"This is official page of Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Student Representative Council" Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan berada di bawah lindungan Allah Swt. Buat pengetahuan semua, laman rasmi MPP PSA ini dibangunkan khusus bagi memperkasakan sistem komunikasi dan hebahan maklumat kepada umum dan warga PSA tentang aktiviti yang dijalankan di kampus. Diharapka
n agar laman rasmi MPP PSA ini dapat membuatkan warga PSA berasa lebih dekat dengan pimpinan kali ini agar ianya dapat menghasilkan hubungan yang erat antara warga PSA dan MPP PSA lalu menigkatkan lagi mutu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Segala bentuk maklumat berbentuk ilmiah dan berinovasi disediakan disini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat buat warga PSA dan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, seiring dengan motto kami " Hidup Berjasa ", kami Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa bersatu hati dan bersiap sedia menabur jasa, membantu serta melakukan apa sahaja demi menaikkan lagi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini kami, Majlis Perwakilan Pelajar, sentiasa mengalu-alukan sebarang idea dan cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kami terhadap warga PSA yang disayangi dan dikasihi sekalian. Sekian,
Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tahun 2021.