Institute of Tropical Agriculture & Food Security - ITAFoS, UPM

Institute of Tropical Agriculture & Food Security - ITAFoS, UPM Main agricultural research organization at the Universiti Putra Malaysia (UPM) focusing on the strategic basic and applied research and training of postgra

The Institute of Tropical Agriculture & Food Security (ITAFoS) is the main agricultural research organization at the Universiti Putra Malaysia (UPM) focusing on the strategic basic and applied research and training of postgraduate students. It consists of three Laboratories in the fields of Plantation Crops, Food Crops and Animal Production. The Heads and Associate Members of these Laboratories ar

e academic professionals with specific research expertise appointed from individual Departments of the Faculties of Agriculture, Biotechnology and Biomolecular Sciences, Engineering, and Veterinary Medicine at UPM. In addition, ITAFoS employs nationally and internationally contracted Research Fellows with specific scientific expertise required by the Laboratories. The Institute also welcomes Malaysian and International agriculture-based industry/agency partners to collaborate in research projects and, together, contribute to the excellence of the international tropical agriculture research and to building a strong Malaysian Agriculture of the future. The Institute of Tropical Agriculture & Food Security especially welcomes the potential postgraduate students from around the world wishing to pursue a Master’s or PhD degree in agriculture. The Institute’s new research laboratory and office facilities, interdisciplinary scientific knowledge, cutting-edge technologies, and international scientific expertise are available to aid research programs of all our students. "WITH KNOWLEDGE WE SERVE"

Prof. Dr. Mohd. Rafii Yusop
Director
Institute of Tropical Agriculture & Food Security

Syawal adalah waktu untuk pulang, bukan sekadar ke kampung halaman, tetapi pulang ke fitrah insan.Gema takbir memecah su...
20/03/2026

Syawal adalah waktu untuk pulang, bukan sekadar ke kampung halaman, tetapi pulang ke fitrah insan.

Gema takbir memecah sunyi, tanda kemenangan jiwa yang murni. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

18/03/2026
17/03/2026
📷📷📷Photoshoot Raya Warga ITAFoSSekitar photoshoot Hari Raya warga ITAFoS bagi meraikan kedatangan Syawal yang penuh berm...
13/03/2026

📷📷📷
Photoshoot Raya Warga ITAFoS

Sekitar photoshoot Hari Raya warga ITAFoS bagi meraikan kedatangan Syawal yang penuh bermakna. Detik ini bukan sekadar rakaman gambar tetapi juga kenangan kebersamaan yang mencerminkan semangat silaturrahim dan kekeluargaan dalam kalangan warga ITAFoS. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kesejahteraan kepada semua.

Bunga Melati indah berseri🌺,
Harum mewangi di pagi hari,
Syawal🌃 diraikan penuh harmoni,
Photoshoot raya kenangan abadi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
⭐️🌙

SERDANG, 11 Mac 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi ITAFoS (KKDR) telah menganjurkan Program Bubur Lambuk dan Iftar Rama...
12/03/2026

SERDANG, 11 Mac 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi ITAFoS (KKDR) telah menganjurkan Program Bubur Lambuk dan Iftar Ramadan 1447H dengan jayanya pada 11 Mac 2026, yang menghimpunkan kakitangan, pembantu penyelidik serta ahli keluarga mereka bagi meraikan kebersamaan dan kemeriahan komuniti di ITAFoS.

Program dimulakan dengan sesi memasak bubur lambuk secara gotong-royong, di mana para peserta bersama-sama menyediakan bahan dan terlibat dalam proses memasak. Bubur lambuk yang telah siap kemudian diagihkan kepada kakitangan dan pelajar ITAFoS sebagai tanda penghargaan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga institut.

Pada sebelah petang, para peserta berkumpul di Surau Fakulti Pertanian, UPM untuk mendengar tazkirah ringkas dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat, para hadirin bergerak ke Kafeteria Fakulti Pertanian untuk menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana mesra dan harmoni yang mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, cabutan bertuah, serta pertunjukan bunga api yang menambahkan lagi kegembiraan dan kemeriahan pada malam tersebut.

Program ini mencerminkan komitmen warga ITAFoS dalam memupuk semangat kebersamaan serta menghayati nilai-nilai murni sepanjang bulan Ramadan.

Semoga keberkatan Malam Nuzul Al-Quran menyinari kehidupan kita semua.Marilah kita memperbanyakkan membaca, memahami dan...
06/03/2026

Semoga keberkatan Malam Nuzul Al-Quran menyinari kehidupan kita semua.
Marilah kita memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.
Selamat memperingati Nuzul Al-Quran. 🌙✨

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua seluruh muslimin muslimat.  Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mul...
19/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua seluruh muslimin muslimat. Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

Happy Chinese New Year 2026Wishing you abundant blessings, endless joy, and great success in the year ahead.
17/02/2026

Happy Chinese New Year 2026

Wishing you abundant blessings, endless joy, and great success in the year ahead.

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR) ITAFoS tel...
11/02/2026

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR) ITAFoS telah menganjurkan Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (ITAFoS) Tahun 2026 pada 6 - 8 Februari 2026 bertempat di Rock Garden Camping Resort, Gopeng, Perak.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan ITAFoS dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan warga institut. Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen lasak, rekreasi, santai dan ilmiah bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan fizikal, mental dan emosi.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti telematch dan white water rafting yang dirangka khusus untuk menguji kerjasama, strategi serta komunikasi berkesan dalam kumpulan. Selain itu, slot motivasi dan sesi barbeque yang diadakan pada sebelah malam secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana santai.

Secara keseluruhannya, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (ITAFoS) 2026 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat memberi impak positif terhadap budaya kerja serta mempertingkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga ITAFoS pada masa akan datang.

"Serumpun Sehati, Langkah Bersama"

Majlis Bacaan Yasin dan TahlilSERDANG, 16 Januari 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR), Institut Pertanian Tropika...
20/01/2026

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

SERDANG, 16 Januari 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi mendoakan Allahyarham ayahanda kepada Puan Noor Izura Ibrahim.

Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Surau Fakulti Pertanian ini telah disertai oleh ahli-ahli KKDR serta warga ITAFoS yang beragama Islam. Program dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti dengan tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Afham selaku wakil yang dilantik.

Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan serta semangat kebersamaan warga ITAFoS dalam menyantuni ahli yang ditimpa musibah. Inisiatif seumpama ini juga selaras dengan usaha KKDR dalam memperkukuh nilai kebajikan, silaturahim dan keharmonian dalam kalangan warga kerja institusi.

Majlis ini turut diserikan dengan sumbangan prihatin, hasil daripada kutipan derma ikhlas warga ITAFoS, yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah ITAFoS, Prof Dr. Hasliza Abu Hassim kepada Puan Izura sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan.

KKDR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini.

Selamat memperingati Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW.Semoga peristiwa ini menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti ib...
15/01/2026

Selamat memperingati Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Semoga peristiwa ini menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti ibadah, akhlak dan ketakwaan dalam kehidupan seharian.

Address

Institute Of Tropical Agriculture & Food Security, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG,SELANGOR,MALAYSIA

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Tropical Agriculture & Food Security - ITAFoS, UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institute of Tropical Agriculture & Food Security - ITAFoS, UPM:

Share