Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia

Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia The official account of Faculty of Forestry and Environment (FHAS), Universiti Putra Malaysia

Faculty of Forestry and Environment (FHAS) UPM, established in 2020 with the merger of two Faculty at UPM namely the Faculty of Forestry and the Faculty of Environmental Studies. FHAS offering degrees in forestry studies, environmental science and management in Malaysia at the Bachelor, Masters and Doctoral levels.

08/05/2026

World Wood Day 2026 @ UPM is just 13 days away!

Get ready for exciting workshops, hands-on activities, exhibitions and more as we celebrate “Sustainable Wood, Circular Future”.

Here’s a little teaser of what’s coming your way. Stay tuned for more updates and see you on 21 May 2026!

SustainableWoodCircularFuture WoodisGood

GOTONG-ROYONG EKSA FHAS PERKASA PERSEKITARAN KERJA KONDUSIFSerdang, 4 Mei 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FH...
06/05/2026

GOTONG-ROYONG EKSA FHAS PERKASA PERSEKITARAN KERJA KONDUSIF

Serdang, 4 Mei 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Aktiviti Gotong-Royong EKSA melibatkan penyertaan warga fakulti yang terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbiran.

Program ini dilaksanakan selaras dengan inisiatif Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi memperkukuh amalan persekitaran kerja yang bersih, tersusun dan selamat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan ruang pejabat, makmal, koridor, kawasan umum serta persekitaran luar bangunan di Kompleks A, Kompleks B dan SISFEC.

Selain itu, aktiviti turut melibatkan penyusunan semula dokumen dan peralatan, pelabelan kawasan, pelupusan barangan tidak diperlukan serta tindakan penambahbaikan bagi memastikan pematuhan kepada piawaian EKSA. Tumpuan juga diberikan kepada kawasan yang sebelum ini dikenal pasti mempunyai isu kebersihan dan keselamatan seperti kulat, perabot usang dan laluan tidak selamat.

Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran, malah memupuk budaya kerja berpasukan serta kesedaran dalam kalangan warga fakulti terhadap kepentingan amalan EKSA secara berterusan.

Pihak fakulti merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti ini. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan berkualiti.

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 5 MEI 20261. Tingkat kecekapan guna sumber - Harian Metro (Dr. Muhammad Heikal ...
05/05/2026

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 5 MEI 2026

1. Tingkat kecekapan guna sumber - Harian Metro (Dr. Muhammad Heikal Ismail, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar)

05/05/2026

Cuaca yang sukar diramal kini menjadi cabaran global. Apakah impak sebenar fenomena ini terhadap ekosistem alam sekitar kita? 🌦️🍂

Dengarkan kupasan pakar dalam segmen Hello Selangor (I-Nutrisi) bersama:

👤 Prof. Madya Dr. Mohd Yusoff Ishak, Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

📻 Program: Hello Selangor (Selangor FM)
📅 Tarikh: Selasa, 5 Mei 2026
🕑 Masa: 2:15 Petang
🎧 Frekuensi: 100.9 MHz

Laporan media1. Drain systems being overwhelmed by extreme, hard-to-predict rainfall - Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar (Med...
05/05/2026

Laporan media

1. Drain systems being overwhelmed by extreme, hard-to-predict rainfall - Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar (Media Selangor) https://mediaselangor.com/en/2026/04/354843

2. Pakar : Hujan lebat ekstrem sukar diramal, kapasiti lebihi sistem saliran - Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar (Media Selangor)
https://mediaselangor.com/ms/2026/04/354766

3. Pakar : Pastikan pemaju pasang perangkap kelodak, elak banjir kilat - Dr. Siti Nurhidayu Abu Bakar (newswav.com)
https://newswav.com/article/pakar-pastikan-pemaju-pasang-perangkap-kelodak-elak-banjir-kilat-A2604_ci2SQX

SHAH ALAM, 30 APR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu tegas terhadap pemaju termasuk memastikan perangkap kelodak dipasang di setiap tapak pembinaan bagi mengu

USU, UPM dan UiTM Raikan Hari Bumi 2026: Perkukuh Kesedaran Ekologi di Desa Habeahan, Sumatera, Indonesia22 April - Semp...
24/04/2026

USU, UPM dan UiTM Raikan Hari Bumi 2026: Perkukuh Kesedaran Ekologi di Desa Habeahan, Sumatera, Indonesia

22 April - Sempena sambutan Hari Bumi yang disambut pada 22 April, satu program penanaman pokok telah dilaksanakan di kawasan embung Desa Habeahan, Kecamatan Lintong Nihuta, Kabupaten Humbang Hasundutan. Program ini merupakan manifestasi komitmen bersama dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar serta memperkukuh ketahanan ekologi di peringkat desa.

Aktiviti ini menjadi simbol kolaborasi pelbagai pihak yang melibatkan kerajaan daerah, ahli akademik, rakan antarabangsa serta komuniti setempat. Bupati Humbang Hasundutan yang diwakili oleh Staf Ahli Bupati, Bapak Parman L. Gaol, turut hadir bersama wakil BPBD dan jabatan berkaitan, Camat Lintong Nihuta Bapak Ronald Nababan, Ketua Desa Habeahan Bapak Rusman Sihombing, barisan kepimpinan desa, tokoh masyarakat, tokoh agama serta penduduk setempat.

Dari sudut akademik, program ini diketuai oleh Prof. Rahmawaty dari Universitas Sumatera Utara bersama rakan antarabangsa, iaitu Prof. Dr. Mohd. Hasmadi Ismail dari Universiti Putra Malaysia dan Assoc. Prof. Dr. Seca Gandaseca dari Universiti Teknologi MARA. Kerjasama akademik merentas negara ini dilihat sebagai elemen penting dalam memperkukuh sinergi pembangunan desa berteraskan kelestarian alam sekitar.

Penanaman pokok dijalankan di sekitar kawasan embung desa yang mempunyai potensi strategik sebagai kawasan konservasi air, ruang hijau awam serta pusat pembangunan aktiviti sosial dan ekonomi komuniti. Selain meningkatkan litupan vegetasi dan kualiti persekitaran, program ini juga berperanan sebagai medium pendidikan dalam membina kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem desa.

Prof. Rahmawaty menyatakan bahawa sambutan Hari Bumi perlu dijadikan momentum kolektif untuk mengukuhkan hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitar. Beliau menegaskan bahawa ketahanan desa bukan sahaja bergantung kepada faktor ekonomi, tetapi juga keupayaan masyarakat dalam mengurus sumber semula jadi secara lestari.

Seiring dengan pandangan tersebut, Prof. Hasmadi Ismail menekankan kepentingan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan sistem pengurusan alam sekitar yang adaptif dan berorientasikan jangka panjang. Sementara itu, Prof. Seca Gandaseca menegaskan bahawa pemulihan kawasan hijau di sekitar sumber air seperti embung memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti alam sekitar serta kelangsungan kehidupan komuniti desa.

Melalui program ini, Desa Habeahan diharapkan dapat menjadi model desa yang berjaya mengintegrasikan pemeliharaan alam sekitar dengan pembangunan komuniti secara mampan. Semangat Hari Bumi yang diketengahkan dalam inisiatif ini menjadi peringatan bahawa usaha memelihara bumi bermula daripada tindakan kecil di peringkat lokal, melalui kolaborasi, tindakan nyata dan kesedaran bersama terhadap kepentingan alam sekitar.

22 April - Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia (UPM) and Universitas Sumatra Utara (USU) Stre...
24/04/2026

22 April - Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia (UPM) and Universitas Sumatra Utara (USU) Strengthen International Collaboration Through Community Development FGD in Habeahan Village.

As part of the International Community Development Program supported by the Program Equity grant funded by LPDP, Republic of Indonesia, Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd. Hasmadi Ismail from Universiti Putra Malaysia participated as a keynote resource person in an international Focus Group Discussion (FGD) held in Desa Habeahan, Lintong Nihuta District, Humbang Hasundutan Regency, North Sumatra, Indonesia.

The program was organized through a collaborative partnership between Universitas Sumatera Utara, Universiti Putra Malaysia, and Universiti Teknologi MARA, focusing on strengthening institutional capacity and promoting environmental sustainability towards the development of independent and productive rural communities.

The community development initiative was led by Prof. Rahmawaty, S.Hut., M.Si., Ph.D. as the head of the community engagement team from Universitas Sumatera Utara. The team members included Prof. Dr. Ir. Abdul Rauf, MP; Dr. Ir. Bejo Slamet, S.Hut., M.Si., IPM; Ir. Yusak Maryunianta, MP; and Nur Ulina Warnisyah Sebayang, M.Agr. The program also involved students and alumni from the Agribusiness Study Program, Faculty of Agriculture, Universitas Sumatera Utara, as part of the university’s commitment to community-based academic engagement and sustainable rural development.

During his presentation session, Prof. Mohd. Hasmadi Ismail shared a series of community development experiences and sustainable environmental management initiatives implemented in Malaysia. His presentation highlighted the importance of integrating academic expertise, local community participation, and institutional collaboration to achieve long-term, sustainable rural development.

Prof. Hasmadi explained several approaches adopted in Malaysian rural development programs, particularly in environmental conservation, community empowerment, sustainable agriculture, and participatory land management. He emphasised that successful community development requires continuous engagement between universities, local authorities, and rural communities to ensure that development programs remain inclusive, adaptive, and sustainable.

Drawing on his experiences in Malaysia, Prof. Hasmadi also discussed how local resources and community strengths can be transformed into sustainable economic opportunities through innovation, capacity-building, and environmentally responsible practices. He encouraged the local community of Desa Habeahan to maximize their existing natural resources and agricultural potential while maintaining ecological balance and environmental resilience.

According to Prof. Hasmadi, villages such as Desa Habeahan possess strong potential to become models of sustainable rural transformation if supported by collaborative partnerships, strategic planning, and community-driven development initiatives.

“The sustainability of rural development depends not only on infrastructure and economic growth, but also on the strength of community participation, environmental awareness, and institutional collaboration,” stated Prof. Hasmadi during the discussion session.

The sharing session attracted active participation from local government representatives, village leaders, community members, academics, and students. Participants discussed adapting successful Malaysian community development practices to the local context of Desa Habeahan.

This international academic engagement demonstrates UPM’s ongoing commitment to global collaboration, knowledge sharing, and sustainable community empowerment initiatives across borders. The program also strengthened regional academic partnerships between Malaysia and Indonesia to address rural development challenges through interdisciplinary, community-oriented approaches.

Through such collaborations, international knowledge exchange is expected to contribute significantly to advancing sustainable village development and to improving the socio-economic resilience of rural communities in both countries.

TAKLIMAT DAN AWARENESS QMS MS ISO 9001:2015 PERKASA PEMAHAMAN STAF FHAS17 April 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekit...
18/04/2026

TAKLIMAT DAN AWARENESS QMS MS ISO 9001:2015 PERKASA PEMAHAMAN STAF FHAS

17 April 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS) telah menganjurkan Taklimat dan Awareness Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Kuliah Hutan (DKH).

Program yang diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mat Razi Abdullah. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran dalam kalangan staf mengenai keperluan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan standard MS ISO 9001:2015.

Program ini mendapat penyertaan daripada pelbagai lapisan staf FHAS, khususnya staf baharu, staf yang baru berpindah ke fakulti serta Juruaudit Dalaman. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan dengan konsep asas QMS, kepentingan pematuhan kepada prosedur kerja serta peranan setiap individu dalam memastikan sistem kualiti dilaksanakan secara berkesan.

Penganjuran program ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti dan memastikan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan serta penyampaian perkhidmatan di FHAS.

Diharapkan melalui taklimat ini, semua staf dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam tugasan harian sekali gus menyokong usaha fakulti ke arah kecemerlangan organisasi.

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 14 APRIL 20261. Mana Hutan Kami The Forest Reckoning - New Sarawak Tribune (Dr....
15/04/2026

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 14 APRIL 2026

1. Mana Hutan Kami The Forest Reckoning - New Sarawak Tribune (Dr. Waseem Razzaq Khan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar)

LAWATAN SUSULAN PENILAIAN KESELAMATAN DAN KUALITI BANGUNAN FHASSerdang, 13 April 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Seki...
13/04/2026

LAWATAN SUSULAN PENILAIAN KESELAMATAN DAN KUALITI BANGUNAN FHAS

Serdang, 13 April 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar telah menerima lawatan susulan daripada YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia.

Sesi lawatan susulan ini adalah untuk menilai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan hasil daripada Lawatan Penilaian Keselamatan dan Kualiti Bangunan telah diadakan di Kompleks A dan Kompleks B, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia pada 20 September 2025 yang lepas.

Lawatan ini bertujuan meneliti status tindakan pembaikan yang telah dilaksanakan serta memastikan isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kebolehaksesan yang dikenal pasti sebelum ini telah diambil tindakan sewajarnya. Antara fokus utama lawatan adalah kerja-kerja pembersihan kulat di beberapa lokasi, pembaikan kemudahan makmal, penyelenggaraan kawasan koridor, serta penambahbaikan laluan akses termasuk pemasangan penanda keselamatan di kawasan berisiko bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna berada pada keadaan memuaskan.

Secara keseluruhannya, sebahagian besar kerja-kerja penyelenggaraan telah dilaksanakan, manakala beberapa tindakan susulan masih dalam perancangan dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa, serta sokongan beliau dalam memastikan persekitaran pembelajaran dan kerja yang selamat, kondusif dan inklusif kepada semua pelajar serta warga FHAS.

Lawatan susulan ini diharapkan dapat memastikan penambahbaikan yang dilaksanakan adalah berkesan serta memenuhi keperluan keselamatan dan kualiti bangunan di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

Looking forward to World Wood Day 2026 @ UPM 🌿🌏Join us on 21 May 2026 for engaging activities including webinars, worksh...
13/04/2026

Looking forward to World Wood Day 2026 @ UPM 🌿🌏
Join us on 21 May 2026 for engaging activities including webinars, workshops, and exhibitions on wood, innovation, and sustainability. See you there!

🌿 HARI KAYU SEDUNIA 2026 @ UPM | WORLD WOOD DAY 2026 @ UPM 🌿

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia dengan sukacitanya menjemput semua pelajar, staf, pihak industri, serta orang awam untuk bersama-sama menyertai:

🌏 Hari Kayu Sedunia 2026
Tema: Sustainable Wood, Circular Future

📅 21 Mei 2026 (Khamis)
📍 Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM

Sambutan ini bertujuan untuk mengetengahkan peranan penting kayu dalam aspek kelestarian, inovasi, dan pembangunan bahan berasaskan sumber semula jadi.

✨ Aktiviti menarik yang disediakan:
• Webinar Antarabangsa (daripada agensi kerajaan, industri kayu dan universiti)
• Bengkel DIY Produk Kayu
• Bengkel Kompos/mulch
• Pameran Produk & Inovasi Berasaskan Kayu

Penyertaan pempamer dibuka kepada syarikat, agensi dan usahawan industri kayu—satu platform untuk mempamerkan produk, inovasi dan teknologi terkini kepada komuniti akademik dan industri.

Marilah kita bersama-sama meneroka bagaimana bahan berasaskan kayu dapat menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari dan berkonsepkan kitaran. 🌱

📣 Terbuka kepada semua. Jangan lepaskan peluang ini!

📲 Ikuti Jabatan Industri Kayu & Gentian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia untuk maklumat lanjut.



Assalamualaikum and greetings,

Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia warmly invites all students, staff, industry partners, and the public to join us in celebrating:

🌏 World Wood Day 2026
Theme: Sustainable Wood, Circular Future

📅 21 May 2026 (Thursday)
📍 Complex A, Faculty of Forestry and Environment, UPM

This celebration highlights the vital role of wood in sustainability, innovation, and circular material development.

✨ Exciting activities lined up:
• International Webinar (from government agencies, wood industries, and universities)
• DIY Wood Products Workshop
• Compost/mulch Workshop
• Exhibition of Wood-Based Products & Innovations

Exhibitor participation is open to companies, agencies, and entrepreneurs in the wood industry—providing a platform to showcase the latest products, innovations, and technologies to the academic and industry community.

Let’s come together to explore how wood-based materials contribute to a more sustainable and circular future. 🌱

📣 Open to all. Don’t miss it!

📲 Follow Jabatan Industri Kayu & Gentian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM, Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia for more updates.








Address

Faculty Of Forestry And Environment, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Telephone

60389466764

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Forestry and Environment, Universiti Putra Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share