Kolej Rahman Putra, UTM

Kolej Rahman Putra, UTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Rahman Putra, UTM, College & University, G01 KOLEJ RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI, Skudai.

3rd Rising Star U12 Chess Competition
08/06/2026

3rd Rising Star U12 Chess Competition

ERT Kolej Rahman Putra Tingkat Kemahiran Menyelamat Melalui Kursus Pertolongan Cemas.JOHOR BAHRU, 5 Jun โ€“ Seramai enam o...
08/06/2026

ERT Kolej Rahman Putra Tingkat Kemahiran Menyelamat Melalui Kursus Pertolongan Cemas.

JOHOR BAHRU, 5 Jun โ€“ Seramai enam orang ahli Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) Kolej Rahman Putra (KRP) telah menyertai Kursus Pertolongan Cemas bertempat di Bilik Sindiket II, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pada petang Jumaat yang lepas.

Kursus yang bermula jam 2.30 petang itu dianjurkan secara khusus oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM bersama JKP ERT KRP. Program ini bertujuan membekalkan para peserta dengan pengetahuan teori serta kemahiran amali asas berkaitan bantuan kecemasan menyelamat sebelum mangsa diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul kritikal termasuk kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan tatacara mengendalikan mangsa yang tidak sedarkan diri. Selain itu, mereka turut diajar teknik rawatan awal bagi kecederaan fizikal seperti pendarahan serius, luka, kesan melecur, patah tulang, serta simulasi prosedur keselamatan sekiranya berlaku kemalangan di kawasan kolej.

Bagi memastikan impak latihan yang maksimum, kursus ini menggabungkan sesi teori interaktif dan latihan amali secara langsung (hands-on). Setiap peserta diberi peluang mempraktikkan teknik menyelamat menggunakan peralatan simulasi perubatan, sekali gus berjaya meningkatkan tahap keyakinan dan kesiapsiagaan mereka untuk berhadapan dengan situasi panik atau kecemasan yang sebenar.

"Ilmu yang diperoleh hari ini bukan sahaja sangat bermanfaat untuk tugas rasmi kami sebagai ahli ERT Kolej Rahman Putra, malah ia merupakan kemahiran hidup yang amat penting untuk diaplikasikan dalam mendepani sebarang situasi kecemasan harian," ujar salah seorang wakil peserta selepas tamat kursus.

Penganjuran kursus seumpama ini secara keseluruhannya berjaya memupuk kesedaran tinggi mengenai kepentingan tindakan awal pertolongan cemas dalam menyelamatkan nyawa. Melalui pemurnian kemahiran ini, ERT KRP kini bersedia memikul tanggungjawab menjaga keselamatan warga kolej dengan lebih efisien, tangkas, dan berkesan.

GEGARKAN KAMPUS: RAHMAN E-SPORT TOURNAMENT BY REC 2026 KINI BERMULA!17 Mei 2026 . Hangat! Hangat! ๐Ÿ”ฅ Suasana di Dewan Sri...
05/06/2026

GEGARKAN KAMPUS: RAHMAN E-SPORT TOURNAMENT BY REC 2026 KINI BERMULA!

17 Mei 2026 . Hangat! Hangat! ๐Ÿ”ฅ Suasana di Dewan Sri Meranti (DSM), Kolej Rahman Putra hari ini bertukar menjadi medan pertempuran digital yang cukup sengit!

Sebanyak 150 peserta daripada kalangan mahasiswa UTM telah berkumpul untuk berentap demi merebut gelaran juara bagi 4 jenis permainan iaitu MLBB, PUBG, E-Football & Magic Chess dalam Rahman E-Sport Tournament 2026 anjuran Rahman Entrepreneurship Club (REC)! ๐Ÿ†โœจ

Majlis berprestij ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Penasiah REC En Md Yani bin Kasiren manakala majlis penutup oleh Pengetua KRP, Dr Zul-Hilmi bin Che Daud. Terima kasih En Md Yani dan Dr Zul-Hilmi atas sokongan padu kepada komuniti e-sukan kampus! ๐Ÿ™Œ

Program ini dirangka khas untuk membawa impak positif kepada mahasiswa:

Release Stress! ๐Ÿง  โ€“ Sambil-sambil asyik dengan assignment dan kuliah, inilah masanya untuk kurangkan tekanan akademik dengan aktiviti riadah yang sihat.

Eratkan Silaturahim ๐Ÿค โ€“ Peluang terbaik untuk bergaul, berkenalan, dan membina networking baharu antara pelajar UTM.

Asah Skill Abad Ke-21 ๐Ÿš€ โ€“ Melatih kemahiran digital, pemikiran strategik, sifat kreatif, serta memupuk semangat kepimpinan dan kerja berpasukan (teamwork).

Peluang Adil Untuk Semua ๐ŸŒ โ€“ Platform terbuka tanpa diskriminasi demi menyokong kesaksamaan peluang dalam dunia e-sukan!

Terima kasih diucapkan kepada barisan jawatankuasa Penganjur yang telah bertungkus-lumus merancang dan memastikan program . Tidak lupa juga kepada penaja utama program Celcom-Digi

Kursus Penyembelihan Haiwan 2026 : Menghayati Syariat Melalui Kursus Penyembelihan HaiwanSkudai, 16 Mei - Kursus Penyemb...
30/05/2026

Kursus Penyembelihan Haiwan 2026 : Menghayati Syariat Melalui Kursus Penyembelihan Haiwan

Skudai, 16 Mei - Kursus Penyembelihan Haiwan 2026 telah diadakan pada 16 Mei 2026 bertempat di G01, Kolej Rahman Putra dengan penyertaan para pelajar yang berminat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan penyembelihan haiwan mengikut syariat Islam. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kaedah penyembelihan yang betul serta memenuhi tuntutan hukum syarak.

Program dimulakan dengan sesi pembukaan dan perasmian sebelum diteruskan dengan ceramah penerangan mengenai penyembelihan haiwan yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak bin Sulaiman. Para peserta telah diberi penerangan berkaitan hukum, syarat, adab serta tatacara penyembelihan yang sah menurut Islam.

Seterusnya, peserta mengikuti aktiviti praktikal penyembelihan haiwan bagi mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Selepas sesi praktikal, program diteruskan dengan aktiviti memasak secara gotong-royong bersama para pelajar yang terlibat. Program diakhiri dengan sesi makan bersama yang berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta sebelum majlis bersurai.

๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ž๐—ฅ๐—ฃ ๐—š๐—œ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น โ€“ Program sukan di bawa...
13/05/2026

๐—™๐—œ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ž๐—ฅ๐—ฃ ๐—š๐—œ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง

๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น โ€“ Program sukan di bawah FIESTRA KRP yang telah berlangsung dari 22 hingga 26 April 2026 berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah serta menerima penyertaan yang amat menggalakkan dalam kalangan mahasiswa kolej dan masyarakat sekitar dan sehingga ke peringkat kebangsaan

Pelbagai aktiviti sukan telah dianjurkan termasuk bola tampar, badminton dan futsal yang melibatkan penyertaan aktif para pelajar dan komuniti setempat Setiap acara yang dijalankan bukan sahaja mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, malah turut menjadi platform dalam mencungkil bakat serta potensi pelajar dalam bidang sukan.

Selain itu, program ini turut berperanan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kolej, di samping memupuk nilai kerjasama, disiplin serta semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Suasana yang penuh semangat, sokongan padu daripada rakan-rakan serta semangat juang yang ditonjolkan telah menjadikan program ini satu pengalaman yang bermakna buat semua yang terlibat.

Inisiatif seperti ini diharap dapat menyemai kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat serta keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum ๐Ÿ’™

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Program FIESTRA KRP ini dengan jayanya.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan mahasiswa yang aktif, sejahtera dan holistik.

Unit Sukan KRP

Inisiatif Prihatin KRP Melalui Pemberian Kupon Mekdi untuk Pelajar B40 ๐Ÿ”Skudai, KRP 28 April - Pengagihan kupon percuma ...
29/04/2026

Inisiatif Prihatin KRP Melalui Pemberian Kupon Mekdi untuk Pelajar B40 ๐Ÿ”

Skudai, KRP 28 April - Pengagihan kupon percuma daripada McDonald's Malaysia kepada pelajar B40 KRP telah selamat dijalankan di pejabat kolej pada Isnin lalu dengan sambutan yang sangat menggalakkan.

Penebusan kupon p**a berlangsung semalam di McDonald's Skudai dari jam 3.00 hingga 8.00 malam, melibatkan 200 pelajar bagi fasa pertama. Program ini akan diteruskan hujung Mei nanti untuk 200 pelajar lagi.

Inisiatif ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban pelajar serta memberi sokongan agar mereka terus fokus dalam pengajian ๐Ÿ’™

Semoga kolaborasi dan sinergi seperti ini dapat diteruskan demi kebajikan mahasiswa KRP.
McDonald's UTM Student Affairs

JARVIS x FIESTRAโ€™26: Menyemai Minat STEM Melalui Robotik dalam Kalangan Pelajar SekolahSkudai, 24 April - Kolej Rahman P...
24/04/2026

JARVIS x FIESTRAโ€™26: Menyemai Minat STEM Melalui Robotik dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Skudai, 24 April - Kolej Rahman Putra (KRP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengorak langkah dalam memperkasa pendidikan berteraskan teknologi melalui penganjuran program JARVIS x FIESTRAโ€™26, yang berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2026. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Karnival FIESTRAโ€™26 dan dianjurkan bersama oleh Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) dengan kerjasama pelbagai pihak strategik.

Program ini melibatkan kolaborasi seramai lebih 15 orang pelajar universiti yang bertindak sebagai fasilitator dan urus setia, bersama dua orang guru pengiring iaitu Puan Hawa Athirah Abdul Wahab dan Cik Hani Balqis Muhamad Nazri dari SMK Skudai. Penyertaan seramai 31 orang pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 2 ini memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman pembelajaran berasaskan teknologi secara langsung, khususnya dalam bidang robotik.

Menariknya, program ini turut mendapat sokongan daripada pihak industri iaitu My Robot Sdn. Bhd. Skudai yang telah menaja sebanyak 12 kit robotik bagi menjayakan aktiviti Robotic Workshop & Competition. Penajaan ini menjadi pemangkin utama dalam memastikan pelajar dapat mempelajari asas pembinaan dan pengaturcaraan robot secara praktikal.Sebagai tambahan merancakkan lagi aktiviti petang, terdapat alat robotik iaitu Arduino Robot Car yang ditaja oleh Fakulti Komputeran, sebagai inisiatif untuk menyokong pembelajaran berterusan pelajar sekolah selepas tamat program.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan beberapa fasa pembelajaran yang interaktif seperti sesi pengaturcaraan (code), pemasangan robot (build), ujian pergerakan (execute) serta pertandingan mini robotik (compete). Aktiviti ini bukan sahaja menguji kefahaman pelajar, malah mengasah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif serta meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar.

Program ini juga merupakan platform penting dalam merapatkan hubungan antara universiti, sekolah dan industri. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, pelajar bukan sahaja memahami teori, malah berpeluang mengaplikasikan ilmu tersebut secara hands-on. Hal ini selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 yang menuntut generasi muda menguasai kemahiran teknologi dan inovasi sejak di peringkat awal.

Menurut Pengarah program, Nurul Ika Syafiny binti Azhar, kejayaan penganjuran program ini adalah hasil kerjasama padu semua pihak yang terlibat. Beliau turut menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih meluas.

Dalam pada itu, pihak guru pengiring juga menyatakan penghargaan terhadap usaha pihak penganjur. Mereka berharap agar lebih banyak kolaborasi dapat dijalinkan pada masa hadapan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang STEM. Inisiatif seperti ini dilihat mampu menyemai minat yang mendalam dalam kalangan pelajar untuk terus meneroka dunia sains dan teknologi.

Secara keseluruhannya, JARVIS x FIESTRAโ€™26 bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan literasi teknologi, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat muda dalam bidang robotik. Program ini membuktikan bahawa kerjasama antara universiti, sekolah dan industri mampu melahirkan generasi yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Faculty of Computing, UTM Johor Bahru UTM Student Affairs

KRP Perkasa Kebajikan Pelajar Melalui Gerobok RahmanSkudai, 24  April - Satu lagi langkah bermakna dalam usaha memperkas...
24/04/2026

KRP Perkasa Kebajikan Pelajar Melalui Gerobok Rahman

Skudai, 24 April - Satu lagi langkah bermakna dalam usaha memperkasa kebajikan pelajar telah dilakar di Kolej Rahman Putra (KRP) menerusi pelancaran Program Gerobok Rahman, sebuah inisiatif berteraskan semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua KRP, Dr. Zul-Hilmi bin Che Daud, dengan kehadiran barisan pentadbiran kolej termasuk Felow Penasihat, Dr. Radhiahtul Raehan binti Mustafa, Wakil Pembantu Felo (PF), Encik Amiruddin Mohamad, Staf Kolej serta wakil pelajar yang turut bersama-sama menyokong usaha murni ini.

Program Gerobok Rahman yang membawa tagline โ€œBeri Jika Mampu, Ambil Bila Perluโ€ merupakan kesinambungan daripada inisiatif Projek Dapur Siswa yang telah mendapat perhatian dan sokongan pelbagai pihak. Rentetan kejayaan program tersebut, Gerobok Rahman diperkenalkan sebagai platform yang lebih berfokus kepada kebajikan pelajar khususnya dalam kalangan asnaf dan golongan B40 di KRP.

Dilaksanakan di bawah payung Program FIESTRA โ€™26 yang berlangsung bermula 23 April hingga 26 April 2026, pelancaran ini bertempat di G01, Kolej Rahman Putra. Program ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi satu mekanisme berterusan bagi membantu pelajar yang memerlukan akses kepada keperluan asas harian. Gerobok ini menyediakan pelbagai barangan seperti makanan asas, makanan kering serta makanan sedia dimakan (ready-to-eat), yang boleh diambil oleh pelajar mengikut keperluan masing-masing.

Menariknya, inisiatif ini turut mendapat sokongan padu daripada pihak penaja yang prihatin terhadap kebajikan pelajar. Antara sumbangan yang diterima termasuk Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebanyak RM15,000 dan Yayasan Taqwa sebanyak RM4,000. Sumbangan ini diharapkan mampu memberi manfaat besar kepada pelajar B40 yang dianggarkan merangkumi kira-kira 30% daripada keseluruhan penghuni KRP.

Lebih daripada sekadar bantuan fizikal, Program Gerobok Rahman membawa nilai yang lebih besar dalam membentuk sahsiah pelajar. Ia menggalakkan budaya berkongsi rezeki, menyemai empati serta meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan warga kampus. Pelajar bukan sahaja menjadi penerima, malah digalakkan untuk turut menyumbang mengikut kemampuan masing-masing seterusnya mewujudkan satu ekosistem komuniti yang saling menyokong.

Dalam ucapan perasmian, Dr. Zul-Hilmi menekankan bahawa usaha ini adalah selari dengan matlamat pembangunan mampan khususnya dalam mencapai sifar kelaparan (Zero Hunger). Beliau berharap agar tiada lagi pelajar yang terpaksa menahan lapar atau berdepan kesukaran mendapatkan makanan, sekali gus membolehkan mereka memberi fokus sepenuhnya terhadap pelajaran dan pembangunan diri.

Secara keseluruhannya, Program Gerobok Rezeki Rahman bukan sahaja mencerminkan komitmen KRP dalam menjaga kebajikan pelajar, malah menjadi contoh terbaik bagaimana komuniti kampus boleh berganding bahu dalam menangani isu kebajikan secara kolektif. Diharapkan inisiatif ini akan terus berkembang dan memberi impak positif yang berpanjangan kepada seluruh warga Kolej Rahman Putra.

UTM Student Affairs

โ€œBeri jika mampu, ambil bila perluโ€ kerana setiap rezeki yang dikongsi, ada harapan yang disemai.

๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—ฃ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ (๐—ฃ๐—–๐—ข๐—ž๐—จ๐—ก๐—) ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ...
22/04/2026

๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—ฃ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ (๐—ฃ๐—–๐—ข๐—ž๐—จ๐—ก๐—) ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—”

๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น - Kolej Rahman Putra terus menyokong agenda inklusif dalam trek sukan dengan menganjurkan Kejohanan Catur Inklusif Bawah 12 Tahun yang telah mendapat penyertaan seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada komuniti OKU, mahasiswa serta pelajar sekolah.

Program inklusif ini merupakan hasil kolaborasi antara Kelab Buletin, Kolej Rahman Putra bersama Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor (PCOKUNJ), melalui sokongan dan kepimpinan Dr. Nasrul Humaimi bin Mahmod selaku Presiden PCOKUNJ.

Program ini bertujuan menyediakan platform pertandingan catur secara berkala kepada komuniti, khususnya golongan OKU, mahasiswa dan pelajar sekolah. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap suasana pertandingan sebenar sebagai medium latihan berterusan. Program ini juga berperanan meningkatkan kemahiran, strategi serta daya saing peserta dalam permainan catur. Di samping itu, ia menggalakkan penyertaan inklusif dalam sukan catur tanpa mengira latar belakang. Akhir sekali, program ini turut memberi fokus kepada pembangunan bakat baharu dalam kalangan atlet catur, terutamanya dalam komuniti OKU.

๐Ÿ† ๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด:
๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป
๐Ÿฏ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป
๐Ÿฏ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป
๐Ÿฏ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป
๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ข๐—ž๐—จ

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Zul-Hilmi bin Che Daud, selaku Pengetua Kolej Rahman Putra UTM.

Program ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah platform penting dalam memupuk semangat kesukanan, inklusiviti dan pembangunan bakat dalam sukan catur.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, penganjur, sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasa komuniti melalui sukan catur.

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—™, ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—”

Kem Pemantapan JKP Sesi 2025/2026 2.0 (MANTRA 2.0)Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 3โ€“5 April 2026 di Bayu Imp...
20/04/2026

Kem Pemantapan JKP Sesi 2025/2026 2.0 (MANTRA 2.0)

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 3โ€“5 April 2026 di Bayu Impian Campsite, Punggai dengan penyertaan ahli JKP dan Majlis Felo Kolej Rahman Putra.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta. Program ini juga berjaya membentuk barisan pelajar yang lebih berdisiplin, berintegriti dan berdaya saing.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang lebih kompeten, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan organisasi kolej yang lebih sistematik dan harmoni.

.0

Address

G01 KOLEJ RAHMAN PUTRA, UNIVERSITI TEKNOLOGI
Skudai
81310

Telephone

+6075530956

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Rahman Putra, UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share