajar dan keluarga asnaf di sekitar negeri Johor seperti daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.
Objektif program adalah bagi menjalinkan hubungan erat pelajar dan keluarga asnaf bersama Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf disamping dapat melihat sendiri keadaan dan situasi asnaf dengan lebih dekat lagi.
Rasa terharu, sedih dan hiba diterjemahkan oleh ahli keluarga dengan kunjungan kami ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim disamping memberi galakan dan semangat kepada pelajar asnaf untuk terus berusaha demi masa depan diri dan keluarga.
Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi
UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR
Website : https://bit.ly/UZSW_UiTMCJ
page : https://m.facebook.com/uzswuitmjohor
Facebook : https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj
Instagram : https://www.instagram.com/uzsw_uitmjohor/
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSNQmKtsS/

14/08/2023

Bengkel Training Of Trainers (TOT) Panel Temu Duga Zakat UiTM (Zon Selatan) telah diadakan pada 1 hingga 3 Jun yang lalu di A’Famosa

Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM (SESI MAC - OGOS 2022)Suk...
29/03/2022

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM (SESI MAC - OGOS 2022)

Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan bantuan zakat pelajar akan dibuka bermula 03 April 2022 (Ahad) hingga 30 April 2022 (Sabtu).

Sehubungan dengan itu, permohonan akan dilakukan secara atas talian melalui laman web:
https://linktr.ee/uzswuitmjohor

Disertakan juga syarat permohonan dan senarai dokumen sokongan sebagai rujukan untuk perhatian dan tindakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

KAMPUS SEGAMAT
📞 Ustaz Nazrudin (07-9352090)
📞 Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)

KAMPUS PASIR GUDANG
📞 Ustazah Azizah (07-3818038)

Sekian, terima kasih

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR

Website : https://bit.ly/UZSW_UiTMCJ
page : https://m.facebook.com/uzswuitmjohor
Facebook : https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj
Instagram : https://www.instagram.com/uzsw_uitmjohor/

[KUTIPAN DERMA BANTUAN BANJIR WARGA UiTM CAWANGAN JOHOR]Merujuk perkara di atas, Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) Ui...
04/01/2022

[KUTIPAN DERMA BANTUAN BANJIR WARGA UiTM CAWANGAN JOHOR]

Merujuk perkara di atas, Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor mengucapkan salam takziah kepada warga UiTM Cawangan Johor yang terlibat dengan musibah banjir.

Sehubungan dengan itu, Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Johor melancarkan "Kutipan Derma Bantuan Banjir” bagi membantu meringankan beban warga UiTM yang terlibat dan terjejas serta memudahkan urusan mereka dalam menghadapi musibah banjir ini.

Butiran mengenai tabung adalah seperti berikut:
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Penama : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
No. Akaun : 01078010032247
Rujukan : Tabung Banjir
Tabung ini akan dibuka sehingga 13 Januari 2022 (Khamis)

[WANG SUMBANGAN AKAN DIAGIHKAN KEPADA KAKITANGAN DAN PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR YANG TERJEJAS DENGAN BANJIR SAHAJA]

Semoga ianya memberi seribu kebaikan dan manfaat kepada golongan yang terkesan dengan musibah banjir, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR

Website : https://bit.ly/UZSW_UiTMCJ
page : https://m.facebook.com/uzswuitmjohor
Facebook : https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj
Instagram : https://www.instagram.com/uzsw_uitmjohor/

HEBAHAN :PERMOHONAN SPZAS DILANJUTKAN HINGGA 28 DISEMBER 2021Pada mahasiswa mahasiswi yang terlepas untuk permohonan yan...
27/12/2021

HEBAHAN :

PERMOHONAN SPZAS DILANJUTKAN HINGGA 28 DISEMBER 2021

Pada mahasiswa mahasiswi yang terlepas untuk permohonan yang lalu kini boleh mohon sekarang.

Sedikit tips untuk memohon:
1. Pastikan pemohon merupakan pelajar semester 2 keatas
2. Dokumen perlu diisi lengkap (sila rujuk syarat di portal)
3. Permohonan hanya boleh buat sekali sahaja, jadi pastikan isi dengan betul.

Harap semua mahasiswa dapat ambil manfaat dan gunakan dengan sebaiknya.

Untuk memohon boleh klik link ini https://www.zakatselangor.com.my/spzas


Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM (SESI OKTOBER 2021 – FEBR...
19/10/2021

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM (SESI OKTOBER 2021 – FEBRUARI 2022)

Sukacita ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa dan warga UiTM Cawangan Johor bahawa permohonan bantuan zakat pelajar akan dibuka bermula 17 Oktober 2021 (Ahad) hingga 31 Oktober 2021 (Ahad).

Sehubungan dengan itu, permohonan akan dilakukan secara atas talian melalui laman web:
https://linktr.ee/uzswuitmjohor

Disertakan juga syarat permohonan dan senarai dokumen sokongan sebagai rujukan untuk perhatian dan tindakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

KAMPUS SEGAMAT
📞 Ustaz Nazrudin (07-9352090)
📞 Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)

KAMPUS PASIR GUDANG
📞 Ustazah Azizah (07-3818038)

Sekian, terima kasih
UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR

Rektor UiTM Johor
Hea UiTM Johor
HEP UITM Johor Kampus Segamat
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor
Ukk Uitm Segamat
Masjid As-Syakirin UiTM Johor

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H/2021M"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling...
19/10/2021

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H/2021M

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepada-Ku."
(Al-Nasai & Ibnu Hibban)

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jom kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W.

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
UiTM CAWANGAN JOHOR

Address

Jalan Universiti Off, KM 12, Jalan Muar, Kemajuan Tanah Jementah Batu Sebelas
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf UiTM Cawangan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf UiTM Cawangan Johor:

Share