05/06/2026
๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐โ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฌ๐ข ๐
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ โ Fakulti Sains Maklumat (FSM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Persatuan Sahabat Inovasi Sosial (PerSIS) dan IEEE Control Systems Society (CSS) Malaysia Chapter telah berjaya menganjurkan Siri Syarahan Utama PERSISโIEEE CSS Malaysia 2026 (Sesi 2) bertemakan โInovasi dan Keusahawanan untuk Masa Depan yang Lestariโ. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Smart Class Room, Fakulti Sains Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana ini dilaksanakan secara hibrid dengan kehadiran warga FSM secara fizikal serta penyertaan peserta daripada pelbagai institusi dan komuniti secara dalam talian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua barisan panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Shamsul Aizam bin Zulkifli, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Dr. Mazlan bin Che Soh, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM; serta Dr. Aโdillah Mustafa, Fakulti Sains Maklumat, UiTM, atas perkongsian ilmu dan syarahan yang amat bermakna. Turut hadir menyerikan program, Prof Dr Nooritawati Md Tahir, FKE CSS/ PerSIS dan Assoc. Prof. Dr. Siti Noor Hajjar Md Latip, FPA, PerSIS
Terima kasih juga diucapkan kepada peserta secara fizikal dan dalam talian. Semoga perkongsian ilmu ini mendatangkan manfaat kepada semua.