Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy

Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA-UUM) prides itself to be the 2nd largest acc programs.

TISSA-UUM comprises two different departments, namely the Department of Financial Accounting and Taxation and Department of Audit and Accounting Information Systems. TISSA-UUM is one of the nation's oldest accounting schools, having been established along with Universiti Utara Malaysia in 1984. TISSA-UUM, with 130-strong faculty, is among the largest accounting school among Malaysian public univer

sities. Students applying into its Bachelor of Accounting (Honors) and Bachelor of Accounting (Information Systems) programs have to go through a stringent process of selection and only the best ones are accepted. TISSA-UUM also has a stellar and notable postgraduate division, with a considerable number of international students enrolling in its masters (either by coursework or full research) and Ph.D.

15/05/2026

UUM COB OPEN DAY
Jemput datang beramai-ramai ke UUMKL.
β€’Peluang kerjaya akademik di TISSA-UUM.
β€’Peluang menyambung pengajian.

πŠπŽπ‹πŽπŠπˆπ”πŒ π“πˆπ’π’π€-π”π”πŒ ππˆππ‚π€ππ† πˆπ’π” π’π„πŒπ€π’π€ πƒπ€π‹π€πŒ ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π ππ„π‘π€πŠπ€π”ππ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€πSINTOK, 13 Mei 2026: Kolokium Penyeli...
13/05/2026

πŠπŽπ‹πŽπŠπˆπ”πŒ π“πˆπ’π’π€-π”π”πŒ ππˆππ‚π€ππ† πˆπ’π” π’π„πŒπ€π’π€ πƒπ€π‹π€πŒ ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π ππ„π‘π€πŠπ€π”ππ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π

SINTOK, 13 Mei 2026: Kolokium Penyelidikan Pascasiswazah Pengajian Perakaunan Kali Ke-32 (Semester A252) telah berjaya dianjurkan secara dalam talian melalui platform Webex pada 4 Mei lalu.

Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd. Ali.

Menurutnya, kolokium ini menghimpunkan penyelidik pascasiswazah, penyelia dan ahli akademik bagi membincangkan isu-isu semasa dalam penyelidikan perakaunan dan kelestarian.

β€œProgram ini menjadi platform akademik penting kepada calon PhD (Perakaunan) untuk membentangkan dan memperhalusi idea penyelidikan mereka melalui sesi perbincangan ilmiah bersama pembincang dan penyelia yang dilantik.

β€œPelbagai topik kontemporari telah dibentangkan, termasuk kecerdasan buatan dalam sistem maklumat perakaunan, pembuatan keputusan beretika dalam kalangan akauntan, prestasi kelestarian korporat, gelagat pematuhan cukai, serta transaksi pihak berkaitan dalam pasaran antarabangsa,” katanya.

Dr. Raja Haslinda turut menekankan kepentingan kolaborasi penyelidikan, pemikiran kritis dan ketahanan akademik dalam menghasilkan penyelidikan perakaunan yang memberi impak kepada industri dan masyarakat.

Beliau menggalakkan calon pascasiswazah untuk terus memperkukuh kualiti penyelidikan dan usaha penerbitan selaras dengan perkembangan global dalam bidang perakaunan dan kelestarian.

Kolokium ini mencerminkan komitmen berterusan TISSA-UUM dalam memupuk penyelidikan pascasiswazah berkualiti tinggi serta memperkukuh kecemerlangan akademik dalam bidang pengajian perakaunan.

π”π”πŒ ππ„π‘πŠπ€π’π€ ππŠπ’ πŠπ”ππ€ππ† 𝐏𝐀𝐒𝐔 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π ππ”πŠπ” π“π”ππ€πˆCHANGLUN, 9 Mei 2026 – Kesedaran mengenai kepentingan r...
12/05/2026

π”π”πŒ ππ„π‘πŠπ€π’π€ ππŠπ’ πŠπ”ππ€ππ† 𝐏𝐀𝐒𝐔 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π ππ”πŠπ” π“π”ππ€πˆ

CHANGLUN, 9 Mei 2026 – Kesedaran mengenai kepentingan rekod kewangan yang sistematik terus diperkasakan dalam kalangan peniaga kecil menerusi bengkel di bawah projek Geran Inovasi Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bertajuk "Pemerkasaan PKS Kubang Pasu melalui Penggunaan Lembaran Kerja DGTalFin".

Bengkel yang dijalankan di Masjid Abidin, Sungai laka, memberi tumpuan khusus kepada penyediaan buku tunai, sebuah elemen yang dianggap kritikal namun sering diabaikan oleh golongan usahawan mikro.

Penyertaan bengkel tersebut terdiri daripada ahli qariah Sungai Laka yang merangkumi pelbagai latar belakang termasuk usahawan pencen, usahawan muda, serta usahawan wanita.

Penceramah program, Prof. Madya Dr. Idawati Ibrahim dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berkata, ramai peniaga menganggap penyediaan buku tunai sebagai satu bebanan sedangkan ia adalah proses yang sangat ringkas jika diamalkan secara konsisten.

"Buku tunai sebenarnya sangat mudah disediakan tetapi selalu diabaikan oleh peniaga. Walaupun nampak remeh, ianya sangat signifikan terutama apabila usahawan ingin berurusan dengan institusi kewangan untuk tujuan pinjaman atau bagi pengurusan percukaian," ujar beliau.
Dalam bengkel selama setengah hari itu, peserta bukan sahaja didedahkan dengan kaedah teknikal penyediaan buku tunai, malah turut dibekalkan dengan tip mudah untuk memulakan catatan harian tanpa rasa terbeban.

Menurut Dr. Idawati, konsisten adalah kunci utama dalam memastikan buku tunai dapat menjadi dokumen rujukan yang sahih bagi menggambarkan kedudukan kewangan sebenar sesuatu perniagaan.
Program pemindahan ilmu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UUM untuk memastikan komuniti setempat, khususnya di Changlun, mampu bersaing dan mempunyai pengurusan perniagaan yang lebih profesional selaras dengan tuntutan ekonomi semasa.

π“πˆπ’π’π€-π”π”πŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π€π”πƒπˆπ“ ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π ππ„πŒπ€π“π”π‡π€π π€πŠπ‘π„πƒπˆπ“π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 ππ€π†πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 π’π€πˆππ’ (ππ„π‘π€πŠπ€π”ππ€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒...
11/05/2026

π“πˆπ’π’π€-π”π”πŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π€π”πƒπˆπ“ ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π ππ„πŒπ€π“π”π‡π€π π€πŠπ‘π„πƒπˆπ“π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 ππ€π†πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 π’π€πˆππ’ (ππ„π‘π€πŠπ€π”ππ€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀)

SINTOK, 11 Mei 2026 – Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) telah menerima kunjungan panel penilai bagi menjayakan agenda Audit Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh bagi program Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Sesi audit penting ini bertujuan untuk menilai kualiti pengajian serta memastikan program yang ditawarkan sentiasa memenuhi standard akademik tertinggi. Bagi sesi kali ini, Prof. Dr. Che Ruhana Isa @ Mohamed Isa dari Universiti Malaya (UM) telah dilantik sebagai panel penilai luar.

Sepanjang dua hari program berlangsung, proses penilaian telah dijalankan secara komprehensif merangkumi semakan dokumen akademik serta pematuhan pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education - OBE).

Bagi mendapatkan maklum balas yang menyeluruh, sesi temu bual khas turut diadakan bersama Pengerusi Program, barisan pensyarah, para pelajar, serta alumni program tersebut. Selain itu, panel penilai turut dibawa melawat kemudahan infrastruktur sokongan pembelajaran di sekitar kampus termasuk bilik-bilik kuliah dan perpustakaan bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal kondusif.

Pihak pengurusan TISSA-UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel penilai, Prof. Dr. Che Ruhana Isa, atas komitmen serta perkongsian pandangan yang amat berharga sepanjang sesi audit berlangsung.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua jawatankuasa kerja, pensyarah, kakitangan pentadbiran, alumni, dan para pelajar yang telah memberikan kerjasama yang luar biasa dalam menjayakan seluruh proses penilaian ini. Komitmen padu daripada semua pihak menjadi tonggak utama dalam mempertahankan kualiti akademik di peringkat global.

π”π”πŒ π‚πŽπ πŽππ„π πƒπ€π˜ πŸπŸŽπŸπŸ”Dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia melalui College of Business (COB) akan menganjurkan UU...
10/05/2026

π”π”πŒ π‚πŽπ πŽππ„π πƒπ€π˜ πŸπŸŽπŸπŸ”

Dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia melalui College of Business (COB) akan menganjurkan UUM COB OPEN DAY 2026 seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 14 Mei 2026 – 16 Mei 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Kampus Kuala Lumpur, Ground Floor

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pengunjung mengenai peluang pengajian, pembangunan kerjaya akademik serta pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan di bawah College of Business UUM.

Sehubungan itu, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laluan pengajian serta prospek kerjaya di UUM.

05/05/2026

VLOG VIDEO | JOM BERKAYAK TISSA-UUM πŸ›Ά

πŸŽ“ UUMCOB Open Day is here!  πŸ“ UUM Kampus Kuala Lumpur, Level 5πŸ—“οΈ 14–16 May 2026 | ⏰ 9.00 AM – 4.30 PMExplore study oppor...
04/05/2026

πŸŽ“ UUMCOB Open Day is here!
πŸ“ UUM Kampus Kuala Lumpur, Level 5
πŸ—“οΈ 14–16 May 2026 | ⏰ 9.00 AM – 4.30 PM

Explore study opportunities, discover career pathways as academician, and connect with UUM College of Business.

πŸ’Ό Come and join us as ACADEMICIANS. Bring along your relevant documents! (i.e. academic certificates and transcripts). If you're interested to become accounting lecturer, kindly complete the Google form to book your interview slot. Link https://forms.gle/EEtmPv6iu4RYGv9t6

πŸ’Ό Come and join us as Postgraduate STUDENTS.

Don’t miss this chance to shape your future with us.

Assalamualaikum & Good Day,This is your chance to shine on the court and show your competitive spirit!πŸ“Œ Futsal Tournamen...
04/05/2026

Assalamualaikum & Good Day,
This is your chance to shine on the court and show your competitive spirit!
πŸ“Œ Futsal Tournament – Dean’s Cup TISSA-UUM
πŸ“… 19 May 2026 (Tuesday)
⏰ 8:30 AM – 4:30 PM
πŸ“ UUM Sports Complex
Open to all COB postgraduate students. Don’t miss out on the thrill, teamwork, and glory!
πŸ‘‰ Register now via the QR code on the poster OR https://qr.link/rJ5lut
Spots are limited β€” first come, first served!
Let’s bring the energy, the skills, and the fight for victory. See you on the pitch! πŸ’ͺ⚽
β€” Organized by TISSA-UUM

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”Ikhlas DaripadaDekan & Warga Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (T...
01/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Ikhlas Daripada
Dekan & Warga Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM)

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 & π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-...
30/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 & π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍

Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) dengan penuh rasa hormat merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Zaimah Bt Zainol Ariffin atas segala sumbangan, dedikasi dan komitmen tinggi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pensyarah Universiti. Jasa dan bakti yang dicurahkan bukan sahaja memperkasa kecemerlangan akademik, malah turut meninggalkan impak serta legasi yang amat bermakna kepada universiti dan seluruh warga akademik.

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Address

Tunku Puteri Intan Safinaz School Of Accountancy, UUM College Of Business
Sintok
06010UUMSINTOK,KEDAH,

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049287201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy:

Share