Integriti USIM

Integriti USIM Integrity

Taklimat Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Dalam Sektor Awam
04/06/2026

Taklimat Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Dalam Sektor Awam

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 βœ¨πŸŒ™  Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh ikhlas menjadi asb...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 βœ¨πŸŒ™

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh ikhlas menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan redha Allah SWT.
Taqabbalallahu minna wa minkum, Taqabbal ya Karim.

Ikhlas daripada:
Pejabat Integriti
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

✨ Rebutlah peluang sebelum terlambat ✨Rasulullah SAW mengingatkan kita untuk menghargai setiap nikmat yang diberikan β€” m...
21/05/2026

✨ Rebutlah peluang sebelum terlambat ✨
Rasulullah SAW mengingatkan kita untuk menghargai setiap nikmat yang diberikan β€” masa muda, kesihatan, kelapangan, kekayaan dan kehidupan sebelum semuanya berlalu.

πŸ“Œ Jadikan setiap detik bermakna dengan mengutamakan perkara yang berfaedah dan amanah yang dipikul.

LASKAR INTEGRITI USIM: MENELUSURI KEPIMPINAN DI MUZIUM TENTERA DARATPort Dickson, 16 Mei 2026 – Seramai 40 orang mahasis...
18/05/2026

LASKAR INTEGRITI USIM: MENELUSURI KEPIMPINAN DI MUZIUM TENTERA DARAT

Port Dickson, 16 Mei 2026 – Seramai 40 orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Laskar Integriti: Menelusuri Kepimpinan di Muzium Tentera Darat yang berlangsung di Muzium Tentera Darat, Port Dickson.

Program anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang sejarah, fungsi dan peranan Tentera Darat Malaysia dalam mempertahankan keselamatan negara.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan elemen disiplin, semangat patriotisme serta kepentingan kerjasama berpasukan melalui lawatan berpandu, sesi penerangan sejarah ketenteraan dan pameran artifak serta aset pertahanan negara.

Selain itu, pengalaman menelusuri terowong bawah tanah dan melihat demonstrasi pakaian tempur turut memberi impak pembelajaran yang bermakna kepada peserta dalam memahami nilai perjuangan dan kepimpinan berintegriti.

Program ini juga selari dengan usaha USIM dalam melahirkan graduan holistik yang berintegriti tinggi, berdaya saing serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan melalui penghayatan nilai kepimpinan dan sahsiah terpuji.

Bicara Integriti Siri 2/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah s...
15/05/2026

Bicara Integriti Siri 2/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah serta semua peserta yang telah bersama menjayakan sesi perkongsian β€œKerja Ikhlas, Hati Tenang”.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian dan tugasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepadaYBrs. Encik Mohd Khair Ngadiron Pengerusi Lembaga Pengarah ...
12/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
YBrs. Encik Mohd Khair Ngadiron Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah di atas sumbangan sebagai Ahli Jawatankuasa Integriti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh 1 Mac 2024 hingga 28 Februari 2026.

Segala jasa dan komitmen yang dicurahkan amat dihargai dalam memperkukuh budaya integriti di USIM.

Ikhlas daripada:
Pengerusi JKIU &
Pejabat Integriti USIM

[INTEGRITY ON WATER]2 Mei 2026, Sabtu - Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) telah mengadakan program aktiviti k...
09/05/2026

[INTEGRITY ON WATER]

2 Mei 2026, Sabtu - Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) telah mengadakan program aktiviti kayak "Integrity on Water" yang disertai oleh 40 orang peserta bertempat di Pusat Rekreasi Air, Putrajaya. Program ini juga merupakan satu program kolaborasi bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan sahsiah mahasiswa yang berintegriti melalui pengalaman berpasukan, disiplin diri dan tanggungjawab terhadap alam sekitar seperti menjaga peralatan dan rakan sepasukan. Melalui pendekatan ini, diharapkan agar mahasiswa dapat terus memperkukuh nilai moral di samping membina kekuatan fizikal.

"Melestarikan Integriti, Memperkasakan Peribadi"

SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA
SESI AKADEMIK 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Integriti USIM

6 Mei 2026 | Ibu Pejabat SPRM Putrajaya – Seramai 33mahasiswa/wi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai ...
07/05/2026

6 Mei 2026 | Ibu Pejabat SPRM Putrajaya – Seramai 33mahasiswa/wi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Lawatan Jaringan Ringkas ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR).

Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa mengenai peranan dan fungsi SPRM dalam membanteras rasuah serta memperkukuh pemahaman tentang nilai integriti dan tadbir urus yang baik.

Sepanjang program, peserta berpeluang mengikuti sesi taklimat, perkongsian bersama pegawai SPRM serta lawatan sekitar premis, selain menjalinkan hubungan strategik antara USIM dan SPRM.

Inisiatif ini diharap dapat melahirkan generasi mahasiswa yang berintegriti, berakauntabiliti dan peka terhadap isu rasuah, selaras dengan usaha membina masyarakat yang telus dan beretika.

πŸ”΅ ELAKKAN KONFLIK KEPENTINGANKonflik kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi boleh mempengaruhi tugasan rasmi a...
06/05/2026

πŸ”΅ ELAKKAN KONFLIK KEPENTINGAN

Konflik kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi boleh mempengaruhi tugasan rasmi atau keputusan yang dibuat.
βš–οΈ Jadilah warga kerja berintegriti dengan:
βœ… Mengelakkan keputusan yang melibatkan kepentingan peribadi
βœ… Melaporkan sebarang konflik kepada pihak atasan
βœ… Mengamalkan integriti dan ketelusan dalam setiap tugasan
βœ… Mematuhi peraturan dan garis panduan organisasi
πŸ’‘ Ingat!
Keputusan yang telus dan beretika memastikan kepercayaan terus terpelihara.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026 kepada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Setinggi-tinggi pe...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026 kepada seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen, dedikasi serta usaha gigih yang dicurahkan dalam memartabatkan USIM sebagai institusi ilmu yang cemerlang dan berintegriti.

Semoga setiap amanah yang dipikul terus dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan.

Ikhlas daripada
Pejabat Integriti USIM

Address

USIM
Seremban
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Integriti USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share