Kolej Vokasional Slim River

Kolej Vokasional Slim River Mula beroperasi pada 10 Mac 1986 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Slim River.

Melalui penjenamaan semula, kami kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Slim River.

TAWARAN SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MENAIK TARAF BILIK KESELAMATANSila hubungi nombor yang tertera untuk ...
10/04/2026

TAWARAN SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MENAIK TARAF BILIK KESELAMATAN

Sila hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Tahniah diucapkan kepada para graduan Kolej Vokasional Slim River atas kejayaan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasiona...
09/04/2026

Tahniah diucapkan kepada para graduan Kolej Vokasional Slim River atas kejayaan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-10. 🎓✨

Majlis penuh bermakna ini berlangsung:
🗓️ Tarikh: 6 hingga 18 April 2026
📍Tempat: Dewan Tuanku Canselor, USIM.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, pengorbanan serta dedikasi sepanjang tempoh pengajian.

Semoga para graduan terus melakar kecemerlangan dan menjadi aset berharga kepada agama, bangsa dan negara. 🇲🇾

Tonton setiap sidang di saluran YouTube Kv d'Media.





Teruskan usaha, iringi dengan doa—insyaAllah setiap penat lelah akan berbaloi. 🌱✨Selamat menduduki Penilaian Akhir Pensi...
07/04/2026

Teruskan usaha, iringi dengan doa—insyaAllah setiap penat lelah akan berbaloi. 🌱✨

Selamat menduduki Penilaian Akhir Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Single-Tier untuk kohort 2024.

Hasil pasti tidak akan mengkhianati usaha. ✊

Jabatan Komunikasi Korporat

🎉 Syabas & Tahniah!Seluruh warga Kolej Vokasional Slim River dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan sya...
06/04/2026

🎉 Syabas & Tahniah!

Seluruh warga Kolej Vokasional Slim River dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada:

TS. DR. SIVA A/L RABINDARANG

atas pelantikan dan kenaikan pangkat sebagai

Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor yang berkuat kuasa pada 30 Mac 2026.

Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan terus cemerlang dalam menerajui kecemerlangan bidang pendidikan dan memperkukuh pembangunan TVET negara selaras dengan aspirasi pendidikan Malaysia.

Sekalung penghargaan dan selamat maju jaya.

Ikhlas daripada:
Hajah Zulinah Binti Jemon,
Pengarah dan seluruh warga Kolej Vokasional Slim River.

Jabatan Komunikasi Korporat




03/04/2026

Debaran makin terasaa!!…
Kini tiba masanyaa!!
3 HARI LAGI
Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-10 Tahun 2025
📅 Tarikh: 06 hingga 14 April 2026
📍Tempat : Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai




إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَTelah kembali ke rahmatullah Nur Wahidah Binti Azhari, pensyarah Program Te...
24/03/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Telah kembali ke rahmatullah Nur Wahidah Binti Azhari, pensyarah Program Teknologi Reka Bentuk Produk Berasaskan Kayu (CPK) pada Selasa 24 Mac 2026.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ

Amiin.

19/03/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026 dari Kolej Vokasional Slim River ✨🌙

Dengan penuh kesyukuran, pihak Kolej Vokasional Slim River (KVSR) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar, pensyarah, dan warga kerja KVSR.

Semoga lebaran kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mengeratkan lagi silaturrahim dalam keluarga besar KVSR. Marilah kita bersama-sama meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

Kami juga memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan sepanjang perhubungan dan kerjasama. Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan nikmatilah masa berharga bersama keluarga tercinta.🚗🚝✈️🛵🚌

Pautan YouTube Video Raya KVSR 2026 : https://youtu.be/6SkYfNhm-0w





Assalamualaikum & Selamat Sejahtera🪸🪸📣 BERITA BAIK UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2024 & 2025!! 📣-Berminat dalam bidang TVET…...
16/03/2026

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera🪸🪸

📣 BERITA BAIK UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2024 & 2025!! 📣
-Berminat dalam bidang TVET…..
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai pelajar baharu Tahun 1 Diploma Vokasional Malaysia 2026 di Kolej Vokasional Slim River..

‼️KV Slim River menawarkan 5 program peringkat Diploma Vokasional Malaysia seperti berikut:

🌟 1) Diploma Kesetiausahan Pentadbiran
🌟 2) Diploma Teknologi Reka bentuk Produk Berasaskan Kayu
🌟 3) Diploma Teknologi Automotif
🌟 4) Diploma Teknologi Pemesinan Industri
🌟 5) Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

‼️Pelajar yang berminat untuk memohon boleh layari:

https://mohon.tvet.gov.my/

✍️Permohonan akan dibuka bermula :
15 Mac 2026 sehingga 12 April 2026
📍Sebarang pernyataan sila hubungi: 📱 01163319018 – Encik Irwan bin Ragiman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🎀PERMOHONAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA KHAS UNTUK PELAJAR 2 SVM KVSRPROGRAM YANG DI ...
16/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🎀

PERMOHONAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA KHAS UNTUK PELAJAR 2 SVM KVSR

PROGRAM YANG DI TAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER :-
1. Diploma Teknologi Pembinaan (MBOT/FA/BC/0/01/0014)
2. Diploma Teknologi Pemesinan Industri (MBOT/FA//0/01/0140)
3. Diploma Teknologi Elektrik (MQA/FA10372)
4. Diploma Teknologi Kimpalan (MBOT/FA/ME/0/01/0042)
5. Diploma Teknologi Penyejuk dan Penyamanan Udara (MBOT/FA/ME/0/01/0043)
6. Diploma Teknologi Elektronik (MBOT/FA/EE/0/01/0096)
7. Diploma Pengurusan Perniagaan (MQA/FA 9999)
8. Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran (MQA/FA 9998)
9. Diploma Teknologi Automotif (MBOT/FA/AT/0/01/0017)
10. Diploma Teknologi Reka bentuk Produk Berasaskan Kayu- (MBOT/FA/ME/0/01/00145)

❗Tarikh Memohon : 13 Mac sehingga 15 April 2026

👉Pelajar yang memenuhi syarat DVM akan ditawarkan ke peringkat Diploma.
👉Sila Scan QR untuk borang permohonan (slip keputusan sem 3 perlu upload dalam GF ini)

*Pejabat KV Slim River-05-4528408
* En. Irwan bin Ragiman 011-63319018

❤️ Terima Kasih✌️

Selamat menjalani On-The-Job Training (OJT) 2026 kepada semua pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Kohort 2024, Kol...
15/03/2026

Selamat menjalani On-The-Job Training (OJT) 2026 kepada semua pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Kohort 2024, Kolej Vokasional Slim River.

Semoga semua pelajar dapat menjalani latihan On-The-Job Training (OJT) dengan penuh komitmen, disiplin dan bertanggungjawab.

Gunakan peluang ini untuk menimba pengalaman berharga di industri, meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Di samping itu, jagalah sahsiah diri dan nama baik kolej sepanjang tempoh OJT.

Kami semua warga KVSR mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam OJT. All the best semua ✨




PEMBUBARAN MPP KVSR SESI 2025 / 2026 👨‍🏫👩‍🏫🧑🏼‍🏫Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam MadaniMerujuk kepada pengumu...
06/03/2026

PEMBUBARAN MPP KVSR SESI 2025 / 2026
👨‍🏫👩‍🏫🧑🏼‍🏫

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Madani

Merujuk kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan ini secara rasminya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional Slim River (KVSR) Sesi 2025/2026 adalah dibubarkan berkuatkuasa 6 Mac 2026.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Wakil Pelajar MPP KVSR sepanjang menjalankan amanah yang diberikan.

Semoga kepimpinan wakil pelajar yang akan datang dapat meneruskan legasi perjuangan dengan lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Address

Jalan Melati, 35600 Slim River
Slim River
35800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

054528408

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Slim River posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Vokasional Slim River:

Share