27/06/2026
πππππππ πππππππ & πππππππ πππ
ππππππ ππππππππππ πππ πππππππ ππ πππ πππππππ πππππ
27 Jun 2026 (Sabtu) β Pihak Kolej Komuniti Nibong Tebal (KKNT) telah menyertai Promosi dan Pameran Informasi Pendidikan & Kerjaya bertempat di SMK Machang Bubuk, Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk menyebarluas maklumat pengajian serta peluang kerjaya berasaskan TVET khususnya POLYCC kepada para pelajar sekolah.
Kehadiran delegasi KKNT yang diwakili oleh barisan pegawai komited iaitu Puan Nurul Syifa binti Md Nasir, Puan Rozarina binti Ruslan, dan Puan Siti Salwa binti Mehat telah berjaya menarik minat ramai pelajar dan guru untuk singgah ke booth pameran kami. Melalui sesi santai dan interaktif ini, para pelajar diberikan pendedahan jelas mengenai kursus-kursus kemahiran bertaraf dunia yang ditawarkan di KKNT, kelebihan sijil POLYCC, serta laluan kerjaya masa depan yang luas dalam industri.
Pihak pengurusan KKNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan SMK Machang Bubuk atas ruang yang diberikan ini, serta ucapan syabas buat barisan petugas KKNT atas komitmen tinggi dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang hari ini. Semoga perkongsian informasi ini dapat membuka jalan serta memberi inspirasi kepada adik-adik untuk membina masa depan yang cemerlang bersama laluan TVET di POLYCC!