22/12/2025
*SHAH ALAM, 19 Disember 2025* - Kunjungan hormat dan libat urus antara *Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), UiTM* dan *Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)* telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat 2 bangunan Budisiswa UiTM. Delegasi *AKM* diketuai oleh En. Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Belia AKM, bersama En. Mohd Kamal bin Mohd Affandi, Ketua Seksyen Institusi Pengajian Bahagian Belia AKM dan Cik Ekafarlina binti Saparuddin, Penolong Pengarah Bahagian Belia AKM. Manakala di pihak *IKP UiTM* p**a diketuai oleh YBrs PM Dr. Alwi Mohd Yunus, Pengarah IKP, bersama Dr. Hajar Opir, Koordinator Kenegaraan, Dr. Mohamad Hisyam Ismail, Koordinator Kemahiran Insaniah, Encik Muhammad Khalid Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan dan Encik Muhammad Shah Ali, Pegawai Eksekutif Kanan. Turut serta adalah Encik Mohammad Faez Ne’man, *Pegawai Eksekutif, Unit Korporat dan Tugas-Tugas Khas*, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP)
Libat urus ini bertujuan membincangkan dan merangka kolaborasi strategik antara *IKP* dan *AKM* dalam pelaksanaan latihan kepimpinan dan kenegaraan bagi mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Antara cadangan utama yang dibincangkan ialah penganjuran Program Kenegaraan mengikut *zon* merangkumi 6 zon iaitu zon Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak yang akan dilaksanakan di premis AKM, dengan sasaran penyertaan seramai 800 orang mahasiswa dan mahasiswi UiTM.
Perbincangan turut menekankan kerjasama jangka panjang melibatkan pembangunan modul latihan, perkongsian kepakaran serta penyelarasan pelaksanaan program secara bersepadu dan berimpak tinggi. Kunjungan ini telah berlangsung dalam suasana mahabbah, mesra dan lancar serta mencapai kesepakatan awal ke arah pengukuhan hubungan strategik antara *IKP* dan *AKM* dalam usaha melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai jati diri, berdaya saing, berintegriti dan berwawasan serta tangkas.
# # # UiTMdiHatiku
# # IKPVisibiliti
PatriotismeKenegaraan