A212 Penghayatan Etika dan Peradaban - Group L Kumpulan 12 111-120

A212 Penghayatan Etika dan Peradaban - Group L Kumpulan 12 111-120 Halaman ini merupakan tugasan berkumpulan kumpulan 12 bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban kod MPU1013 L A212 Universiti Utara Malaysia. Terima kasih.

Tema yang dipilih adalah Penagihan Dadah. Semoga tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami daripada A212 MPU 1013 Kumpulan 11, Group L.NAMA PENSYARAH: DR SU...
20/06/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami daripada A212 MPU 1013 Kumpulan 11, Group L.
NAMA PENSYARAH: DR SUHANIM BINTI ABDULLAH
TEMA POSTER : PENYALAHGUNAAN DADAH

Perangi dadah. Dadah adalah musuh negara.

Disediakan oleh : Fatihah Fitri Binti Aimin (287672)Tema: Penyalahgunaan dadahJenis-Jenis Dadah1. OpiatDadah Opiat adala...
10/06/2022

Disediakan oleh : Fatihah Fitri Binti Aimin (287672)
Tema: Penyalahgunaan dadah
Jenis-Jenis Dadah
1. Opiat
Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (o***m) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein.
Jenis-jenis
• Opiat (Candu) • He**in (Fit, Ubat, Panas, Stuff) • Morfin (Pokteh) • Kodein (Ubat Batuk)

2. Stimulan.
Stimulan jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS). Ia merupakan sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.
Jenis-jenis
• Amphetamine (kuda, WY, yaba) • Methamphetamine (ice, syabu, sejuk, batu) • Ecstacy (goyang)

3. G***a
Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa. Kanabis/G***a merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai Ma*****na dan dikatakan berasal dari bahasa Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan.
Jenis-jenis
• Kanabis Herba • Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas) • Minyak Hashish

4. Depresen

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan untuk tidur lena. Walaubagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan.

Jenis-jenis
• Pil tidur dan transkuiliser (Dormicum, Up John, Dormi, Eramin 5, Apo, Someese, Blank, Robot, Rosche, Button, Va**um, Librium, Tauxene, Ativan, Xanax dan Lora)

5. Halusinogen

Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria sensory perception dan pandangan visual. Ia menyebabkan halunisasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar.

Jenis-jenis
• L*D (Lysergic Acid Dierhylamide) • DMT (Dimethyltryptamine) • PCP(Phencyclidine,“Angel Dust”) • Meskalin • Psilosibin & Psilosin • Ketamin
6. Inhalan

Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (votile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda.

Jenis-jenis
• Pelarut / Cecair • Bahan gas • Aerosol • Bahan Nitrik

7. Ketum

Nama saintifik pokok ketum ialah Mitragyna Specioasa Korth. Suatu ketika dahulu ia banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit.

Jenis-jenis
• Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil
• 2 jenis dedaun bertulang. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih (Dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)

8. new psychoactive substances(NPS)
• Synthetic Cannabinoids
• Aminoindanes
• Synthetic Cathinones
• Ketum (Mitragyna Speciosa Korth)
• Salvia Divinorum
• Khat (Catha Edulis)
• Ketamin dan bahan jenis Phencyclidine
• Phenethylamines
• Tryptamines
• Piperazines

Disediakan oleh: Nor Zuliana Amira Binti Kamarudin (287457)Tema: Penyalahgunaan dadahSenarai Pusat Pemulihan Dadah- Perk...
09/06/2022

Disediakan oleh: Nor Zuliana Amira Binti Kamarudin (287457)

Tema: Penyalahgunaan dadah

Senarai Pusat Pemulihan Dadah

- Perkhidmatan di dalam komuniti menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

- AADK mempunyai 109 buah pejabat AADK Daerah diseluruh Malaysia yang menyediakan peluang rawatan dan pemulihan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

- Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di dalam komuniti sama ada sukarela atau perintah mahkamah di bawah seksyen 8(3)(b) atau 6(1) (b) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan turut menerima Klien yang diperintahkan seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. AADK Daerah turut menyediakan rawatan dan pemulihan kepada Klien remaja yang berhadapan dengan masalah penagihan dadah berdasarkan peruntukan seksyen 9 Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

- Fasiliti sokongan di komuniti turut menyediakan Pusat Khidmat, Rumah Komuniti, Rumah Perantaraan, dan Pusat Intergrasi Klien.

𝑫𝒊𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 : 𝑵𝒖𝒓 𝑹𝒂𝒔𝒚𝒊𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑴𝒂𝒋𝒊𝒅 (287447)𝑻𝒆𝒎𝒂 : 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉𝒈𝒖𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒅𝒂𝒉𝑷𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑨𝒈𝒆𝒏𝒔𝒊  𝑫𝒂𝒅𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝒂𝒏 (𝑨𝑨𝑫𝑲)𝟏) ...
08/06/2022

𝑫𝒊𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 : 𝑵𝒖𝒓 𝑹𝒂𝒔𝒚𝒊𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑴𝒂𝒋𝒊𝒅 (287447)
𝑻𝒆𝒎𝒂 : 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉𝒈𝒖𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒅𝒂𝒉

𝑷𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑨𝒈𝒆𝒏𝒔𝒊 𝑫𝒂𝒅𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝒂𝒏 (𝑨𝑨𝑫𝑲)

𝟏) 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐝𝐚𝐡.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia mestilah bekerjasama dalam mempertingkatkan usaha menyekat kemasukan bekalan dadah di kawasan-kawasan berisiko tinggi. Pihak AADK mestilah menentukan bekalan dadah dapat disekat, diminimumkan dan dibenteras.

𝟐) 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐝𝐚𝐡.
Sebagai contoh, AADK menggerakan kempen membasmi penyalahgunaan dadah kepada masyarakat. Kempen membasmi dadah dalam kalangan komuniti dapat meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap kesan negatif najis dadah. Oleh itu, pihak AADK perlu memperbanyakkan lagi program pendidikan untuk merealisasikan misi dadah terkawal 2025.

𝟑) 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐝𝐚𝐡
AADK memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah. Rawatan dan pemulihan dadah merupakan proses jangka panjang yang melibatkan pelbagai intervensi dan pemantauan yang berkala. Individu tersebut dapat mengekalkan kepulihan, sihat fizikal dan mental serta dapat berfungsi secara maksimum.

𝟒) 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐝𝐚𝐡
Peranan lain bagi membenteras dadah adalah memperkasa penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang dapat membantu untuk mengurangkan impak negatif penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Tindakan penguatkuasaan undang-undang ini penting bagi mengurangkan bekalan dan permintaan dadah, mengawal pasaran dadah dan penghasilan dadah serta membanteras jenayah-jenayah berkaitan permasalahan dadah.

Disediakan oleh: Long Shih Jun (287556)Tema: Penyalahgunaan DadahCabaran dalam Mengurangkan Jumlah Kes Penagihan Dadah1....
07/06/2022

Disediakan oleh: Long Shih Jun (287556)
Tema: Penyalahgunaan Dadah
Cabaran dalam Mengurangkan Jumlah Kes Penagihan Dadah

1. Faktor diri sendiri, keluarga dan masyarakat👨‍👩‍👧‍👦
Hal ini dikatakan kerana ahli keluarga dan masyarakat sukar menerima bekas penagih dadah. Dengan ini, kesukaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan menjadi salah satu faktor mereka kembali berulang kes penagihan. Wujudnya masalah penyalahgunaan dadah akibat isu pelencongan sosial lain. Seseorang itu boleh terjebak dalam jenayah penagihan dadah melalui pelbagai faktor. Rumusnya, penagih dadah haruslah diberikan sokongan daripada pelbagai pihak secara menyeluruh bagi mengurangkan jumlah kes penagihan dadah termasuk mengambil langkah untuk membantu bekas penagih kekal pulih.

2. Faktor geografi🗺
Kedudukan negara kita adalah berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah “Segi Tiga Emas.” Malahan, kawasan pengairan yang panjang di negara kita adalah sukar dikawal. Di sempadan Malaysia-Thailand, terdapat banyak laluan tikus yang menyukarkan operasi pihak berkuasa mengatasi jenayah penagihan dadah yang merentasi sempadan ini. Natijahnya, jenayah penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini akan lebih merumitkan. Justeru, semua pihak haruslah menganding bahu dengan pihak berkuasa.

3. Kemunculan jenis dadah baharu💊
Isu ini telah menyumbang kepada kenaikan peratusan dalam penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Dadah era baru seperti pil sintetik, v**e perasa ketum, dadah berbentuk gula-gula yang menyebabkan pihak berkuasa sukar mengesan jenayah penagihan dadah. Kewujudan jenis dadah baharu memang menyukarkan usaha pelbagai pihak untuk mengurangkan jumlah kes penagihan dadah dari segi perundangan. Oleh itu, kaedah untuk mengenal pasti serta kaedah untuk merawat dan memulihkan mereka yang mengambilnya.

4. Pihak berkuasa kekurangan tenaga operasi👨‍✈️
Pihak berkuasa haruslah melaksanakan usaha tambahan dalam melakukan serbuan secara berterusan. Selain itu, kebocoran maklumat operasi juga salah satu cabaran yang menyukarkan operasi pihak berkuasa untuk membanteras gejala penagihan dadah. Bukan itu sahaja, masalah kekurangan peruntukan dan peralatan untuk mengesan operasi ini bagi tindakan selanjutnya juga menghalangkan usaha pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini. Agensi terlibat memerlukan peralatan dan kelengkapan yang mencukupi termasuk penggunaan teknologi drone bagi memantau kes ini.

Setiap pihak perlu menganggap dadah sebagai isu global dan menitikberatkan isu ini. Pihak berkuasa memerlukan kerjasama rakyat daripada segenap lapisan masyarakat supaya jumlah kes jenayah penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.

Disediakan oleh: Nur Amani Binti Rosli (287527)Jauhi dadar dan jangan sesekali mengahmpiri dadah. Jangan sia-siakan hidu...
07/06/2022

Disediakan oleh: Nur Amani Binti Rosli (287527)
Jauhi dadar dan jangan sesekali mengahmpiri dadah. Jangan sia-siakan hidup anda dengan dadah.

LIFE IS TOO SHORT TO BE WASTED💊💊

Disediakan oleh: Nur Sarah Allisya Binti Zainal Abidin (287517)Tema: Penyalahgunaan Dadah💊 Langkah Mengatasi Penyalahgun...
05/06/2022

Disediakan oleh: Nur Sarah Allisya Binti Zainal Abidin (287517)
Tema: Penyalahgunaan Dadah

💊 Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah 💊

1. Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam membendung masalah ini. Ibu bapa seharusnya bertindak dengan memberi pendedahan tentang dadah kepada cahaya mata mereka sejak kecil lagi mengenai penyalahgunaan dadah. Hal ini dapat mengelakkan golongan muda daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana pengetahuan mereka tentang keburukan dadah telah didedahkan sejak kecil lagi.

2. Melaksanakan Pendidikan

Pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan dan pihak swasta perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan ceramah, seminat, pameran dan sebagainya yang berkaitan dengan pendedahan tentang penyalahgunaan dadah. Dengan ini, golongan muda dapat didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dadah serta mengurangkan kes berkenaan dadah dalam negara.

3. Mengenakan Hukuman yang Berat

Memberi hukuman yang setimpal dengah salahlaku berkaitan dadah dapat mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Contohnya, mengenakan hukuman gantung kepada pengedar dadah akan penyebabkan masyarakat lebih berwaspada dan takut untuk mengedar dadah.

4. Kerjasama Orang Awam dengan Kerajaan

TIndakan orang awam yang sentiasa berwaspada dengan keadaan keliling sebenarnya turut membantu dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Contohnya, orang awam seharusnya bertindak dengan pantas seperti melaporkan aktiviti-aktivi bekaitan dadah yang berlaku di kawasan perumahan, sekolah, dan lain-lain. Dengan ini, hukuman yang setimpal boleh dikenakan kepada pesalah sekali gus mengurangkan kes penyalahgunaan dadah.

5. Penubuhan Pusat-Pusat Pemulihan

Penubuhan pusat-pusat pemulihan terutamanya di kawasan yang banyak kes berkaitan dadah dapat membantu pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan kepada pesalah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes berkaitan penyalahgunaan dadah dengan lebih mudah.

Disediakan oleh: Tham Mao Wei (287588)Tema: Penyalahgunaan DadahStatistik Penyalahgunaan DadahBerdasarkan infografik dar...
04/06/2022

Disediakan oleh: Tham Mao Wei (287588)
Tema: Penyalahgunaan Dadah
Statistik Penyalahgunaan Dadah

Berdasarkan infografik daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), jumlah penyalah guna dan penagih dadah serta bahan pada tahun 2021 ialah 123,139 orang. Statistik ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu jantina, bangsa, jenis dadah dan lain-lain. Contohnya, 95.7% daripada jumlah iaitu 117,822 orang ialah lelaki manakala 4.3% daripada jumlah iaitu 5,317 orang ialah perempuan.
Terdapat juga 78.8% daripada jumlah penyalah guna dan penagih dadah (97,068 orang) adalah bangsa melayu manakala 7.0% dari jumlah (8,559 orang) adalah bangsa cina. Bangsa India mempunyai 6.1% daripada jumlah (7,753 orang) dan pribumi Sarawak dan Sabah mempunyai jumlah 6.9% (8,431 orang).
Selain itu, kebanyakkan penyalah guna dadah menagih dadah jenis Amphetamine-Type Stimulants berdasarkan statistik dadah ini iaitu 64.7% (79,816 orang) dari jumlah. Opiat juga merupakan jenis dadah yang disukai oleh penyalah guna dadah kerana mempunyai 31.8% (39,100 orang) dari keselurahan jumlah penyalah guna dadah dan penagih dadah serta bahan.

Sumber : Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, 2021.

Disediakan oleh : Chee Qian Hui (287436)Tema : Penyalahgunaan DadahKesan Buruk Penyalahgunaan Dadah1)🧠KOMPLIKASI KESIHAT...
03/06/2022

Disediakan oleh : Chee Qian Hui (287436)
Tema : Penyalahgunaan Dadah

Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah
1)🧠KOMPLIKASI KESIHATAN
🟢Penggunaan dadah akan memberikan impak kepada hamper keseluruhan tubuh badan anda daripada jantung🫀 kepada usus. Penyalahgunaan bahan dadah boleh menyebabkan kadar jantung yang tidak normal dan berlakunya serangan jantung. Manakala suntikan dadah boleh menyebabkan saraf rosak dan jangkitan pada pam jantung. Sesetengah dadah boleh menghentikan tulang anda daripada tumbuh dengan betul, dan juga menyebabkan kekejangan otot yang serius dan lemah.👼

2)🫁JANGKITAN
🔴Apabila manusia di bawah pengaruh dadah, manusia mungkin terlupa untuk melakukan persetubuhan yang selamat.🔗 Persetubuhan tanpa sebarang perlindungan boleh meningkatkan kemungkinan penyakit kelamin. Contohnya, berkongsi jarum💉 yang digunakan untuk menyuntik dadah juga boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit seperti hepatitis C, hepatitis B dan HIV. 👿Penagih dadah juga boleh menyebarkan penyakit apabila berkongsi paip dan pemegang.🤢

3)👮‍♂️AKIBAT DARI SEGI UNDANG-UNDANG
🔵Penyalahgunaan dadah dan arak tidak hanya memberikan kesan negative pada kesihatan tetapi juga boleh memberi kesan dari segi undang-undang yang perlu hadapi untuk sepanjang hidup.💣 Sebagai contoh, memandu di bawah pengaruh dadah boleh menyebabkan lessen memandu digantung selama 10 hingga 20 tahun di Malaysia. Malah anda akan dikenakan denda sehingga RM200,000💲 dan perlu menghabiskan masa di dalam penjara selama 20 tahun maksimum. Isu ini amat serius kerana bukan sahaja berbahaya anda tetapi juga kepada orang di sekeliling anda. Anda boleh disabitkan kesalahan meskipun anda di bawah pengaruh bahan .🈲

4)💸MASALAH KEWANGAN
🟣Dadah adalah sangat mahal, terutama jika anda menggunakannya dengan kerap dan banyak kali.🤦 Penyalahgunaan dadah juga memberi impak kepada produktiviti dan kejayaan anda di tempat kerja dan university. 👣Masa yang dibazirkan untuk mencari, menggunakan dan pulih daripada boleh digunakan untuk belajar kemahiran baharu bagi mempertingkatkan peluang pekerjaan.🕰 Isu undang-undang yang melibatkan penggunaan dadah akan meningkatkan bil tanggungan juga. Kereta dan kadar insurans kesihatan anda mungkin meningkat dan [erlulah mencari jalan untuk membayar pelbagai perkara disebabkan dadah.🗣

Disediakan oleh : Nur Alia Umaira Binti Azmy (287484)Tema : Penyalahgunaan DadahPunca-punca berlaku penyalahgunaan dadah...
02/06/2022

Disediakan oleh : Nur Alia Umaira Binti Azmy (287484)

Tema : Penyalahgunaan Dadah

Punca-punca berlaku penyalahgunaan dadah

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi.

Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Mereka kerap menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah. Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.

Faktor-faktor yang lain :

1. Perasaan ingin mencuba
2. Kurang didikan agama
3. Ibubapa yang lalai melaksanakan tanggungjawab mereka

Disediakan oleh : Nik Mohammad Faris Aminuddin Bin Nik Mohd Zuki (287424)Tema : Penyalahgunaan Dadah Apa itu penyalahgun...
01/06/2022

Disediakan oleh : Nik Mohammad Faris Aminuddin Bin Nik Mohd Zuki (287424)

Tema : Penyalahgunaan Dadah

Apa itu penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah boleh ditakrifkan sebagai penggunaan dadah yang kerap dan berlebihan tanpa mendapat arahan ataupun nasihat daripada pakar perubatan dimana ia sudah menjadi satu ketagihan yang boleh mendatangkan risiko berbahaya kepada tubuh badan. Antara aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam kategori penyalahgunaan dadah ialah menjual, mengedar, memiliki dan menyimpan dadah secara haram akan dikenakan hukuman yang amat berat oleh pihak berkuasa.

Penyalahgunaan bahan, juga dikenali sebagai salahguna dadah, adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna menggunakan bahan itu dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang merbahaya kepada diri mereka sendiri atau orang lain. Walau bagaimanapun penyalahgunaan dadah dan ketagihan ini diketahui akan cenderung dalam keluarga.

penyalahgunaan dadah dipelajari oleh seseorang penagih apabila tingkah laku penyalahgunaan dadah oleh seseorang diikuti oleh mereka yang berada di sekeliling. Penyalahgunaan dadah mungkin bermula sebagai tabiat yang tidak baik tetapi bila dan jika ketagihan berkembang ia menjelma sebagai satu penyakit melumpuhkan yang kronik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami daripada A212 MPU 1013 Kumpulan 11, Group L.NAMA PENSYARAH: DR SU...
01/06/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami daripada A212 MPU 1013 Kumpulan 11, Group L.

NAMA PENSYARAH: DR SUHANIM BINTI ABDULLAH
TEMA: PENYALAHGUNAAN DADAH
Ahli Kumpulan:

1. Nik Mohammad Faris Aminuddin Bin Nik Mohd Zuki (287424)
2. Chee Qian Hui (287436)
3. Nur Rasyidah Binti Majid (287447)
4. Nor Zuliana Amira Binti Kamarudin (287457)
5. Nur Alia Umaira Binti Azmy (287484)
6. Nur Sarah Allisya Binti Zainal Abidin (287517)
7. Nur Amani Binti Rosli (287527)
8. Long Shih Jun (287556)
9. Tham Mao Wei (287588)
10. Fatihah Fitri Binti Aimin (287672)

Address

Sintok, Bukit Kayu Hitam
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A212 Penghayatan Etika dan Peradaban - Group L Kumpulan 12 111-120 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share