KPPIM Cawangan Johor

KPPIM Cawangan Johor Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
UiTM Cawangan Johor.

DIRGAHAYU TUANKU
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

๐ƒ๐ข๐ซ๐ ๐š๐ก๐š๐ฒ๐ฎ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku.

Sembah takzim daripada Rektor dan seluruh warga UiTM Cawangan Johor

Sekian, terima kasih.

ุงูˆุณู‡ุงุŒ ุชู‚ูˆู‰ุŒ ู…ู„ูŠุง

โค๏ธku

SALAM AIDILADHA 1447โ€‹Salam Aidiladha daripada Warga FSKM UiTM Johor! ๐ŸŒ™โœจโ€‹Hari raya ini bukan sekadar tentang ibadah korba...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447

โ€‹Salam Aidiladha daripada Warga FSKM UiTM Johor! ๐ŸŒ™โœจ

โ€‹Hari raya ini bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang erti keikhlasan, ketaatan, dan pengorbanan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Semoga segala usaha dan 'pengorbanan' kita sebagai warga akademia diberkati-Nya.

โ€‹Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam, terutamanya buat warga FSKM UiTM Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang!


๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‚๐€๐๐•๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐„ ๐„๐€๐’๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐š๐ง๐๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐š๐ง๐ฏ๐š & ๐€๐ˆ!๐Ÿ’กAnda ingin hasilkan poster yang lebih menarik,...
19/05/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‚๐€๐๐•๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐„ ๐„๐€๐’๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ซ๐ž๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐š๐ง๐๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐š๐ง๐ฏ๐š & ๐€๐ˆ!

๐Ÿ’กAnda ingin hasilkan poster yang lebih menarik, kerja lebih cepat, dan reka bentuk yang nampak profesional?
Jom sertai bengkel santai bersama Cikgu Afiq dan pelajari teknik Canva yang praktikal serta mudah diaplikasikan! ๐ŸŽจ

๐“๐จ๐ฉ๐ข๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐˜๐š๐ง๐  ๐€๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง:
โœ… Asas Pengenalan Grafik
โœ… Penggunaan Canva AI Tools
โœ… Integrasi ChatGPT dengan Canva
โœ… Rekaan Poster & Integrasi Video
โœ… Membina Aplikasi Mudah Menggunakan Canva

๐Ÿ“… Tarikh : 20 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฃ Masa : 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Platform : Google Meet (Atas Talian)
๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan : RM20
๐Ÿ“œ E-Sijil Penyertaan Disediakan

๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ & ๐๐„๐Œ๐๐€๐˜๐€๐‘๐€๐
1๏ธโƒฃ Buat pembayaran melalui UiTMPay
๐Ÿ”— https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AAJ1/02/6451
2๏ธโƒฃ Isi borang pendaftaran peserta
๐Ÿ”— https://forms.gle/ovmiFr6jvSzJWVE66
3๏ธโƒฃ Sertai kumpulan Telegram
โ€œCANVA MADE EASY 20 JUN 2026โ€ selepas pendaftaran

โš ๏ธ Tempat adalah TERHAD!
Daftar segera sebelum atau pada *10 Jun 2026* .

๐Ÿ“ž Pertanyaan :
Cik Humairah (013-8681075)
Cik Nurulzulaiha (012-3649774)

๐Ÿ“Œ ANJURAN :
Jawatankuasa Peneraju STEM
Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM)
UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐”๐บ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข ๐ต๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž, ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ŽSeluruh warga FSKM UiTM Cawangan Johor , Kampus Segamat mengucapkan selamat har...
16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐”
๐บ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข ๐ต๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž, ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘๐‘’๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž

Seluruh warga FSKM UiTM Cawangan Johor , Kampus Segamat mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik. Setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Terima kasih kerana tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membimbing dan mencorak masa depan anak bangsa. Selamat Hari Guru!


FSKM UiTM Johor Lebar Sayap ke Indonesia Melalui Program Outbound AntarabangsaFSKM UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat te...
13/05/2026

FSKM UiTM Johor Lebar Sayap ke Indonesia Melalui Program Outbound Antarabangsa
FSKM UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menghantar delegasi pelajar Diploma Sains Komputer ke Program Outbound anjuran Fakultas Ilmu Komputer, Universitas Brawijaya (FILKOM), Indonesia pada 19 hingga 25 April 2026.

Program bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan peserta dari Malaysia, Filipina dan Pakistan melalui pelbagai pengisian akademik, aktiviti kebudayaan serta lawatan pelancongan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi syarahan berkaitan teknologi dan AI, bengkel batik, dialog kepimpinan pelajar, lawatan kampus, aktiviti outbound di Lembah Tumpang serta lawatan ke Gunung Bromo.
Delegasi FSKM turut mempersembahkan tarian Zapin Johor semasa majlis penutup sebagai simbol memperkenalkan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa.

Program ini berjaya memperluas jaringan antarabangsa, meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh kemahiran insaniah dan profesional pelajar selaras dengan aspirasi global UiTM

ANUGERAH NAIB CANSELOR FSKM SEMESTER 20254Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa Diploma Sains Komputer ...
13/05/2026

ANUGERAH NAIB CANSELOR FSKM SEMESTER 20254

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa Diploma Sains Komputer dan Diploma Sains Matematik UiTMCJ Kampus Segamat atas penganugerahan Anugerah Naib Canselor bagi semester Oktober 2025 โ€“ Februari 2026 (20254). Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama FSKM! TAHNIAH!

ANUGERAH DEKAN FSKM SEMESTER 20254 - CDCS143Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa Diploma Sains Matemat...
13/05/2026

ANUGERAH DEKAN FSKM SEMESTER 20254 - CDCS143

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa Diploma Sains Matematik UiTMCJ Kampus Segamat atas penganugerahan Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Dekan bagi semester Oktober 2025 โ€“ Februari 2026 (20254). Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama FSKM! TAHNIAH!

ANUGERAH DEKAN FSKM SEMESTER 20254 - CDCS110Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa Diploma Sains Kompute...
13/05/2026

ANUGERAH DEKAN FSKM SEMESTER 20254 - CDCS110

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa Diploma Sains Komputer Kampus Segamat atas penganugerahan Anugerah Dekan bagi semester Oktober 2025 โ€“ Februari 2026 (20254). Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama FSKM! TAHNIAH!

๐…๐’๐Š๐Œ ๐€๐œ๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐œ ๐€๐œ๐ก๐ข๐ž๐ฏ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ’Pada 8 Mei 2026, seramai 243 mahasiswa FSKM yang memperoleh GPA 3.75 bagi semester ...
11/05/2026

๐…๐’๐Š๐Œ ๐€๐œ๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐œ ๐€๐œ๐ก๐ข๐ž๐ฏ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ’

Pada 8 Mei 2026, seramai 243 mahasiswa FSKM yang memperoleh GPA 3.75 bagi semester 20254 telah diraikan dalam majlis FSKM Academic Achievement Award. Program anjuran Students and Alumni Supports Unit ini menyaksikan kolaborasi mantap antara pensyarah dan pelajar. Bertempat di Dewan Kuliah 1, majlis ini dihadiri hampir kesemua mahasiswa yang terlibat dan sijil disampaikan oleh Cik Nurulzulaiha Suhadak (Koordinator Prasiswazah FSKM). Syabas diucapkan, dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk mencapai keputusan yang lebih gemilang pada masa hadapan!


๐’๐“๐„๐Œ ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ๐ฌ@๐…๐’๐Š๐Œ: ๐Œ๐€๐“๐‡ ๐„๐—๐‚๐„๐‹๐‹๐„๐๐‚๐„Pada 9 Mei 2026, Jawatankuasa Peneraju STEM, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FS...
09/05/2026

๐’๐“๐„๐Œ ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ๐ฌ@๐…๐’๐Š๐Œ: ๐Œ๐€๐“๐‡ ๐„๐—๐‚๐„๐‹๐‹๐„๐๐‚๐„

Pada 9 Mei 2026, Jawatankuasa Peneraju STEM, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah berjaya menganjurkan program "STEM Warriors@FSKM: Math Excellence". Program yang diketuai oleh Cik Norharziana binti Yahaya Rashdi, mensasarkan pemantapan ilmu matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Program yang julung-julung kalinya diadakan, bertempat di DK1, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah berjaya menarik penyertaan seramai 97 murid sekolah rendah dari sekitar daerah Segamat.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hazwan bin A Rahman, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hazwan. Cikgu Hazwan merupakan seorang tutor bebas yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah matematik sambilan di institusi pengajian tinggi. Cikgu Hazwan membawa pendekatan kaedah penyelesaian masalah matematik yang lebih ringkas, sesi pembelajaran dua hala yang melibatkan aktiviti praktikal dan mengaitkan konsep matematik dengan situasi kehidupan seharian murid. Pendekatan ini membuktikan bahawa dengan teknik yang betul, matematik bukan lagi beban, tetapi satu cabaran yang mengujakan.

Pihak penganjur menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa yang memberikan sokongan padu dengan menghantar anak-anak mereka. Kehadiran dan galakan daripada penjaga menjadi tunjang utama dalam memastikan kelangsungan agenda pendidikan STEM di peringkat akar umbi.

Dengan kejayaan siri kali ini, Jawatankuasa Peneraju STEM FSKM, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat komited untuk terus memacu kecemerlangan akademik dan melahirkan lebih ramai "STEM Warriors" pada masa hadapan.


Address

KM 12 Jalan Muar
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPPIM Cawangan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to KPPIM Cawangan Johor:

Share