Kolej Komuniti Segamat

1 PROGRAM DIPLOMA & 5 PROGRAM SIJIL DITAWARKAN:

Diploma:
- Teknologi Sistem Pengawasan Keselamatan

Sijil:
- Teknologi Pembuatan
- IT
- Animasi 2D
- Penyelenggaraan Bangunan
- Elektrik

Untuk permohonan :
> hubungi kami di talian 018-7602024

18/06/2026

Tinggal 4 Hari Lagi.

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti Segamat.

Jom mohon ke Kolej Komuniti Segamat, masih ada kekosongan bagi program Sijil Teknologi Pembuatan, Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Penyelenggaraan Bangunan dan Sijil Animasi 2D.

Untuk permohonan, sila hubungi pegawai pengambilan kami sebagaimana di talian 018-7602024



KK Segamat Kongsi Amalan Terbaik EOMS Dengan KK JerantutSegamat, 16 Jun – Kolej Komuniti Segamat (KKS) menerima kunjunga...
16/06/2026

KK Segamat Kongsi Amalan Terbaik EOMS Dengan KK Jerantut

Segamat, 16 Jun – Kolej Komuniti Segamat (KKS) menerima kunjungan delegasi daripada Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) dalam satu lawatan penanda aras yang bertujuan mendapatkan pendedahan mengenai pelaksanaan dan pengurusan pensijilan Educational Organizations Management System (EOMS) yang berjaya diperoleh oleh institusi itu.

Delegasi seramai lapan orang yang diketuai Pengarah KKJ, Ts Azad Muslim Muhammad, disambut oleh warga KKS dalam sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat kolej berkenaan.

Lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai peranan dan fungsi Unit Jaminan Kualiti KKS dalam memastikan pematuhan terhadap standard kualiti serta pelaksanaan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan organisasi.

Delegasi turut mengikuti beberapa sesi taklimat yang disampaikan oleh jawatankuasa EOMS KKS meliputi aspek pengurusan sistem, pelan risiko dan peluang, audit dalaman serta kajian semula pengurusan. Perkongsian tersebut memberi gambaran menyeluruh mengenai proses pelaksanaan, dokumentasi, pemantauan dan penambahbaikan berterusan yang diamalkan oleh KKS.

Selain itu, peserta lawatan dibawa meninjau beberapa fasiliti utama di kolej bagi melihat secara langsung pelaksanaan amalan pengurusan kualiti dalam persekitaran kerja sebenar.

Program berkenaan dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi di samping membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik ke arah meningkatkan kualiti pengurusan organisasi.

Lawatan itu juga mencerminkan komitmen berterusan institusi pendidikan TVET dalam memperkasakan budaya kualiti dan kecemerlangan pengurusan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan serta berimpak tinggi.


Pasukan Astral KKS Johan Cyber Warrior II 2026Balik Pulau, 16 Jun – Kolej Komuniti Segamat (KKS) sekali lagi mengharumka...
16/06/2026

Pasukan Astral KKS Johan Cyber Warrior II 2026

Balik Pulau, 16 Jun – Kolej Komuniti Segamat (KKS) sekali lagi mengharumkan nama institusi apabila Pasukan Astral muncul juara kategori Capture The Flag (CTF) dalam Pertandingan POLYCC Cyber Warrior II 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pasukan yang dianggotai Adam Danial Abdullah, Maisurah Puteri Saadon dan Abdul Muhaimin Sahren itu berjaya menewaskan peserta dari seluruh negara menerusi kecekapan menyelesaikan cabaran keselamatan siber yang kompleks, sekali gus membawa pulang wang tunai RM800.

Yang menjadikan kejayaan ini lebih manis lagi,
sebelum itu, Pasukan Robotik Kolej Komuniti Segamat (KKS) berjaya membawa pulang Pingat Emas dan gelaran Johan dalam kategori FIRA Autonomous Car Physical Competition (FAC) pada Pertandingan FIRA 19th Malaysia Cup 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2026 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Kejayaan tersebut membuktikan kemampuan pelajar TVET dalam bidang teknologi digital dan keselamatan siber yang semakin mendapat perhatian di peringkat nasional.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Zahid Bin Daim, Pengarah Kolej Komuniti Segamat, sebagai tanda sokongan padu dan komitmen berterusan pihak pengurusan terhadap pembangunan bakat pelajar dalam bidang teknologi digital, keselamatan siber dan inovasi TVET.

Selain kejayaan Pasukan Astral, peserta KKS turut mengambil bahagian dalam kategori Code Rumble dan Sustainable App Warrior, sekali gus menunjukkan potensi besar pelajar kolej komuniti untuk bersaing di peringkat kebangsaan.

Kejayaan itu turut disumbangkan oleh bimbingan pensyarah mentor, Anita Supramaniam, Firdaus Bachok @ Embok Walang dan Fadli Ahdon yang bertungkus-lumus melatih peserta sepanjang persediaan pertandingan.

Pencapaian berkenaan dilihat sebagai pemangkin kepada usaha KKS untuk terus melahirkan lebih ramai bakat digital yang mampu bersaing dalam era teknologi dan keselamatan siber.




16/06/2026
16/06/2026
15/06/2026

Keputusan Permohonan Asimilasi boleh disemak pada hari ini 15 Jun 2026, jam 5.00 ptg.

15/06/2026

Masih ada kekosongan bg Program Sijil Animasi 2D, Teknologi Pembuatan, IT, Elektrik & Penyelenggaraan Bangunan. Call KKS sekarang

12/06/2026

Syabas dan tahniah team KKS!!

Johan kategori FIRA Autonomous Car Physical Competition (FAC), 19th Malaysia Cup 2026

Jom sertai Kolej Komuniti Segamat, pelbagai aktiviti menarik untuk pelajar KKS.




Jom follow akaun baru TikTok Kolej Komuniti Segamatjom support guys!!
11/06/2026

Jom follow akaun baru TikTok Kolej Komuniti Segamat

jom support guys!!

120 Followers, 115 Following, 314 Likes - Watch awesome short videos created by Kolej Komuniti Segamat

11/06/2026

Address

No 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar IOI
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079431633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share