The Center For Instructor And Advanced Skill Training (CIAST)

The Center For Instructor And Advanced Skill Training (CIAST) CIAST adalah dari singkatan "Centre for Instructor and Advanced Skill Training" ( Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan ).

Cadangan penubuhan CIAST tercetus pada tahun 1979 oleh Kerajaan Malaysia. Turutan daripada hasil kajian penubuhannya, pembangunan CIAST telah berjaya disempurnakan pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN. Projek ini diselia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Kerajaan Jepun menerusi JICA sehingga 1991. CIAST beropera

si sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula 1991 sehingga Jun 2007 sebelum diserahkan pengurusannya dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian yang sama pada 1 Jun 2007. Tujuan pengalihan pengurusan ini adalah untuk mengembangkan lagi fungsi CIAST sediada dan memberi peluang untuk menerokai peluang-peluang baru dalam meningkatkan latihan kemahiran. CIAST menawarkan kursus latihan pengajar, latihan penyelia, latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar kemahiran, penyelia dan coach industri serta pekerja mahir industri dari sektor awam dan swasta sehingga ke tahap antarabangsa. Latihan yang dijalankan di CIAST dikendalikan oleh pengajar berpengalaman dalam pelbagai bidang kemahiran.

Address

CIAST, Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan Peti Surat 7012 Jalan Petani 19/1 Seksyen 19
Shah Alam
40900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Center For Instructor And Advanced Skill Training (CIAST) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share