Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Universiti Utara Malaysia (Official FB) Official FB page for Universiti Utara Malaysia, managed by the Corporate Communication Department
(298)

Universiti Utara Malaysia (UUM), which was officially established on 16 February 1984, is the sixth Malaysian public university. It is the only university that was set up to specialise solely in management education from the very beginning of its establishment.

04/06/2026

Siapa pensyarah (Lecturer) kat UUM yang paling korang s**a dan takkan lupakan jasa dia sampai bila-bila? Cer tag nama/FB bilik kuliah beliau kat bawah, mana tahu beliau baca! ❤️

04/06/2026

Hari Inovasi & Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU)

4 Jun 2026 | Dewan Mu'adzam Shah, UUM.

Berita lanjut: https://uumtoday.com/uum-news/

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Kami merupakan pelajar Sarjana Muda Komunikasi daripada P...
04/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kami merupakan pelajar Sarjana Muda Komunikasi daripada Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM), yang sedang mengikuti kursus SCCAK2073 Public Relations. Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah), kami membawakan kempen kesedaran kesihatan mental “Uncage Your Mind”.

🎯 Objektif utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, mengurangkan stigma negatif dalam masyarakat, menggalakkan perbincangan terbuka tentang isu kesihatan mental serta memberi kefahaman bahawa mendapatkan bantuan profesional adalah satu tindakan yang berani dan positif.

✨ Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang kempen ini ialah:

💚 Sunday is Green
🎙️ Podcast Series
🎥 Video Challenge
🕌 Friday for Mental Health
🧠 Mental Health Quiz
🎉 Majlis Penutupan

💚 Bersama-sama kita mengurangkan stigma dan membina komuniti yang lebih prihatin, memahami serta menyokong kesejahteraan mental untuk semua.

📲 Ikuti media sosial rasmi Uncage Your Mind untuk maklumat lanjut dan aktiviti menarik:

📘 Facebook : Uncage Your Mind
📸 Instagram :
🎵 TikTok :




04/06/2026

HARI INOVASI & MAJLIS PENGANUGERAHAN UNIVERSITI (HIMPU)
"Menjulang Prestasi, Mengukir Legasi"

4 JUN 2026 | KHAMIS | DEWAN MU'ADZAM SHAH, UUM

SINAR BAHARU NUR ALEEYA TERIMA KATIL ELEKTRIK, SEMANGAT UNTUK KEMBALI KE KAMPUS KIAN MEMBARAMasih ingatkah kita dengan N...
03/06/2026

SINAR BAHARU NUR ALEEYA TERIMA KATIL ELEKTRIK, SEMANGAT UNTUK KEMBALI KE KAMPUS KIAN MEMBARA

Masih ingatkah kita dengan Nur Aleeya Khairani, ‘Permata Perakaunan UUM’ yang kisah ketabahannya bertarung nyawa akibat kecederaan saraf tunjang pernah meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia beberapa bulan lalu?

Hari ini, rentetan kisah duka pelajar cemerlang B40 ini kembali dihujani titisan harapan baharu yang menerangi sebuah bilik kecil di Kampung Kubang Pisang, Pendang, Kedah.

Ikatan kasih sayang Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap anak didiknya ternyata tiada titik noktah.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed sekali lagi turun padang hari ini menziarahi Aleeya.

Kunjungan kali ini membawa bersama sebuah katil elektrik serba baharu.

Katil elektrik tersebut merupakan sumbangan wakaf yang cukup bermakna daripada Anissa & Marina Advocates & Solicitors.

Bagi Aleeya yang sedang melalui proses pemulihan yang panjang, katil ini bukan sekadar sekeping perabot biasa.

Ia adalah talian hayat yang akan memberikan keselesaan maksimum buat fizikalnya, di samping memudahkan urusan harian ibu bapanya yang menguruskan penjagaan Aleeya dengan penuh kasih sayang.

Bagi melengkapkan kunjungan prihatin tersebut, pihak universiti turut menghulurkan sumbangan makanan dan barangan keperluan harian bagi memastikan kebajikan keluarga ini terus terpelihara.

Mengimbau kembali detik hitam pada 31 Januari 2026, Aleeya terlibat dalam kemalangan motosikal ngeri ketika dalam perjalanan pulang ke kampus yang hampir meragut impiannya.

Namun, di sebalik jasad yang masih terlantar, ada sesuatu yang sangat luar biasa dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang memandangnya betapa
Semangat yang Tidak Pernah Lumpuh.

Di sisi katilnya, tersusun buku-buku bacaan yang menjadi teman setianya sepanjang fasa pemulihan.

Pelajar semester lima yang pernah mencatatkan keputusan PNGK 4.0 ini enggan membiarkan takdir memadamkan impian akademiknya.

Keazaman Aleeya untuk kembali sihat, pulang ke kampus UUM, dan menggenggam segulung ijazah Perakaunan begitu membuak-buak, memancarkan aura positif yang luar biasa.

Dalam kunjungan petang tadi, wajah Aleeya dan kedua-dua orang tuanya kelihatan semakin ceria.

Perkembangan kesihatannya menunjukkan tanda-tanda positif yang sangat ketara dari semasa ke semasa.

Melihat perkembangan fizikal dan emosi Aleeya yang semakin membaik, seluruh warga kampus memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.

Pihak pengurusan universiti sekali lagi memberi jaminan bahawa mereka akan sentiasa berada di belakang Aleeya sepanjang proses ini.

"Kami di UUM akan terus komited memantau dan memberi sokongan berterusan kepada Aleeya dan keluarganya.

“Matlamat kami jelas iaitu untuk memastikan proses pemulihannya berjalan lancar sehinggalah hari di mana dia bersedia untuk melangkah masuk semula ke dewan kuliah dengan penuh bangga,” kata Dr. Ahmad Martadha.

Buat permata kami, Nur Aleeya Khairani... teruskan membaca, teruskan bermimpi, dan teruskan kuat! Detik untuk melihatmu menyarung jubah konvokesyen UUM sentiasa menjadi doa yang kami aminkan setiap hari.

Turut bersama dalam penyerahan katil elektrik ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri dan Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinas (TISSA-UUM),
Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali.

Catatan wartawan UUM: Fiera
Gambar: Syun

Lawatan dari Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur ( UKMT)
03/06/2026

Lawatan dari Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur ( UKMT)

03/06/2026

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Utara Malaysia Dan Tymba Education Group.

3 Jun 2026 | Balai Tamu, UUM.

Berita lanjut: https://uumtoday.com/uum-news/

Saja nak tanya, korang dulu jenis yang duduk barisan paling depan dalam dewan kuliah ke... atau jenis yang cari 'spot' p...
03/06/2026

Saja nak tanya, korang dulu jenis yang duduk barisan paling depan dalam dewan kuliah ke... atau jenis yang cari 'spot' paling belakang sekali? 👀

"Tetap teguh berdiri walaupun dikelilingi rimbunan hijau. Begitulah kehidupan, teruskan perjuangan tanpa gentar. Tidak p...
02/06/2026

"Tetap teguh berdiri walaupun dikelilingi rimbunan hijau. Begitulah kehidupan, teruskan perjuangan tanpa gentar. Tidak perlu menoleh ke belakang, kerana setiap langkah ke hadapan membawa harapan yang lebih indah."
Siapa tahu lokasi d mana??

Address

Universiti Utara
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049284000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Utara Malaysia (Official FB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share