UTM Student Affairs

UTM Student Affairs Committed to achieving Holistic STUDENT DEVELOPMENT goals and ensuring the WELL-BEING OF STUDENTS,

DEPARTMENT OF DEPUTY VICE-CHANCELLOR (STUDENT AFFAIRS)

Deputy Vice-Chancellor Student Affairs Department (DVCSAD) is committed to achieving Holistic STUDENT DEVELOPMENT goals and ensuring the WELL-BEING OF STUDENTS is well preserved in line with the University and government policies through the strategic planning process, comprehensive implementation, systematic monitoring and evaluation, and continuous improvement.

[PROGRAM TRANSFORMASI KERJAYA: BINA PROFIL PROFESIONALISME & LITERASI KEWANGAN]السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ...
08/06/2026

[PROGRAM TRANSFORMASI KERJAYA: BINA PROFIL PROFESIONALISME & LITERASI KEWANGAN]

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa.

Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama pihak Bank RHB berbesar hati menjemput seluruh mahasiswa/i UTM untuk menyertai Program Transformasi Kerjaya: Bina Profil Profesionalisme & Literasi Kewangan.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan pembinaan profil profesional yang berkualiti serta meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan kewangan yang bijak sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan dan cabaran masa hadapan.

✨ Kelebihan Menyertai Program Ini:

🎁 Hadiah menarik menanti
🏅 Merit aktiviti disediakan
🍱 Makanan percuma untuk 120 peserta terawal
🤝🏻 Bina jaringan profesional
📈 Peluang pembangunan kerjaya

Jangan lepaskan peluang untuk memperkasa diri dengan ilmu profesionalisme dan literasi kewangan bersama pakar industri.

Tarikh: 13 Jun 2026
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Blok N24 , Dewan Kuliah 7

“Membina Profesionalisme, Memperkasa Masa Hadapan.”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

PROGRAM INTERNATIONAL QURANICLEADERSHIP (IQ-LEAD)Huffaz Leadership Program, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM...
07/06/2026

PROGRAM INTERNATIONAL QURANIC
LEADERSHIP (IQ-LEAD)

Huffaz Leadership Program, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kolaborasi NAMA Foundation sukacitanya menjemput pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
untuk menyertai Program International Quranic Leadership (IQ-LEAD) iaitu satu inisiatif pembentukan kepimpinan jangka panjang yang berasaskan model pembangunan insan menyeluruh berteraskan Al-Quran, dijadualkan bermula pada 17 Jun 2026.

IQ-LEAD merupakan sebuah program pembangunan kepimpinan berteraskan Al-Quran selama satu tahun, merangkumi tiga komponen utama iaitu Tilawah, Tazkiyah dan Ta’lim dan dilaksanakan secara atas talian bersama penceramah jemputan yang berwibawa dan dilaksanakan sepenuhnya secara percuma.

Sebarang maklumat terkini berkaitan program boleh diakses melalui laman sesawang rasmi HLP di
https://hslp.iium.edu.my/iq-lead/.

Alhamdulillah, UTM telah menerima dua pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Kebolehpasaran Graduan IPTA 2025 yang diadakan...
06/06/2026

Alhamdulillah, UTM telah menerima dua pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Kebolehpasaran Graduan IPTA 2025 yang diadakan sempena Bengkel Analisis Data Kebolehpasaran Graduan IPTA 2026 di Belum Rainforest Resort, Perak pada 3-6 Jun 2025.

🏆 Anugerah Kadar Bekerja Graduan SKPG 2025
🏆 Anugerah Pusat Kerjaya Universiti Terbaik

Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan UTM.

Terima kasih kepada semua fakulti, PTJ, warga JTNCHEPA serta khususnya warga kerja UTM Career Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTMCC) atas sokongan, kepercayaan dan usaha berterusan yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah milik kita bersama.

Pusat Kerjaya UTM
Jabatan Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

📌 SESI RAMAH MESRA TNCHEPA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA FAKULTI5 Jun 2026Telah berlangsung Sesi Ramah Mesra antara Timba...
05/06/2026

📌 SESI RAMAH MESRA TNCHEPA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA FAKULTI

5 Jun 2026

Telah berlangsung Sesi Ramah Mesra antara Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali Bin Selamat bersama barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sesi yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Hasrul, Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar (BAPP), ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara pihak pengurusan universiti dan kepimpinan mahasiswa, di samping menjadi platform perkongsian aspirasi, pandangan serta cadangan mahasiswa dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan pelajar dan kecemerlangan universiti.
Melalui sesi ini, mahasiswa berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengurusan tertinggi universiti bagi membincangkan isu-isu semasa, memperkukuh jaringan kerjasama serta mempertingkatkan peranan kepimpinan mahasiswa sebagai rakan strategik universiti.

Semoga sesi seperti ini terus menjadi wadah yang berkesan dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berintegriti dan berjiwa pemimpin.

PEMERKASAAN SINERGI UTM-PETRONAS: PERBINCANGAN KERJASAMA TAJAAN PENDIDIKAN 2026JOHOR BAHRU, 5 Jun 2026 (Selasa) Universi...
05/06/2026

PEMERKASAAN SINERGI UTM-PETRONAS: PERBINCANGAN KERJASAMA TAJAAN PENDIDIKAN 2026

JOHOR BAHRU, 5 Jun 2026 (Selasa)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari ini telah mengadakan satu sesi perjumpaan rasmi bertajuk 'Partnership Conversation UTM bersama PETRONAS'. Pertemuan ini diadakan susulan pengumuman dan pemilihan UTM sebagai Host Partner bagi program PETRONAS Powering Knowledge Education Sponsorship (PPKES) bagi tahun 2026.

Delegasi UTM diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (HEPA), bersama Prof. Madya Dr. Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, Pengarah UTMXCITE dan menjalankan fungsi Pengarah UTM Alumni, Prof. Madya Dr. Kamaludin Mohamad Yusof, Timbalan Dekan SPACE, Mohd Zaini Azizan, Pengurus Bahagian Pengurusan Akademik SPACE, Encik Masnawi Miskam, Timbalan Pendaftar JTNC (HEPA); serta Puan Raihan Abd Karim, Penolong Pendaftar Kanan JTNC (HEPA).

PETRONAS p**a diwakili oleh Encik Ahmad Munir Akram, General Manager (Education Sponsorship, Programme Management & TVET Excellence), Human Resource Management, Encik Halif Rizuan Baharuddin, Senior Manager (Sponsorship & Student Development), Human Resource Management, Encik Mohd Hadli Hafizul, Manager Student Development, Human Resource Management serta Puan Rahimah Asmawi, Manager Student Advisor, Human Resource Management.

Perbincangan tersebut telah dianjurkan oleh Seksyen Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib, Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM. Sesi ini berlangsung bermula pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Aras 2, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

Delegasi perbincangan ini turut melibatkan kehadiran wakil pengurusan pihak PETRONAS, iaitu Encik Ahmad Munir Akram, selaku General Manager (Education Sponsorship, Programme Management & TVET Excellence), Group HRM.

Sesi pertemuan ini dianjurkan dengan objektif utama untuk membincangkan potensi kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara universiti dan pihak industri. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform penting bagi memperkukuh hubungan dua hala antara UTM dan PETRONAS, terutamanya di bawah kelolaan dan pelaksanaan program PPKES 2026.

Komitmen serta kehadiran pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan ini amat dihargai dalam memastikan kelancaran dan kejayaan perancangan program yang telah dirangka. Sesi ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang ke arah kolaborasi yang memberikan impak positif kepada ekosistem pendidikan tinggi negara.

SKKT, JTNCHEPA

BIASISWA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIASukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia M...
05/06/2026

BIASISWA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) menawarkan dua (2) program biasiswa untuk tahun 2026 yang bertujuan untuk memberikan peluang pendidikan kepada pelajar yang berkelayakan dalam bidang berkaitan serta menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.


Terdapat 2 jenis biasiswa yang ditawarkan oleh MCMC seperti berikut :

BIASISWA MCMC LEGASI: Program biasiswa penuh berasaskan merit yang diperkenalkan untuk pelajar warganegara Malaysia yang cemerlang dan telah diterima masuk atau sedang berada di tahun pertama program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam dan swasta tempatan atau antarabangsa.

BIASISWA MCMC CARE: Program biasiswa penuh yang diperkenalkan khusus untuk pelajar warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan dan telah diterima masuk atau sedang berada di tahun pertama program ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan.

Bidang-bidang yang ditaja dibawah program biasiswa MCMC adalah seperti berikut:

Kecerdasan Buatan (AI) & Sains Data
Telekomunikasi
Kejuruteraan
Internet Kebendaan (loT)
Penyiaran dan Media
Ekonomi & Kewangan
Keselamatan Maklumat dan Rangkaian,
Polisi, Undang-Undang & Pengurusan Peraturan
Perancangan dan Pengurusan Bandar

Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan Program Biasiswa MCMC, serta pautan ke laman web biasiswa MCMC untuk rujukan lanjut: https://www.mcmc.gov.my/academy/en/scholarships-1

📢 JEMPUTAN KEPADA STAF YANG MENYERTAI KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN SESI 2025/2026Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Seja...
05/06/2026

📢 JEMPUTAN KEPADA STAF YANG MENYERTAI KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN SESI 2025/2026

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) melalui Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar (BAPP) menjemput semua Staf terutama penasihat persatuan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Persatuan Sesi 2025/2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
💻 Platform: YouTube UTM Student Studio (https://www.youtube.com/)

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada para pelajar berkaitan pengurusan persatuan yang berkesan serta mematuhi keperluan dan prosedur universiti.

📌 Sila lengkapkan rekod kehadiran melalui pautan ini https://forms.gle/nYoFHDkw4GJPkvPF8

🎁 50 peserta terawal yang mendaftar dan mengikuti kursus ini akan menerima baucar HE & SHE.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu serta meningkatkan kemahiran dalam pengurusan persatuan.

Jumpa anda di sana!

05/06/2026

𝐉𝐎𝐌 𝐅𝐈𝐓 @ 𝐙𝐔𝐌𝐁𝐀: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅

🎥 JTNC(HEPA) telah menganjurkan Program Jom Fit @ Zumba pada 8 Mei 2026 di Stadium Azman Hashim, UTM JB.

Program ini turut menyokong aspirasi universiti ke arah kelestarian kampus serta SDG 3 Good Health and Well-being melalui pembudayaan aktiviti kecergasan dan kesejahteraan warga kerja.

📌 Tonton, like, komen dan kongsikan sebagai tanda sokongan.

📲 Ikuti TikTok rasmi kami 𝐮𝐭𝐦𝐬𝐭𝐮𝐝𝐞𝐧𝐭𝐚𝐟𝐟𝐚𝐢𝐫𝐬
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-93euE7FXVjT untuk lebih banyak perkongsian terkini.




📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐓𝐌 📢Jangan terlepas pelbagai info penting dan hebahan terkini berkaitan pelajar UTM melalui UTM...
05/06/2026

📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐓𝐌 📢

Jangan terlepas pelbagai info penting dan hebahan terkini berkaitan pelajar UTM melalui UTM Official Students Channel!

Antara info yang dikongsikan:
✅ Program & aktiviti pelajar
✅ Pengumuman rasmi universiti
✅ Info kebajikan mahasiswa
✅ Biasiswa & penajaan pelajar
✅ Peluang pembangunan diri & kerjaya

📲 Sertai saluran rasmi sekarang:
🔗 t.me/UTMstudents

Anda pelajar UTM? Jom subscribe dan kongsikan kepada rakan-rakan 😊



🎓 Selamat Datang ke UTM! ✨"Kebajikan Anda, Keutamaan Kami" 💖Tahniah kepada semua pelajar bagi sesi pengajian 2026/2027! ...
04/06/2026

🎓 Selamat Datang ke UTM! ✨

"Kebajikan Anda, Keutamaan Kami" 💖
Tahniah kepada semua pelajar bagi sesi pengajian 2026/2027! Jika anda memerlukan sokongan kewangan, bantuan pendaftaran, atau bantuan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus, UTMCare sentiasa ada di setiap langkah anda! 🤝🏻

🌟 Pelbagai Bantuan Menanti Anda:

 🤝 Tabung Kebajikan Pelajar UTM: Bantuan Sara Hidup, Yuran Tertunggak, Alat Sokongan, Kes Kecemasan/Wad, serta sokongan penuh buat Siswa OKU.

 🌙 Tabung Amanah Zakat UTM: Khusus untuk pelajar Muslim (Sepenuh Masa) merangkumi Bantuan Pelajaran, Perubatan, Musibah, Mualaf, dan Mobiliti.

📝 Cara Memohon :

👉 Mohon melalui pautan: https://bit.ly/profilutmcare

Atau hubungi Seksyen Kemudahan, Kebajikan&Tatatertib untuk maklumat lanjut:
📧 Emel: [email protected]

❤️ Jangan risau, anda tidak keseorangan – UTM sentiasa bersama anda! 🌈






Address

Office Of Student Affairs & Alumni
Skudai
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075530492

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTM Student Affairs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UTM Student Affairs:

Share