Konflik-Konflik Melayu Asia Tenggara - Group 9

Konflik-Konflik Melayu Asia Tenggara - Group 9 Konflik Orang Melayu yang menyerlahkan kekurangan kehidupan primitif dan penyertaan aktif masyarakat

NAMA : NUR AQILAH BINTI BADRUZZAMAN NO.MATRIK : 295723KESIMPULAN Kesimp**annya, Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di As...
28/06/2023

NAMA : NUR AQILAH BINTI BADRUZZAMAN
NO.MATRIK : 295723

KESIMPULAN

Kesimp**annya, Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di Asia Tenggara pada zaman dahulu tidak mengamalkan kehidupan yang primitif. Ini kerana seperti yang dinyatakan sejak dari dahulu, hasil pertanian dan sumber perdagangan di tanah dan negara kita sendiri merupakan salah satu sumber utama dan ianya meningkat melalui peredaran zaman. Seperti yang diketahui, Kehidupan primitif ialah satu cara kehidupan dimana tiada peningkatan atau peredaran dari cara hidup atau penggunaan hasil-hasil disesebuah tempat dalam satu-satu zaman. Ianya memberi maksud dan tanda dimana satu-satu budaya itu tidak memiliki sebarang tanda pembangunan dari segi ekonomi dan pembangunan yang utama. Contohnya dari segi perbahasan bertulis atau teknologi maju terhadap penduduk di kawasan terpencil.

Oleh itu, Tanah Melayu yang didiami oleh Kerajaan-kerajaan Melayu pada suatu ketika dahulu di Asia Tenggara, tidak wajar digambarkan mengamalkan kehidupan yang primitif atas bukti-bukti atau peristiwa- peristiwa yang menunjukkan adanya kemajuan dari segi penulisan dan cara penggunaan hasil-hasil sumber yang terdapat di Tanah Melayu pada ketika itu. Sehingga kini dapat kita lihat, negara di Asia Tenggara bukanlah antara-antara negara yang tidak mempunyai sebarang kemajuan dari pelbagai segi. Selain itu, boleh dikatakan, untuk mencapai sehingga tahap kini, peredaran dari segi kemajuan itu sendiri perlulah bermula dari zaman dahulu dan hasilnya akan dapat dilihat sekarang dan masa hadapan.

NAMA : AMMAR AMSYAR BIN SALEHUDDINNO.MATRIK : 296751NAMA : NUR AISHAH NATASHA BINTI MOHD NIZAMNO.MATRIK : 296721LANGKAH ...
27/06/2023

NAMA : AMMAR AMSYAR BIN SALEHUDDIN
NO.MATRIK : 296751

NAMA : NUR AISHAH NATASHA BINTI MOHD NIZAM
NO.MATRIK : 296721

LANGKAH BAGI MENGATASI KONFLIK MASYARAKAT MELAYU ASIA TENGGARA

1. Lokasi strategis: Kerajaan-kerajaan Melayu terletak di wilayah dengan akses maritim yang baik, seperti pesisir Semenanjung Malaya, Sumatra, Jawa, dan Kalimantan. Lokasi ini memberikan kesempatan bagi mereka untuk terlibat dalam perdagangan maritim yang menguntungkan dan menjadi pusat perdagangan di kawasan tersebut.

2. Pertanian dan ekonomi: Meskipun perdagangan maritim menjadi salah satu sumber utama pendapatan, pertanian juga tetap menjadi kegiatan penting. Orang Melayu mengembangkan pertanian padi, tanaman rempah-rempah, dan hasil bumi lainnya yang membantu dalam penyediaan makanan dan sumber daya ekonomi. Pertanian yang berkelanjutan memungkinkan mereka untuk mengembangkan kehidupan perkotaan dan kerajaan yang maju.

3. Sistem politik yang terorganisir: Kerajaan-kerajaan Melayu memiliki struktur politik yang terorganisir dengan baik, di mana mereka memiliki raja-raja dan keluarga kerajaan yang memerintah. Sistem ini mencakup administrasi, peradilan, dan hukum yang membantu dalam menjaga stabilitas dan tata kelola yang efektif.

4. Keterampilan maritim: Orang Melayu memiliki keahlian maritim yang sangat baik, termasuk navigasi, perikanan, dan kemahiran pelayaran. Hal ini memungkinkan mereka untuk menjelajahi lautan dan menjalin hubungan dagang dengan negara-negara tetangga, seperti India, China, dan Arab. Melalui perdagangan maritim, mereka mampu mengimpor dan mengekspor barang-barang yang berharga dan menciptakan kekayaan.

5. Budaya perdagangan yang inklusif: Kerajaan-kerajaan Melayu menerapkan kebijakan yang inklusif terhadap perdagangan dengan mengadopsi dan menyesuaikan budaya-budaya asing. Mereka menjadi pusat pertukaran budaya, agama, dan pengetahuan dari berbagai wilayah, yang membantu dalam memperkaya kehidupan mereka.

6. Pengaruh agama dan kebudayaan: Agama dan kebudayaan memainkan peran penting dalam kehidupan orang Melayu. Dengan masuknya agama Islam ke kawasan tersebut, mereka mengadopsi prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan sehari-hari, termasuk dalam sistem hukum dan tata nilai sosial. Agama dan kebudayaan ini memainkan peran dalam membentuk identitas dan organisasi sosial mereka.

NAMA : AMMAR AMSYAR BIN SALEHUDDINNO.MATRIK : 296751NAMA : NUR AISHAH NATASHA BINTI MOHD NIZAMNO.MATRIK : 296721FAKTOR -...
27/06/2023

NAMA : AMMAR AMSYAR BIN SALEHUDDIN
NO.MATRIK : 296751

NAMA : NUR AISHAH NATASHA BINTI MOHD NIZAM
NO.MATRIK : 296721

FAKTOR - FAKTOR KONFLIK MELAYU ASIA TENGGARA

Kerajaan melayu di Asia tenggara tidak menunjukkan bahawa orang melayu tidak mengamalkan hidup primitif serta aktiviti pertanian dan perdagangan.

1. Pertanian yang menjadi sektor penting dalam masyarakat melayu seperti bahan makanan rempah ratus dan buah buahan.

2. Masyarakat melayu aktif dalam aktiviti perdagangan, terumatanya perdagangan maritim.

3. Menggabungkan elemen pertanian dan perdagangan dengan kemajuan politik dan ekonomi untuk mencapai kestabilan dan kemakmuran dalam masyarakat melayu.

NAMA : NUR DINI SYAZWANI BINTI MOHAMAD TARMEZI (295672)               ALYA AMIRAH BINTI MOHD ALIAS (295678)             ...
26/06/2023

NAMA : NUR DINI SYAZWANI BINTI MOHAMAD TARMEZI (295672)
ALYA AMIRAH BINTI MOHD ALIAS (295678)

1. Kita mestilah sentiasa mempelajari ilmu.
Hal ini kerana dengan ilmu yang dipelajari, kita dapat mengetahui banyak perkara yang tersembunyi serta kita dapat mempelajari benda-benda yang baharu. Sebagai contohnya, di Kedah Tua telah menjalankan aktiviti pembuatan besi sejak abad ketiga lagi. Ini merupakan salah satu ilmu yang dipelajari serta digunakan oleh masyarakat di Kedah Tua pada waktu itu kerana tanpa ilmu mereka tidak dapat menghasilkan hal-hal sedemikian. Selain itu, masyarakat Melayu di Asia Tenggara mempelajari ilmu yang lebih mendalam berkaitan dengan agama Islam daripada pedagang-pedagang terutamanya pedagang daripada Arab. Selain daripada mempelajari tentang agama Islam, mereka juga mempelajari banyak lagi ilmu seperti ilmu falak, ilmu matematik, ilmu geografi dan sebagainya. Hal ini terbukti daripada kewujudan batu bersurat di Terengganu yang menceritakan berkenaan kemasukan Islam ke Tanah Melayu, kepandaian orang Melayu dalam bidang perundangan Islam serta ilmu-ilmu yang tertera di atas dan sebagainya. Jadi menuntut ilmu sangat penting dalam kehidupan seharian dan hal ini telah dilakukan sejak berpuluh ribu tahun dahulu oleh masyarakat Melayu di Asia Tenggara.

2. Kita hendaklah berbangga dengan kejayaan masyarakat Melayu.
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu di Asia Tenggara memiliki sejarah yang kaya dengan pencapaian yang pelbagai dan maju dalam pelbagai bidang. Pada hakikatnya, kerajaan-kerajaan Melayu di Asia Tenggara, seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, dan Melaka, telah menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang signifikan dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial, politik, dan budaya. Kerajaan-kerajaan Melayu di Asia Tenggara terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi selain pertanian dan perdagangan sara diri. Aktiviti pertanian dan perdagangan sara diri adalah sebahagian penting daripada kehidupan masyarakat Melayu, tetapi mereka juga terlibat dalam sektor perikanan, pengeluaran, perniagaan barang kraf tangan, industri perkapalan, penghasilan tekstil, penghasilan logam, dan banyak lagi. Mereka memiliki kecekapan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Masyarakat Melayu juga terlibat dalam perdagangan maritim yang meluas, menjalin hubungan dengan tamadun lain di rantau itu, mempunyai sistem pemerintahan yang kompleks, dan memiliki kebudayaan yang berkembang pesat. Oleh itu, sampai sekarang kita dapat menikmati dan mengaplikasikan segala ilmu yang diwujudkan oleh masyarakat Melayu di Asia Tenggara dalam kehidupan seharian kita. Kerajaan Malaysia maju dan berkembang pesat disebabkan kejayaan Kerajaan Melayu terdahulu.Kesimp**annya, kita hendaklah berbangga dengan kejayaan masyarakat Melayu.

Disediakan oleh :Amirah Alia Aisyah (295676)                                                    : Nurull Salsabila (2956...
26/06/2023

Disediakan oleh :Amirah Alia Aisyah (295676)
: Nurull Salsabila (295681)

1. Nilai Kerjasama
pada zaman kesultanan Melayu,kep**auan Mesir mengimport bahan mentah seperti rempah ratus,kayu gaharu,kayu cendana,kulit kayu manis dan banyak lagi dari kesultanan Melayu.Sebaliknya,kesultanan Melayu mengesksport bahan mentah dari kep**auan Mesir seperti barang kaca,sutera,senjata,minyak wangi dan lain-lain.Hal ini membuktikan bahawa wujudnya kerjasam ekonomi dalam era tersebut.kedua-dua kerajaan bertukar bahan mentah bagi memenuhi keperluan kerajaan masing-masing.

2. Nilai Ketaatan kepada Pemerintah
contoh yang ambil dalam video refleksi tersebut ialah pada zaman kerajaan Chih tu dalam aspek pemakaian barang kemas,sebagai rakyat mereka perlu meminta izin kepada pemerintah untuk memakainya.Arahan untuk membolehkan atau tidak membolehkan hanya dapat dikeluarkan daripada seorang pemerintah sahaja.Hal ini,menunjuk bahawa arahan itu dapat diterima oleh semua masyarakat pada era itu dan sekaligus memberi sesuatu petanda ketaatan seorang rakyat kepada pemerintah.

3. Nilai Keadilan
melalui video refleksi contohnya kerajaan Kedah Tua menggubal undang-undang sistem denda dan penjara yang sama dan adil kepada golongan rakyat biasa sehingga kepada pembesar tiada sebarang pengecualian dalam undang-undang tersebut.Hukuman kepada semua adalah setimpal dan tanpa mengira pangkat atau darjat iaitu tanpa memilih bulu.Hal ini patut dipraktikkan kepada semua kerajaan bagi mengukir nama di pentas dunia yang merupakan negara dengan keadilan.

4. Nilai Ketaatan kepada Agama
video refleksi yang dikaji iaitu pada zaman kerajaan Chih Tu,ayah kepada Li Fo Duo Se yang merupakan raja selama 16 tahun untuk kerajaan Chih Tu.Selepas ayahnya meletakkan jawatan sebagai raja,beliau mengambil keputusan untuk melebarkan lagi sayap keagamaan dengan mengembangkan lagi agama buddha kepada seluruh pelosok yang ada di dunia.

NAMA: 1. NUR ALIZAH RABIAH BINTI ALI HANAFIAH (295651)             2. NUR AMIRA BINTI MOHD. HAIRUL (296715)Sejarah pembe...
25/06/2023

NAMA: 1. NUR ALIZAH RABIAH BINTI ALI HANAFIAH (295651)
2. NUR AMIRA BINTI MOHD. HAIRUL (296715)

Sejarah pembentukan kerajaaan awal di Asia Tenggara daripada kerajaan agraria dan Kerajaan maritime membuktikan masyarakat melayu dahulu mempunyai system pentadbiran maju yang membolehkan kersjaan ini menjalan ekonomi berasakan pertanian dan perdangangan, secara langsung membuktikan bahawa masyarakat melayu dahulu tidak menjalankan kehidupan primitif.

Kerajaan Agraria terletak di kawasan tanah subur di lembangan sungai dan di kawasan pendalaman dan menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian. Hasil utama kegiatan pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah. Selain pertanian kerajaan Agraria juga menjalankan kegiatan menternak binatang. Contoh kerajaan agraria ialah kerajaan angkor dan kerajaan funan. Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-7 masihi dan pusatnya terletak di kawasan hilir Sungai Mekong. Kerajaan Funan p**a diasaskan pada abad pertama Masihi. Kerajaan Funan merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara dan Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura. Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi.

Bagi kerajaan maritime p**a, kerajaan ini terletak di kawasan persisiran pantai maka masyarakat di sana menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Misalnya perdagangan adalah kegiatan utama kerajaan ini dimana masyarakat memperdagangkan barangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan dan lada hitam, diikiuti oleh aktiviti membuat kapal dan perikanan. kerajaan-kerajaan maritim yang telah wujud di Kep**auan Melayu adalah, Kerajaan Champa , Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Srivijaya, Kerjaaan Kedah Tua dan Kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya mengawal seluruh kegiatan perdagangan maritime di Kep**auan Melayu dengan menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa, berfokuskan di pelabuhan Palembang.

NAMA: NUR ALIA BALQIS BINTI AZMI (296111)PENGENALAN TAJUK KEWUJUDAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DI ASIA TENGGARA MEMBUKTIKA...
25/06/2023

NAMA: NUR ALIA BALQIS BINTI AZMI (296111)

PENGENALAN TAJUK KEWUJUDAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DI ASIA TENGGARA MEMBUKTIKAN BAHAWA ORANG MELAYU TIDAK MENGAMALKAN KEHIDUPAN PRIMITIF SERTA AKTIVITI PERTANIAN DAN PERDAGANGAN SARA DIRI.

Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di Asia Tenggara telah membuktikan bahawa orang Melayu mencapai tahap kemajuan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka telah mengembangkan sistem pemerintahan yang kompleks dan berpusat di sekitar ibu kota kerajaan, dan melibatkan aktiviti perdagangan antarabangsa. Selain itu, mereka juga mengamalkan pertanian yang maju dan memperkenalkan sistem pengairan yang canggih untuk meningkatkan hasil pertanian. Oleh itu, kewujudan kerajaan Melayu membuktikan bahawa mereka telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam berbagai aspek kehidupan.

Address

Sintok, Bukit Kayu Hitam
Sintok
06010

Telephone

+60148108754

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Konflik-Konflik Melayu Asia Tenggara - Group 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Konflik-Konflik Melayu Asia Tenggara - Group 9:

Share