11/05/2026
9 Mei 2026 | Kursus PSH Asas Powtoon: Cipta video animasi dengan mudah
Seramai 20 orang peserta daripada pelbagai peringkat usia dari 14 tahun hingga 69 tahun, telah menyertai Kursus Asas Powtoon anjuran Kolej Komuniti Shah Alam. Kursus selama 5 jam ini dikendalikan oleh Puan Enarneynaney Ibrahim dan Puan Mornizawati Abdullah dengan penuh interaktif dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ini, peserta didedahkan kepada teknik asas menghasilkan video animasi menggunakan platform Powtoon bagi tujuan pendidikan, perniagaan dan kandungan kreatif. Menariknya, penyertaan daripada pelbagai generasi membuktikan bahawa teknologi digital mampu dipelajari oleh semua tanpa mengira usia.
Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen dan semangat sepanjang kursus berlangsung.
Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kreativiti serta menghasilkan persembahan digital yang lebih menarik dan profesional pada masa akan datang.