Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam

Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam THIS IS AN OFFICIAL FSG PAGE. FSG (Fakulti Sains Gunaan) is the 4th Biggest Faculty with four (4) S The Faculty of Applied Sciences was established in 1967.

It started as the School of Applied Sciences at Institute Technology MARA’s (ITM) Jalan Othman campus in Petaling Jaya. In 1974 the School of Applied Sciences moved to Shah Alam where the Faculty of Applied Sciences was established in 1977 when ITM was upgraded to university status. The first programme offered in 1967 was Diploma in Planting Industry Management. Over the years the faculty has evo

lved into offering many programmes from pre-degree level to post-graduate level as a result of which new faculties such as the Faculty of Chemical Engineering, Faculty of Health Sciences and Faculty of Plantation and Agrotechnology were set-up. Currently the faculty offers 25 programmes. In future more programmes at post-graduate level will be offered by the faculty.

Artikel “Krisis Senyap Bekalan Darah Negara” oleh En. Fairus Muhamad Darus dan En. Ahmad Azani Othman (Fakulti Farmasi) ...
14/05/2026

Artikel “Krisis Senyap Bekalan Darah Negara” oleh En. Fairus Muhamad Darus dan En. Ahmad Azani Othman (Fakulti Farmasi) yang diterbitkan oleh BERNAMA pada 13 Mei 2026 membincangkan cabaran kestabilan bekalan darah negara yang semakin kritikal apabila permintaan terhadap darah terus meningkat saban tahun. Artikel ini menjelaskan bahawa bekalan darah negara masih banyak bergantung kepada pendermaan sukarela masyarakat, manakala peningkatan populasi warga emas, perubahan demografi serta kekurangan penderma aktif berpotensi memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara.

Selain itu, artikel turut mengetengahkan isu budaya pendermaan darah yang masih belum konsisten dalam kalangan masyarakat walaupun tahap kesedaran mengenai kepentingannya adalah tinggi. Faktor psikologi, kekurangan keyakinan terhadap prosedur pendermaan serta kebergantungan kepada kumpulan kecil penderma tetap juga dikenal pasti sebagai cabaran utama. Penulisan ini turut menekankan peranan generasi muda, institusi pendidikan dan penggunaan media sosial sebagai medium penting dalam membudayakan amalan derma darah secara berterusan demi menjamin kelangsungan bekalan darah negara pada masa hadapan.

Baca artikel penuh di: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2555996

PR Value: RM8,999



Universiti Teknologi MARA in collaboration with Universitas Sumatera Utara participated in an international Focus Group ...
10/05/2026

Universiti Teknologi MARA in collaboration with Universitas Sumatera Utara participated in an international Focus Group Discussion (FGD) held in Desa Habeahan, Lintong Nihuta District, North Sumatra, Indonesia under the International Community Development Program funded by the EQUITY LPDP 2025–2026 grant scheme. The program brought together academics, government representatives, local authorities, and community leaders to discuss sustainable rural development focusing on institutional strengthening, environmental resilience, and community-based economic empowerment. The collaboration was led by Prof. Rahmawaty and the USU community engagement team, while UiTM was represented by Assoc. Prof. Dr. Seca Gandaseca as part of the international academic collaboration initiative on sustainable village development.

The discussion highlighted several development priorities, including the revitalization of the village embung (water reservoir) to support aquaculture, tourism, and recreational activities, as well as sustainable agricultural initiatives involving honey oranges and horticultural crops. Participants also proposed the production of organic fertilizers and independent fish feed using locally available resources to reduce dependency on costly chemical products and strengthen village-based economic resilience. Environmental awareness and ecological responsibility were emphasized as key elements in ensuring sustainable rural transformation, with Desa Habeahan viewed as having strong potential to become a model for integrated and community-driven sustainable development.



Artikel “Udara Semakin Panas, Nafas Semakin Berat” oleh Dr. Suraya Ahmad Kamil dan Dr. Nurul Latiffah Abd Rani yang dite...
07/05/2026

Artikel “Udara Semakin Panas, Nafas Semakin Berat” oleh Dr. Suraya Ahmad Kamil dan Dr. Nurul Latiffah Abd Rani yang diterbitkan oleh BERNAMA pada 6 Mei 2026 membincangkan isu peningkatan suhu persekitaran dan pencemaran udara yang semakin memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar. Artikel ini menjelaskan bagaimana fenomena jerebu, zarah halus PM2.5, perubahan iklim dan pulau haba bandar menyumbang kepada keadaan cuaca yang lebih panas dan udara yang semakin tercemar.

Selain itu, artikel turut mengetengahkan risiko kesihatan seperti penyakit pernafasan, dehidrasi dan strok haba, khususnya kepada golongan rentan dan pekerja luar. Penulisan ini juga menekankan kepentingan pemahaman sains atmosfera sebagai panduan dalam merangka tindakan yang lebih berkesan melalui penguatkuasaan dasar, perancangan bandar lestari serta peningkatan kesedaran masyarakat demi menjamin kualiti hidup generasi akan datang.

Baca artikel penuh di: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2553421

PR Value: RM8,999



Artikel “Benarkah biodiesel mampu gantikan penggunaan diesel?” oleh Dr. Nazrizawati Ahmad Tajuddin dan Encik Fairus Muha...
04/05/2026

Artikel “Benarkah biodiesel mampu gantikan penggunaan diesel?” oleh Dr. Nazrizawati Ahmad Tajuddin dan Encik Fairus Muhamad Darus yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 4 Mei 2026 membincangkan potensi biodiesel sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia berikutan ketersediaan minyak sawit. Namun, biodiesel masih belum mampu menggantikan diesel sepenuhnya dalam masa terdekat dan lebih sesuai sebagai bahan api pelengkap ke arah tenaga lebih lestari. Artikel ini turut mengetengahkan cabaran utama seperti kos pengeluaran, kecekapan teknologi, isu teknikal enjin serta keperluan sumber bahan mentah yang mampan. Secara keseluruhan, kejayaan pelaksanaan biodiesel bergantung kepada sokongan dasar kerajaan, inovasi teknologi dan pengurusan sumber yang berkesan.

PR Value: RM11,857.00



Menerusi artikel bertajuk “Psikososial di Tempat Kerja: Sihat atau Sekadar Bertahan?” yang diterbitkan dalam ruangan Pen...
04/05/2026

Menerusi artikel bertajuk “Psikososial di Tempat Kerja: Sihat atau Sekadar Bertahan?” yang diterbitkan dalam ruangan Pena Wanita, Tinta Minda BERNAMA pada 30 April 2026, Ts. Dr. Ismaniza Ismail mengupas kepentingan kesihatan psikososial dalam persekitaran kerja masa kini. Penulisan ini menyoroti perubahan landskap keselamatan pekerjaan yang tidak lagi terhad kepada risiko fizikal semata-mata, tetapi turut merangkumi cabaran psikososial seperti tekanan kerja, keletihan, buli serta beban tugas berlebihan yang memberi impak signifikan terhadap kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi.

Di Malaysia, isu seperti "burnout" dan tekanan mental semakin membimbangkan, dipengaruhi oleh faktor seperti pendigitalan, amalan kerja dari rumah serta budaya kerja berprestasi tinggi. Walau bagaimanapun, pengurusan risiko psikososial masih menjadi cabaran berikutan kesukarannya untuk diukur dan ketiadaan integrasi menyeluruh dalam sistem keselamatan sedia ada. Sehubungan itu, artikel ini menegaskan keperluan kepada anjakan paradigma daripada pendekatan pematuhan kepada pembentukan budaya kerja yang sihat dan lestari, dengan penekanan terhadap peranan kepimpinan, penglibatan pekerja serta pengukuhan dasar. Kesimpulannya, persekitaran kerja yang benar-benar selamat adalah yang mampu menjamin kesejahteraan fizikal dan mental pekerja secara holistik.

Nilai PR: RM8,999



Menerusi artikel “Kuasa kita, planet kita: Tindakan kecil, impak besar” (Portal Berita RTM, 22 April 2026) hasil penulis...
30/04/2026

Menerusi artikel “Kuasa kita, planet kita: Tindakan kecil, impak besar” (Portal Berita RTM, 22 April 2026) hasil penulisan Ts. Dr. Ismaniza Ismail dan Prof Madya Dr. Yong Soon Kong, penulis menegaskan dengan nyata bahawa krisis iklim bukan lagi ancaman masa hadapan, tetapi realiti yang sedang menggugat kesejahteraan negara melalui fenomena cuaca ekstrem, banjir kilat, dan gangguan hasil pertanian. Artikel ini juga menekankan bahawa peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui bukan sekadar pilihan kelestarian, tetapi merupakan pelaburan strategik yang mampu menjamin masa depan ekonomi melalui penjanaan lebih 46,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2035.

Di samping itu, penulis menonjolkan bahawa tindakan kecil setiap individu daripada penggunaan peralatan cekap tenaga sehingga pemilihan pengangkutan awam mempunyai impak luar biasa yang mampu menyaingi projek tenaga berskala besar jika dilakukan secara kolektif. Penulis juga menyeru agar seluruh lapisan masyarakat mengasimilasi kebenaran bahawa kuasa untuk mengubah planet ini sentiasa berada di tangan kita dan tindakan segera adalah kunci utama bagi mengehadkan pemanasan global.

Baca artikel penuh di: https://berita.rtm.gov.my/fokus/perspektif/senarai-berita-fokus/perspektif/senarai-artikel/kuasa-kita-planet-kita-tindakan-kecil-impak-besar/

PR value: RM 3,600



The Faculty of Applied Sciences, Universiti Teknologi MARA (UiTM) proudly celebrates the appointment of Associate Profes...
28/04/2026

The Faculty of Applied Sciences, Universiti Teknologi MARA (UiTM) proudly celebrates the appointment of Associate Professor ChM. Dr. Noor Hidayah Pungot as Adjunct Professor at Universitas Brawijaya, Indonesia. This distinguished appointment marks an important international recognition of FSG UiTM’s academic strength, research excellence, and growing presence within the ASEAN scientific community.

Assoc. Prof. ChM. Dr. Noor Hidayah Pungot brings strong and impactful expertise in synthetic organic chemistry, particularly through her research on synthetic studies towards pachydermin involving oxalylated tetramic acid intermediates and C5-functionalized analogues. Her expertise will contribute meaningfully to advancing knowledge in organic synthesis and strengthening research-driven academic collaboration.

Effective for Batch 2/2026, this collaboration is supported by a research and academic engagement grant valued at IDR 60 million. This achievement reinforces the strategic partnership between UiTM and Universitas Brawijaya, while further positioning FSG UiTM as a regional hub for scientific excellence, impactful research, and international academic engagement.

Congratulations to Assoc. Prof. ChM. Dr. Noor Hidayah Pungot on this well-deserved international recognition.








Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM telah menghasilkan produk pengkomersialan iaitu CURALLÉ by ...
24/04/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Gunaan (FSG), UiTM telah menghasilkan produk pengkomersialan iaitu CURALLÉ by DRFI, hasil penyelidikan pensyarah FSG, Ts. Dr. Muhamad Fareez Ismail.

CURALLÉ merupakan krim berasaskan advanced postbiotic yang diformulasi secara saintifik bagi membantu penjagaan kulit kering, gatal dan sensitif, serta sebagai alternatif tanpa penggunaan steroid.

Keistimewaan produk:
• Pendekatan mikrobiom untuk mengimbangi bakteria baik pada kulit
• Menyokong benteng pertahanan kulit
• Mengandungi postbiotik, colloidal oatmeal dan ceramide
• 100% bebas steroid dan wangian
• Selamat digunakan (LAB tested) serta berdaftar dengan KKM

Keberkesanan:
• Membantu memperbaiki tekstur kulit dalam tempoh 3–7 hari
• Mengurangkan kerengsaan dan menjadikan kulit lebih licin

Produk ini ditawarkan dalam saiz 50g dan 100g.

Sehubungan itu, warga UiTM dijemput untuk mengenali dan menyokong produk inovasi hasil penyelidikan fakulti.

Sebarang pertanyaan berkenaan produk boleh hubungi Ts. Dr. Muhamad Fareez Ismail di talian +6019-6024632 atau emel [email protected].



Heartiest congratulations to Assoc Prof. Dr. Anida Yusoff, Principal Investigator, together with team members Dr. So’bah...
21/04/2026

Heartiest congratulations to Assoc Prof. Dr. Anida Yusoff, Principal Investigator, together with team members Dr. So’bah Ahmad and Dr. Seow Eng Keng, on the successful achievement of securing the MIGHT (Malaysian Industry–Government Group for High Technology) 3.0 Grand Challenge Grant under the Bilateral Cooperation Support Program, amounting to RM518,662.50.

This outstanding accomplishment brings pride to the Faculty of Applied Sciences UiTM and Universiti Teknologi MARA, reflecting excellence in impactful research and strong international–industry collaboration with Eskişehir Osmangazi University, Eti Food Industry and Trade Co. Inc., and Phywon System Ingredient Sdn. Bhd.

The project entitled “Green Plasma-Driven Glycation of Seaweed Proteins for Sustainable & Novel Food Ingredient Innovation” demonstrates a forward-thinking approach towards sustainable solutions and the advancement of future food technology and security.

May this success continue to inspire impactful research, strengthen global partnerships, and drive excellence in scientific innovation.



Faculty of Applied Sciences, Universiti Teknologi MARA (UiTM) congratulates Mr. Fairus Muhamad Darus for his insightful ...
20/04/2026

Faculty of Applied Sciences, Universiti Teknologi MARA (UiTM) congratulates Mr. Fairus Muhamad Darus for his insightful article in BERNAMA, “When Carbon Becomes A Cost For Malaysian Exporters” (17 April 2026).

The article highlights the emerging reality that carbon is no longer just an environmental externality but a measurable business cost, particularly with the implementation of the European Union's Carbon Border Adjustment Mechanism (CBAM). It emphasizes the critical challenges Malaysian exporters, especially SMEs, face regarding carbon measurement, reporting, and competitiveness in a carbon-constrained global economy. It calls for urgent national action to develop robust verification systems and accelerate the energy transition to ensure Malaysian products remain competitive in international markets.

Link: https://www.bernama.com/en/thoughts/news.php?id=2545504

PR value: RM8999



Pemakluman18 April 2026 | SabtuPejabat Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan telah memen...
20/04/2026

Pemakluman

18 April 2026 | Sabtu

Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan telah memenuhi undangan ke Majlis Raya Komuniti Banghuris Homestay, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dalam usaha memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti setempat. Delegasi PJIA telah diwakili oleh Dr. Mohd Taufiq Mat Jalil selaku Koordinator ICAN FSG.

Dalam majlis tersebut, Dr. Taufiq mewakili pihak Unit Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJIA) Fakulti Sains Gunaan, mengadakan sesi perbincangan bersama Wak Basir Wagiman, Pengasas Banghuris Homestay; En. Aziz Basir, Penyelia Banghuris Homestay; serta En. Faid Hamzah, Ketua Kampung Hulu Chuchoh. Perbincangan ini memfokuskan kepada pelaksanaan Projek Komuniti & SULAM Fakulti Sains Gunaan melalui program “COMMUNEITY4U: Pemerkasaan Komuniti Melalui Penanaman Cendawan Kukur (Schizophyllum commune)”.

Hasil daripada perbincangan yang berlangsung, pihak PJIA, Pengasas Banghuris Homestay serta Ketua Kampung Hulu Chuchoh telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan projek ini. Pihak Banghuris Homestay juga komited menyediakan tapak khas bagi pelaksanaan aktiviti penanaman cendawan kukur sebagai langkah awal merealisasikan inisiatif berimpak tinggi ini.



Address

Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355444568

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam:

Share