Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia Berilmu Berbakti
With Knowledge We Serve The school was located on a 22-acre land in Serdang. Dr. Mohd. The student enrolment at that time was 1,559.

The origins of Universiti Putra Malaysia can be traced to the School of Agriculture, which was officially established on 21 May 1931 by John Scott, an administrative officer of the Straits Settlements. The School offered two programmes then, namely a three-year diploma programme and a one-year certificate course. By 1941, the School succeeded in training 321 officers - 155 obtained the diploma and

166 the certificate. On 23 June 1947, the school was declared the College of Agriculture Malaya by Sir Edward Gent, the Governor of the Malayan Union. In 1948, it was proposed that this college be upgraded to a university. The proposal, however, was shelved with the declaration of the Emergency in the middle of the same year. In 1960, the Faculty of Agriculture at the University of Malaya was established, and on 1 January 1962 a statute was approved to appoint the Council of the College of Agriculture Malaya as an authoritative body of the University of Malaya. In conjunction with the growing importance of the agricultural sector in the country's economy, the role of the college became prominent. Hence, the government allocated RM7.9 million to carry out development under the First Malaysian Plan (1966-1970). The allocation received was spent on increasing students' intake, building lecture halls, extending areas for college development, adding more science laboratories and recruiting more staff. Tun Abdul Razak Hussein, the Prime Minister then, when officiating extended buildings in the college on 31 March 1969, envisioned an agricultural university which would offer degree courses. This vision was finally realized with the founding of University Pertanian Malaysia. The establishment of this university was the result of the merge between the College of Agriculture Malaya with the Faculty of Agriculture, University of Malaya. Rashdan bin Haji Baba, the principal of the college of Agriculture Malaya, was appointed as the first Vice-Chancellor by virtue of the provisions of section 18 of the Universities and University Colleges Act, 1971. Universiti Pertanian Malaysia started its first academic session in July 1973 with three central faculties: the Faculty of Agriculture, Faculty of Forestry, and Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science. Besides the three faculties there was a Basic Sciences Division. In the early eighties, however, UPM has expanded its area of studies to the field of Science and Technology (S&T). In 1994, UPM embarked on its ambitious plan to develop as a futuristic university, which would provide better and up-to-date skills and systems for science and technology education by taking full advantage of the rapid development in information technology (IT). Thereafter, UPM has transformed into a borderless campus, its name and reputation stretching far beyond the national boundaries. The climax of the transformation came with the changing of the name of the university from Universiti Pertanian Malaysia to Universiti Putra Malaysia; as officially announced on 3 April 1997 by Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, the prime minister then. This was a strategic way of portraying the status of UPM as a centre of higher education capable of providing various fields of studies, especially in information technology, which facilitates national developments in the new millennium.

Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2026 yang berlangsung di Universiti Putra Malays...
07/06/2026

Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2026 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) menghimpunkan mahasiswa daripada 11 universiti awam seluruh negara dalam usaha memartabatkan seni warisan zapin.

Festival yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 2026 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM itu turut menjadi platform memperkukuh penghayatan seni budaya serta jati diri mahasiswa melalui persembahan dan penglibatan seni warisan.

Pasukan Gemalai Qarma Dansa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dinobatkan sebagai johan, manakala Kelab Seni Tari Adimastuli UPM muncul naib johan dan Kump**an Kesenian Universiti Malaya (KESUMA) dari Universiti Malaya meraih tempat ketiga.

Selain itu, Kelab Tari Destar Limar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memenangi Anugerah Khas Juri, manakala Kump**an Kesenian Universiti Malaya (KESUMA) menerima Anugerah Tatarias Terbaik.

Kump**an Tari Lestari Warisan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) p**a meraih Anugerah Busana Terbaik, sementara Anugerah Koreografi Terbaik dimenangi Pasukan Gemalai Qarma Dansa dari UiTM.

Penganjuran festival ini turut mencerminkan komitmen berterusan institusi pengajian tinggi dalam memelihara warisan budaya negara serta memperkasa pembangunan mahasiswa menerusi seni dan budaya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman.

Sempena Bulan Sinergi Putra, jom saksikan perkongsian ilmu yang sangat penting tentang masa depan kita bersama pakar-pak...
07/06/2026

Sempena Bulan Sinergi Putra, jom saksikan perkongsian ilmu yang sangat penting tentang masa depan kita bersama pakar-pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM)! 🌍🌱

👤 Ahli Panel Jemputan:

Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris – Pengarah, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), UPM.

Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Ishak – Pensyarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM.

​🗓️ Butiran Program:

​Topik: Planetary Health: Peranan Universiti Membentuk Masa Depan Manusia dan Planet
​Tarikh: Isnin, 08 Jun 2026
​Masa: 9.00 - 10.00 Pagi
​Saluran Syaran: BERNAMA TV (Astro 502, unifi TV 631, MYTV 121, Facebook & YouTube BERNAMA TV)

🌳🏢 Sempena Bulan Sinergi Putra, ​saksikan kupasan mendalam mengenai topik "Bandar Berdaya Huni dan Taman Hijau" dalam pr...
06/06/2026

🌳🏢 Sempena Bulan Sinergi Putra, ​saksikan kupasan mendalam mengenai topik "Bandar Berdaya Huni dan Taman Hijau" dalam program Agenda Awani Asia yang akan menampilkan pakar daripada UPM:

​👤 Gs. Dr. Shairatul Akma Roslan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM)

​Mari ikuti perkongsian dan pandangan bernas beliau mengenai bagaimana mengimbangi reka bentuk bandar moden dengan pemeliharaan ekosistem hijau.

​Catat tarikh dan masa janji temu anda malam ini:
📆 Sabtu, 6 Jun 2026
⏰ 9:00 Malam
📺 Saluran 501 Astro AWANI
🌐 Live TV di astroawani.com & aplikasi Astro AWANI.

Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh agenda kelestarian biodiversiti negara menerusi pelancaran buku Guidel...
05/06/2026

Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh agenda kelestarian biodiversiti negara menerusi pelancaran buku Guideline for Biodiversity Friendly Oil Palm Plantation (GAP4WILDLIFE) sempena Forum Biodiversiti 2026 yang berlangsung baru-baru ini. Forum bertemakan “Coexistence in Malaysian Palm Oil Landscape” itu menghimpunkan lebih 400 peserta serta 20 penceramah daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi akademik, industri dan pertubuhan pemuliharaan.

Buku GAP4WILDLIFE yang diterbitkan hasil kerjasama Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF), UPM dan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menjadi panduan penting dalam memperkukuh keseimbangan antara pembangunan industri sawit dan kelangsungan habitat hidupan liar secara mampan. Penerbitan tersebut turut mencerminkan komitmen UPM dalam menyumbang kepakaran saintifik dan penyelidikan ke arah industri sawit yang lebih lestari serta mesra biodiversiti.

Turut berlangsung pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPOGCF, Yayasan Pahang dan UPM bagi pelaksanaan projek The Living Lab Project: Sustainable Conservation of Asian Elephants in YP Hevea di Kuala Sat, Pahang. Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh penyelidikan dan pendekatan konservasi berasaskan lapangan demi memastikan kelangsungan habitat gajah Asia di kawasan perladangan secara lebih lestari dan bersepadu.

Pembelajaran di luar bilik kuliah terus menjadi keutamaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam melahirkan graduan yang ...
05/06/2026

Pembelajaran di luar bilik kuliah terus menjadi keutamaan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing. Menerusi kolaborasi bersama Putrajaya Glamping @ Wetland, pelajar Tahun Dua program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi Dengan Kepujian (BSTRDK), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) berpeluang mengikuti pengalaman pembelajaran lapangan yang memberi pendedahan sebenar kepada pengurusan hospitaliti dan operasi rekreasi.

Program perkhemahan akademik selama dua hari satu malam itu bukan sahaja memberi pengalaman praktikal berkaitan pengurusan tapak perkhemahan dan penyajian makanan, malah turut membina kemahiran insaniah seperti komunikasi profesional, pengurusan krisis dan etika layanan tetamu.

Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini mencerminkan komitmen UPM dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang dekat dengan realiti industri. Pada masa sama, Putrajaya Glamping @ Wetland dilihat berpotensi sebagai destinasi rekreasi bandar yang mampu berkembang dan menarik lebih ramai pengunjung tempatan serta antarabangsa pada masa hadapan.

UPM terus memperkukuh pembangunan bakat aeroangkasa negara menerusi kerjasama strategik bersama Airbus yang memberi tump...
05/06/2026

UPM terus memperkukuh pembangunan bakat aeroangkasa negara menerusi kerjasama strategik bersama Airbus yang memberi tumpuan kepada pendidikan, penyelidikan, inovasi serta pendedahan industri bertaraf global. Kerjasama ini selari dengan hala tuju “True North” UPM dalam memperkasakan jaringan global melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan.

Melalui kolaborasi ini, pensyarah, penyelidik dan pelajar UPM berpeluang memperoleh pendedahan secara langsung kepada teknologi, inovasi dan amalan industri aeroangkasa terkini daripada pakar profesional Airbus.

Inisiatif ini sekali gus mencerminkan komitmen UPM dan Fakulti Kejuruteraan dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing serta memenuhi keperluan industri aeroangkasa global.

🌍 Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2026! 🍃Masa depan bumi berada di tangan kita. Ayuh bersama warga Universiti Putra Ma...
05/06/2026

🌍 Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2026! 🍃

Masa depan bumi berada di tangan kita. Ayuh bersama warga Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkasakan kelestarian hijau demi menangani perubahan iklim. Setiap tindakan kecil kita hari ini menentukan kehidupan generasi esok.

05/06/2026

Generasi Scroll: Anak Muda dan Budaya Digital

💻 PTPKM Terima Lawatan Rasmi YAB Perdana MenteriPusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) telah menerim...
04/06/2026

💻 PTPKM Terima Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri

Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) telah menerima lawatan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan meninjau pelbagai inisiatif dalam memperkukuh keupayaan keselamatan maklumat dan digital negara.

YAB Perdana Menteri turut menandatangani plak lawatan rasmi PTPKM sebagai simbolik kunjungan yang mencerminkan sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan teknologi kriptologi dan keselamatan siber.

UPM melancarkan buku “Hey It’s Ok, Hidup Tak Selalu Sempurna, Itu Normal” sebagai panduan kepada pelajar dalam memahami ...
04/06/2026

UPM melancarkan buku “Hey It’s Ok, Hidup Tak Selalu Sempurna, Itu Normal” sebagai panduan kepada pelajar dalam memahami dan menangani isu kesihatan mental yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan mahasiswa masa kini. Buku ini diterbitkan bagi membantu pelajar menghadapi cabaran emosi dan tekanan sepanjang kehidupan di kampus.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib berkata, penerbitan buku tersebut amat relevan dengan keperluan semasa pelajar serta menjadi antara instrumen penting universiti dalam memperkasa pembangunan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan warga kampus. Menurut beliau, pendekatan santai dan dekat dengan realiti kehidupan pelajar menjadikan buku ini mudah difahami serta membawa mesej bahawa setiap individu melalui perjalanan hidup yang berbeza.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Profesor Dr. Normala Ibrahim berkata, idea penerbitan buku itu dicetuskan oleh Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM dengan penglibatan pakar psikiatri, pakar psikologi, kaunselor serta Pegawai Sains FPSK. Kandungan buku memberi fokus kepada cabaran kesihatan mental yang lazim dihadapi pelajar universiti serta kepentingan mendapatkan bantuan awal ketika berhadapan krisis emosi atau tekanan mental.

Penerbitan buku ini turut mendapat sokongan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM melalui tajaan percetakan sebagai usaha memperkukuh pembangunan pendidikan dan kesejahteraan pelajar. Buku tersebut akan diedarkan kepada pelajar baharu, pelajar asasi serta wakil fakulti sebagai salah satu inisiatif menyemai budaya sokongan emosi dan kesejahteraan dalam komuniti kampus.

Address

Universiti Putra
Serdang Lama
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60397691000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Putra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Putra Malaysia:

Share